Perkhemahan Hari Kokurikulum


Perkhemahan hari kokurikulum telah berlangsung pada 6 dan 7 Nov 2009 . Penat masih terasa hingga terlupa untuk update blog ini. Aktiviti bermulapada jam 9.30 pagi 6 Nov 2009 dengan aktiviti pembahagian kumpulan, taklimat dari kem komandan dan mendirikan khemah. Bagaimanapun acara mendirikan khemah ditangguhkan kesebelah petang kerana hujan lebat disebelah pagi.Tahun ini khemah didirikan di dataran perhimpunan kerana keadaan padang yang basah ditimpa hujan.

Pada sebelah petang, selepas mendirikan khemah dan solat asar, para peserta perkhemahan yang terdiri dari murid-murid tahun 4,5 dan 6 menjalani aktiviti pertandingan futsal antara kumpulan. Selepas mandi , semua peserta perkhemahan berkumpul di dewan solat untuk solat maghrib berjamaah, kuliah maghrib dan solat isyak berjamaah. Selesai aktiviti kerohanian, semua peserta bergerak ke dewan kantin untuk jamuan makan malam.Sungguh berselera nampaknya para peserta makan. Mungkin kerana terlalu lapar dan keletihan agaknya.Lauk yang disediakan hanyalah gulai ayam dan sayur sahaja serta air sirap. Selepas makan malam, acara diteruskan dengan aktiviti persembahan antara kumpulan.

Acara selesai jam 11 malam dan semua peserta masuk ke khemah masing-masing untuk tidur. Bagaimanapun seperti mana-mana perkhemahan, mereka hanya akan tidur apabila puas berbual dan mengacau sesama mereka.Saya tidak pasti jam berapa mereka tidur kerana saya pun keletihan dan zzzzz.

Hari kedua bermula seawal jam 5 pagi. Selepas mandi semua peserta berkumpul di dewan solat untuk solat subuh berjamaah dan kuliah subuh. Selepas selesai acara kerohanian, semua peserta menjalani aktiviti riadah dan kawad serta sarapan pagi. Pagi ini para peserta dijamu dengan nasi lemak, sambal bilis dan telur rebus sebagai sarapan pagi.

Jam 8 hingga 10 pagi diteruskan dengan aktiviti pertandingan futsal. Selepas menikmati minum rehat semua peserta diberikan bahan-bahan untuk pertandingan memasak. Semua peserta dikehendaki menyediakan juadah untuk makan tengah hari. Menu yang yang ditetapkan ialah sardin, telur dadar dan sayur kobis. semua peserta bertungkus memasak dalam kumpulan masing-masing dengn dibantu oleh fasilitator masing-masing.

Selepas makan tengah hari berlangsung majlis penutupan dan acara berakhir jam 2 petang. Keletihan masih terasa namun semua peserta dan guru merasa puas kerana apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan mendapat kerjasama semua pihak. Syabas dan tahniah untuk semua warga SKPHT.


0 ulasan:

Halal Food

Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini.