Dah Potong ...?


Cuti persekolahan akhir tahun telah bermula. Selama sebulan lebih murid-murid akan bercuti. Pelbagai aktiviti telah diatur oleh keluarga mrid-murid khasnya bagi murid lelaki yang belum berkhatan. Inilah masa yang paling sesuai bagi mereka yang belum berkhatan untuk berkhatan. Rasanya ibubapa telahpun mengatur hari dan masa yang sesuai untuk mengkhatankan anak mereka.

Zaman sekarang ini ada berbagai kaedah bekhatan. Ada yang memilih secara tradisional dan ada yang sukakan cara yang moden. Sakit tetap sakit. Tak nak sakit tak payah berkhatan. Saya dahulu berkhatan ketika berumur 7 tahun (darjah 1) bersama abang saya 9 tahun (darjah 3) secara tradisional. Apakah yang dikatakan berkhatan atau bersunat itu ?

Khatan bermakna memotong lebihan kulit di bahagian alat sulit samaada bagi wanita mahupun lelaki . Khatan atau "bersunat" merupakan salah satu cara membersihkan alat sulit kerana zakar dan faraj merupakan tempat dimana pembiakan kuman-kuman yang boleh memudaratkan. Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan al-Auzai serta lain-lain berkhatan atau bersunat ini merupakan wajib bagi seseorang yang bergelar Muslim. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa khatan wajib dilakukan ketika si anak hampir cukup umur atau akil baligh.

Mengkhatan anak lelaki adalah wajib manakala mengkhatankan anak gadis adalah terpuji dan bukannya wajib.

Rekod terawal mengenai berkhatan terdapat dalam batu bersurat Mesir Purba dari Saqqara (c 2200 S.M (BC).

Dikatakan Nabi Ibrahim a.s dikhatan ketika berusia 80 tahun dan mengkhatan putera-putera beliau, Nabi Ismail dan Nabi ishak pada usia masing-masing 13 dan 8 tahun. Perbuatan ini kemudian berlarutan sehingga ke nabi seterusnya termasuk Nabi Isa a.s. Untuk kes Nabi Muhammad s.a.w. ada mengatakan baginda dilahirkan sudah berkhatan. Ada juga menyatakan bahawa baginda dikhatankan oleh Malaikat Jibrail atau datuk beliau, Abdul Mutalib.

Di Malaysia, kebanyakan ibu bapa dan penjaga memilih hari cuti penggal, iaitu sekitar pertengahan tahun mahupun hujung tahun untuk mengkhatankan anak-anak mereka. Kanak-kanak ini kebiasaannya dikhatankan ketika berusia dalam lingkungan 10-12 tahun.

Khatan di kalangan masyarakat Arab berbeza dengan masyarakat di Malaysia. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat Arab memilih untuk mengkhatankan anak mereka ketika baru lahir atau pada peringkat 7 tahun.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw ada bersabda yg bermaksud
Fitrah itu lima:
1. khatan;
2. memotong bulu kemaluan;
3. menggunting misai;
4. memotong kuku; dan
5. mencabut bulu ketiak. (Bukhari-Muslim)

"Bersihkanlah dirimu dari rambut kufur dan berkhatanlah." (Ahmad dan Abu Daud)
[sunting] Hikmah

1. Asas kebersihan dalam Islam
2. Untuk perbezaan agama ( namun pada hari ini, khatan juga dilakukan oleh bukan Muslim )
3. Mencantikkan bentuk kemaluan
4. Memelihara tenaga batin
5. Sunah Nabi Ibrahim a.s dan Rasulullah
6. Mengelakkan zakar terkurung di dalam kulup ketika sedang ereksi atau menegang
7. Menghindarkan dari penyakit
8. Mengurangkan keinginan onani ketika anak-anak baru baligh

Berkhatan juga dikatakan dapat menghindarkan diri dari terkena sebarang penyakit berbahaya seperti HIV. Hasil kajian pengkaji Eropah dan Afrika di empat buah bandar Afrika mendapati berkhatan menghindarkan tiga kali ganda dari dijangkiti HIV/AIDS. Circumcision 'reduces HIV risk'

Di antara kumpulan yang banyak mengeluarkan kenyataan menentang khatan pada hari ini ialah kumpulan NOCIRC (National Organization of Circumcision Information Resource Centers), NOHARMM (National Organization to Halt the Abuse and Routine Mutilation of Males), NORM (National Organization of Restoring Males), RECAP (Re-cover A Penis) dan BUFF (Brothers United for Future Foreskins).

Ramai pakar kanak-kanak menyokong dan memandang baik amalan khatan di kalangan kanak-kanak lelaki, di antaranya Dr. Edgar J. Schoen. Beliau pernah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Berhubung Khatan di Amerika (Task Force on Circumcision of the American Academy of Paediatrics) pada tahun 1993 dan sekarang merupakan seorang profesor Perubatan Kanak-Kanak di Universiti California di San Francisco. Beliau juga pernah menjadi Ketua Bahagian Perubatan Kanak-Kanak di Kaiser Permanente, Oakland selama 24 tahun. WebMD Medical News bertarikh 6 Mac 2000 melaporkan tentang satu kajian yang telah beliau lakukan bersama-sama dengan rakan-rakannya dan mereka mendapati dari "89 kes barah zakar, 87 daripadanya adalah dari kalangan lelaki yang tidak berkhatan". Justeru, mereka merumuskan, khatan mencegah lelaki dari menghidap barah zakar dan penemuan ini telah dimuatkan di dalam majalah Pediatrics. (Neil Osterweil, Experts Disagree on Whether Procedure Should Be Routine, WebMD Medical News, Lycos Health, March 6 2000)

Dalam satu keputusan dari kajian yang dilakukan di Afrika Selatan membuktikan berkhatan mengurangkan kadar jangkitan HIV di kalangan lelaki hektroseksual sebanyak 60%. Kajian itu yang dilapurkan dalam Public Library of Science Medicine, mendapati hasil tersebut dalam kajian yang membabitkan 3,280 pemuda. [1]

Di samping itu, terdapat banyak kajian yang telah dilakukan yang menunjukkan khatan mencegah dari pelbagai jenis penyakit.

Risiko seseorang wanita menghidap barah pangkal rahim (cervix) adalah tinggi jika pasangannya tidak berkhatan. Satu kajian yang dilakukan di Lembah Kashmir pada tahun 1993 menunjukkan, amalan berkhatan di tempat ini menyebabkan peratus barah pangkal rahim menjadi rendah jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain di India. Mengikut Dr. Edgar J. Shoen, seorang pakar kanak-kanak yang terkenal, luka yang sering berlaku di kulup ketika melakukan persetubuhan memudahkan seseorang lelaki yang tidak berkhatan dijangkiti kuman penyakit jangkitan seksual, terutamanya siplis, kankroid dan herpes genitalis. (Dr. Edgar J. Shoen, Circumcision A Lifetime of Medical Benefits, Medicirc, 2000)

Dr. Gerald Weiss, seorang pakar bedah, menegaskan tanpa khatan, bahagian di bawah kulit yang menutupi kepala zakar akan menjadi tempat takungan pelbagai jenis kuman dan ini meningkatkan risiko mendapat limbah kumbahan jangkitan. Kadangkala keadaan ini akan mengeluarkan bau busuk yang tidak menyenangkan. Pada tahun 1982 dilaporkan, 95% kes radang saluran kencing yang menjangkiti bayi berumur 5 hari 8 bulan berlaku ke atas mereka yang tidak berkhatan. Penyakit ini boleh menyebabkan demam, sakit ketika kencing serta muntah dan di antara komplikasi yang boleh menimpa ialah kerosakan buah pinggang. Kajian Dr. Tom Wiswell dari Amerika mengukuhkan lagi penemuan ini. Kesan yang sama juga boleh berlaku ke atas lelaki dewasa yang tidak berkhatan dan penemuan ini telah dilaporkan di dalam Journal of American Medical Association (JAMA) pada tahun 1992.

Khatan wanita telah menjadi satu isu antarabangsa yang hangat diperdebatkan pada hari ini. Ramai dari kalangan di Barat yang menentangnya dan menganggapnya sebagai pencacatan anggota kelamin selepas berlaku beberapa peristiwa kematian dan kecederaan ke atas kanak-kanak perempuan yang dikhatan. Walau bagaimanapun, sebelum ini, terdapat ramai tokoh-tokoh perubatan di Amerika yang menyokong amalan khatan wanita, sebagai contoh, Dr. W.G. Rathmann (M.D.) dari Hospital Centinella di Inglewood, California. Beliau pernah menulis tentang kebaikan khatan wanita pada tahun 1959 dan tulisan beliau telah dimuatkan di dalam majalah GP, terbitan September, 1959.(W.G. Rathmann, M.D., Female Circumcision: Indications and a New Technique, GP, vol. XX, no. 3, pp 115-120, September, 1959)

Ulama Islam berbeza pendapat berhubung dengan amalan ini, ada yang menggalakkannya dan ada yang menentangnya. Yang paling ketara ialah, nas berhubung dengannya adalah tidak sahih, justeru, ia bukanlah satu amalan yang penting. Perkara yang lebih penting dan perlu diutamakan ialah penjagaan hak-hak wanita, pendidikan dan pemeliharaan kehormatan mereka. Alhamdulillah, penegasan seperti ini telah disebutkan oleh Dr. Yusuf Qardawi di dalam Fatwa-Fatwa Mutakhirnya. (Dr. Yusuf Qardawi, Fatwa-Fatwa Mutakhir, Yayasan al-Hamidy, 1996, hal. 554-555)

Dr. Yusuf Qardawi dalam Fatwa-Fatwa Mutakhir juga berpendapat, semuanya bergantung kepada ibu bapa kepada kanak-kanak itu. Jika mereka hendak mengkhatankan anak mereka, ia diharuskan, dan sebaliknya jika mereka enggan melakukannya, ia tidaklah menjadi suatu kesalahan. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang cenderung untuk mengkhatan anak-anak perempuan mereka, beliau menasihatkan agar dikhatankan sedikit sahaja daripada kulit, berdasarkan sebuah hadis Nabi s.a.w.:

"Potonglah sedikit sahaja dan jangan sampai ke akarnya kerana ia mengelokkan wajah dan menyenangkan hati suami." (Hadis Daif)

Dengan itu pendekatan terbaik bagi menangani masalah kemudaratan ke atas wanita atau dilakukan oleh mereka yang tidak berkuasa, perkhidmatan perubatan perlu dipertingkatkan agar mereka yang berkhatan boleh mendapatkan perkhidmatan perubatan terbaik.

* Sumber dari Dr Danial Zainal Abidin

Negara-negara berikut mempunyai lelaki yang ramai melakukan khatan ke atas kulup mereka.

Afghanistan, Albania, Algeria, Amerika Syarikat, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Benin, Bosnia, Brunei,Cameroon, Chad, Comoros, Djibouti, Mesir, Eritrea, Ethiopia, Gabon, Gambia, Ghana, Guinea, Indonesia, Iran, Iraq, Israel, Kazakhstan, Kenya, Kuwait, Lubnan, Libya, Madagascar, Malaysia, Maldives, Mali, Mauritania, Maghribi, Niger, Nigeria, Oman, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Sierra Leone, Somalia, "Somaliland", Sudan, Syria, Tajikistan, Tunisia, Turki, Turkmenistan, UAE, Uzbekistan, Yaman.

Sumber Wikipedia

Baca seterusnya...

Salam Aidil Adha

Photobucket

Baca seterusnya...

Al-Fatihah buat bekas guru SKPHT

Isnin 23 Nov 2009 - Sudah agak lama saya tidak melihat portal PPD Kerian.Pagi ini apabila saya melihat portal PPD Kerian, saya terbaca banner pada permulaan portal (Seperti di atas) yang menceritakan tentang kembalinya En Eklass B Ibrahim ke rahmatullah pada 21 Nov 2009. Beliau pernah bertugas di SKPHT. Saya tidak sempat mengenali beliau kerana beliau telah bertukar ke sekolah lain sewaktu kedatangan saya ke SKPHT. Walaubagaimanapun saya pernah mendengar cerita mengenai beliau dari rakan-rakan di SKPHT semasa berbual di kantin atau bilik guru. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau ... Al-Fatihah.

Baca seterusnya...

Penghayatan Aidil Adha

Rasanya ini adalah acara yang terakhir bagi tahun 2009 ini. Hari ini jumaat 20 Nov 2009 merupakan hari terakhir sesi persekolahan 2009. Panitia Pendidikan Islam telah melaksanakan satu program yang dinamakan 'Program penghayatan Aidil Adha'. Seawal jam 8.30 pagi semua murid berkumpul di dewan untuk mengikuti satu ceramah khas berkaitan dengan Adil Adha, peristiwa Qurban dan ibadah haji dan yang berkaitan dengannya.

Penceramah undangan ... Tn Hj Muhd Yazid B Rumbali

En Shahrim selaku pengacara majlis sedang menyampaikan ucapan aluan

Pihak sekolah telah menjemput Ustaz Tn Haji Muhd Yazid B Rumbali iaitu seorag guru j-QAF dari SK Teluk Medan, Bagan Serai, Perak untuk menyampaikan ceramah. Beliau merupakan seorang lulusan universiti Al-Azhar mesir. Beliau telah menggunakan kemairan ict dalam menyampaikan ceramahnya dimana ianya lebih menarik tumpuan dan minat murid.

Guru Besar ( Pn Hjh Hayati Bt Shamsudin) sedang menyampaikan ucapan

Banyak perkara yang disampaikan berkaitan sejarah qurban dan ibadah yang berkaitan dengan Aidil Adha seperti ibadah haji. Tahniah kepada semua warga SKPHT yang bekerjasama dalam menjayakan acara ini. Semoga kita semua mendapat keampunan dan keberkatan dari Allah SWT.
Tn Hj Yazid sedang menyampaikan ceramah dengan penuh bersemangat

Terima kasih daun keladi ... penceramah menerima cenderahati dari guru besar

Baca seterusnya...

Debaran Kini Berakhir


Debaran penantian sejak beberapa minggu yang lalu kini berakhir. Pada hari ini khamis 19 November 2009 telah diumumkan keputusan UPSR. Semua calon kini telah merima slip keputusan UPSR dari sekolah masing-masing. Pada tahun ini hanya seorang murid sahaja yang berjaya mendapat 5A, beliau ialah Nor Syahira Bt Shahrim. Tiga orang murid bejaya mendapat 4A 1B, mereka ialah Mohd Mirza B Kornaine , Zarifah Syahirah Bt Suhaili dan Norhidayah Bt Mat Din. Tahniah kepada yang berjaya dan jangan putus asa kepada yang kurang berjaya. Ingat … perjalanan anda masih jauh lagi.Teruskan usaha.

Baca seterusnya...

Hari Anugerah Kecemerlangan


Hari Anugerah Kecemerlangan 2009 telah memperlihatkan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh semua warga SKPHT tanpa mengira status pangkat dan bidang tugas. Sebelum berlagsungnya majlis tersebut semua warga SKPHT telah melaksanakan apa 'yang patut' tanpa mengira bidang tugas dan status pangkat. Baik guru besar atau penolong kanan, apatah lagi guru biasa dan pekerja, semuanya menyinsing lengan bekerjasama bagi memastikan majlis yang bakal dilaksanakan berjalan lancar.


Tidak seperti di sesetengah sekolah yang kebanyakannya hanya melakukan tugas mengikut bidang yang telah diarahkan. Ada juga yang hanya duduk di bilik guru , buat tak tahu sahaja . Pentadbir pulak hanya memerhati dari jauh. Guru-guru yang lain pulak ... 'hang ...hang ... aku... aku'. Masig-masing bekerja dengan rasa terpaksa, ikhlas jauh sekali. Begitulah yang berlaku dikebanyakan sekolah apabila pentadbir tidak tahu menghargai pekerja dibawahnya. Biasanya keadaan ini berlaku disekolah yang pentadbirnya jenis ego dan tidak mahu menerima pandangan orang lain.


Keadaan ini amat berlainan sekali di SKPHT. Sudah menjadi tradisi, semua warga baik yang baru atau yang lama, tua mahu pun muda, pentadbir atau guru biasa mahupun pekerja semuanya akan turun padang dengan penuh rasa tanggugjawab tanpa disuruh. Guru Besar dan penolong kanan yang banyak meyinsing lengan nampaknya. Mereka pulak mudah menerima cadangan dan pandangan guru. Akhirnya majlis hari anugerah kecemerlangan yang berlangsung pada 17 Nov 2009 jam 2.30 petang hari selasa dapat berjalan dengan lancar.


Majlis tersebut disempurnakan oleh wakil PPD iaitu pagawai khas bahagian pencegahan dadah Tn Hj Zainuddin b Hj Nopiah. Dalam ucapannya beliau menekankan betapa pentingnya didikan agama tehadap anak-anak , kerana agama akan menjadi landasan kehidupan mereka di dunia untuk hidup berbahagia di akhirat kelak. Majlis berakhir jam 4.30 petang.




Baca seterusnya...

Banjir di Kerian semakin buruk


Bagan Serai 15 Nov. - Keadaan banjir di Perak bertambah buruk dengan Kerian menjadi daerah terbaru dilanda banjir dengan seramai 450 orang dipindahkan ke tiga buah pusat permindahan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata, mereka yang dipindahkan terdiri 116 buah keluarga dari Kampung Changkat Lobak, Kampung Selekoh, Kampung Beriah, Parit Simpang Empat dan Parit Simpang Lima dan Kampung Matang Tengah.

Mereka dipindahkan sejak pukul 8 pagi ini berikutan air dari kolam Bukit Merah dan empangan melimpah berikutan hujan lebat sejak empat hari lepas menyebabkan kampung berkenaan ditenggelami air sedalam lebih satu meter, katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya Jalan Alor Pongsu-Selama di Km13 hingga Km17 ditutup kepada semua kenderaan.

Sementara itu, sebanyak 72 mangsa banjir di daerah Larut Matang dan Selama masih berada di pusat pemindahan.

— BERNAMA

Baca seterusnya...

Motivasi Pra UPSR 2010


Jumaat 13 Nov 2009 - Hari ini murid tahun 4 dan 5 berpeluang mengikuti satu program motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Seorang motivator dari Jabatan Pelajaran Pulau Pinang iaitu Tn Hj Bohari B Samsudin telah menyampaikan motivasi tersebut. Program bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir 2 jam kemudian. En Khairudin B Ibrahim selaku pengacara memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan dan kemudian diikuti dengan ucapan Pn Hjh hayati Bt Samsudin iaitu guru besar SKPHT.



Motivasi ini sedikit sebanyak berjaya menyuntik semangat dan mendorong murid untuk meningkatkan prestasi mereka dalam UPSR tahun 2010.


Baca seterusnya...

Ikan Wadi

Ikan wadi @ Pakasam..mmm…nyamannn…sedap…

Sekarang ni musim hujan dah mula menjelma. Kalau zaman saya bebudak dulu, musim hujan ni memang saya suka memukat ikan di sawah. Biasanya ikan sepat la . Ikan sepat yang sebesar telapak tangan akan dipilih untuk diproses oleh emak saya untuk dijadikan IKAN WADI. Apa benda ikan wadi tu ?

Ikan Wadi ini adalah Lauk khas dari banua Banjar lainnya adalah pakasam, istilah pakasam ini mungkin berasal dari rasanya yang agak masam asin. Bagi orang Banjar makan dengan lauk pakasam ini merupakan kenikmatan yang tidak akan bisa digantikan walaupun makan di luar negeri sekalipun. Pakasam mempunyai rasa yang khas, sama seperti kalau kita makan ikan kering atau mandai.

Proses pembuatan pakasam ini sangat mudah, meskipun begitu banyak juga orang yang kurang tahu cara membuatnya sebab banyak pakasam sudah tersedia di pasar tinggal digoreng saja di rumah. Pakasam bisa terbuat dari ikan sepat atau ikan papuyu (betok). Pertama-tama ikan disiangi (dibersihkan sisik dan isi perutnya) setelah itu dicuci sampai bersih, kemudian ikan ditabuhi garam, banyaknya garam secukupnya kalau kebanyakan malah membuat pakasam menjadi terlalu asin. Maka tahap pertama sudah siap, yaitu ikan yang digarami tadi.

Tahap kedua ini yang membedakan pakasam dengan ikan kering, pada tahap ini beras disangrai (goreng kering) sampai agak masak berwarna kuning ada juga yang ditambahkan kunyit supaya kuning. Setelah beras sangrai tadi siap, ditumbuk sedikit tetapi jangan terlalu keras seadanya saja sehingga masih ada butiran-butiran berasnya. Beras sangrai dan ikan yang sudah digarami tadi dicampur lalu diaduk-aduk merata, maka jadilah iwak wadi (pakasam).

Baca seterusnya...

Kelajuan internet di Malaysia

Information, Communications, Culture and Arts Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said there were numerous complaints on how expensive it was to obtain IT services here, while the quality — particularly connection availability and speed — was not up to expectation.

“The Government would also like to know why the cost for IT services is high in Malaysia. Consumers’ main grouse is that they are charged more compared with users in other countries but the quality of service is not up to mark.

“We want to know how it (the cost) can be brought down and at the same time improve on the quality,” he told reporters after a briefing at the SKMM on Wednesday.

Rais said SKMM must also see to it that providers deliver what they promised consumers, adding that if a provider promised Internet surfing speeds of 10Mb (megabits) per second, the public should not be experiencing a “slow as tortoise service at one or two megabits.” Sumber asal Thestar Online

Agak menarik bila saya baca artikel di atas. Memang betul negara kita memang ketinggalan dari segi kelajuan internet… paling maksimum keljuan yang ditawarkan untuk pengguna biasa adalah 4 mbps..tapi harga mungkin hanya segelintir yang mampu.

Agak menghairankan juga negara kita digembar-gembur dengan Multimedia Supercorridor sejak 10 tahun dulu tetapi pada hakikatnya selepas 10 tahun tidak banyak yang memberi manafaat kepada rakyat biasa. Saya tidak mahu membincangkan dari segi korperat.. Apa yang tujukan kepada rakyat biasa.

Kita ambil jiran terdekat iaitu Thailand dan Philippine mereka menawarkan harga per megabits jauh lebih murah daripada apa yang di tawarkan di malaysia (sila google).

Kalau kita tengok jiran di sebelah selatan…emmm . Singapore menawarkan 15 mbps (unlimimited) untuk pengguna biasa pada harga SD64.90 lebih kurang RM170. Ini bermaksud mereka menawarkan broadband pada harga SD4.33 per megabits atau atau RM10.47. Di Malaysia hrga untuk package 1 Megabits lebih kurang RM88.00. Ini bermakna kelajuan yang sama di malaysia lebih 8 kali mahal.

Of course mana-mana service provider ada Term of Service (TOS) yang mana terdapat restriction tertentu. Tetapi sekurang-kurangnya kelajuan yang pantas membolehkan kita menggunakan internet lebih effecient seperti video streaming yang lancar..surfing yang pantas dan membolehkan kita menggunakan video conference yang lebih smooth. Begitu juga untuk download sesuatu cth open source software. Baru-baru ni saya cuba download ubuntu linux..emmm berjam juga ambil masa..sedangkan rakan intenet saya di singapore download tak sampai setengah jam.

Saya tak dapat nafikan masalah infrastruktur menjadi kekangan terhadap kelajuan internet di malaysia. Di Malaysia majority broadband menggunakan talian talipon, kebanyakkan talian masih menggunakan copper berbanding fiber. Ini menyebabkan kelajuan agak terbatas. untuk upgrade ke fiber memerlukan kos yang agak besar.

Namun begitu ia bukanlah satu alasan untuk tidak menambah baik infrastruktur yang sedia ada. Telekom misalnya mereka sudah berpuluh tahun menjalankan perniagaan di malaysia, sudah berbillion keuntungan mereka perolehi..saya rasa ini lah masa untuk upgrade infrastruktur terutama berkaitan dengan internet.

Saya ada terbaca Telekom memperkenalkan HSBB (High Speed Broadband). Ia menggunakan talian fiber yang menggantikan talian copper. Jadi pengguna akan dapat kelajuan internet sekurang-kurangnya 10 mbps. Bagi saya kelajuan ini sudah cukup untuk kita menonton video dalam HD seperti youtube yang mana birate sekitar 2 mbps- 3 mbps dan dalam masa yang sama masih ada bandwidth untuk surf dan download.

Cuma apa yang menjadi persoalan dari segi harga… kalau harga untuk 10mbps ini terlalu tinggi saya rasa teknologi ini tidak akan ke mana-mana. Mungkin untuk perniagaan tidak menjadi masalah… apa yang menjadi masalah adalah penggunakan biasa yang inginkan kelajuan internet seperti di negara jiran pada harga yang mampu bayar oleh kebanyakkan pengguna internet.

Sumber gcloud.com

Baca seterusnya...

Cuti Peristiwa

Isnin 9 Nov - Hari ini para pendidik dan para pelajar SKPHT BERCUTI kerana keletihan selama dua hari menjalani aktiviti perkhemahan koko pada hari jumaat dan sabtu yang lalu. Ingat ... isnin sahaja cuti, esok selasa datang bertugas seperti biasa.Masih banyak yang perlu dibereskan sebelum cuti panjang menjelang. Kita masih ada satu program yang akan dilaksanakan iaitu Hari Anugerah Kecemerlangan yang akan berlangsung pada 17 Nov 2009 .

Baca seterusnya...

Perkhemahan Hari Kokurikulum


Perkhemahan hari kokurikulum telah berlangsung pada 6 dan 7 Nov 2009 . Penat masih terasa hingga terlupa untuk update blog ini. Aktiviti bermulapada jam 9.30 pagi 6 Nov 2009 dengan aktiviti pembahagian kumpulan, taklimat dari kem komandan dan mendirikan khemah. Bagaimanapun acara mendirikan khemah ditangguhkan kesebelah petang kerana hujan lebat disebelah pagi.Tahun ini khemah didirikan di dataran perhimpunan kerana keadaan padang yang basah ditimpa hujan.

Pada sebelah petang, selepas mendirikan khemah dan solat asar, para peserta perkhemahan yang terdiri dari murid-murid tahun 4,5 dan 6 menjalani aktiviti pertandingan futsal antara kumpulan. Selepas mandi , semua peserta perkhemahan berkumpul di dewan solat untuk solat maghrib berjamaah, kuliah maghrib dan solat isyak berjamaah. Selesai aktiviti kerohanian, semua peserta bergerak ke dewan kantin untuk jamuan makan malam.Sungguh berselera nampaknya para peserta makan. Mungkin kerana terlalu lapar dan keletihan agaknya.Lauk yang disediakan hanyalah gulai ayam dan sayur sahaja serta air sirap. Selepas makan malam, acara diteruskan dengan aktiviti persembahan antara kumpulan.

Acara selesai jam 11 malam dan semua peserta masuk ke khemah masing-masing untuk tidur. Bagaimanapun seperti mana-mana perkhemahan, mereka hanya akan tidur apabila puas berbual dan mengacau sesama mereka.Saya tidak pasti jam berapa mereka tidur kerana saya pun keletihan dan zzzzz.

Hari kedua bermula seawal jam 5 pagi. Selepas mandi semua peserta berkumpul di dewan solat untuk solat subuh berjamaah dan kuliah subuh. Selepas selesai acara kerohanian, semua peserta menjalani aktiviti riadah dan kawad serta sarapan pagi. Pagi ini para peserta dijamu dengan nasi lemak, sambal bilis dan telur rebus sebagai sarapan pagi.

Jam 8 hingga 10 pagi diteruskan dengan aktiviti pertandingan futsal. Selepas menikmati minum rehat semua peserta diberikan bahan-bahan untuk pertandingan memasak. Semua peserta dikehendaki menyediakan juadah untuk makan tengah hari. Menu yang yang ditetapkan ialah sardin, telur dadar dan sayur kobis. semua peserta bertungkus memasak dalam kumpulan masing-masing dengn dibantu oleh fasilitator masing-masing.

Selepas makan tengah hari berlangsung majlis penutupan dan acara berakhir jam 2 petang. Keletihan masih terasa namun semua peserta dan guru merasa puas kerana apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan mendapat kerjasama semua pihak. Syabas dan tahniah untuk semua warga SKPHT.


Baca seterusnya...

Persiapan Hari Kokurikulum

Persiapan akhir sedang giat dijalan untuk mengadakan hari kokurikulum yang akan dijalankan pada hari jumaat dan sabtu ini (6 dan 7 Nov 2009). Seperti tahun-tahun yang lepas, hari kokurikulum merupakan hari perkhemahan unit berunifom. Murid-murid akan didedahkan dengan beberapa aktiviti lasak semasa perkhemahan tersebut. Salah satu aktiviti yang menarik minat murid ialah kemahiran memasang khemah. Hari ini beberapa orang guru dan murid sibuk memeriksa dan memperbaiki khemah yang rosak bagi memastikan ianya dapat digunakan semasa perkhemahan nanti.Murid-murid juga dilatih memasang khemah dengan cara yang betul. Kebanyakan murid sudah tidak sabar menanti detik hari kokurikulum tersebut.

Baca seterusnya...

Menziarahi Bekas Guru Besar

Kati, Kuala Kangsar, Ahad 1 Okt 2009 - Selepas kenduri di rumah Cikgu Nasir, seramai 9 orang guru dari SKPHT telah bertolak ke kampung Kati iaitu di Kuala Kangsar dengan manaiki 4 buah kereta untuk menziarahi bekas guru besar SKPHT sesi 2007/2008 iaitu Tn Hj Kamarudin B Mahayudin yang sedang sakit. Kami tiba dirumah beliau sekitar jam 3.00 petang.

Beliau kini mengalami sakit barah. Sewaktu kami menemui beliau, keadaannya begitu uzur dan sudah tidak dapat melihat dan mengenali kami lagi. Menitis air mata kami apabila melihat keadaan beliau terutama apabila mengenangkan kebaikan beliau kepada kami semua. Begitu bayak jasa beliau di SKPHT. Saya masih terbayang bagaimana beliau sendiri mengecat surau dan membaiki paip air di tempat wudhuk yang bocor. Beliau telah menaik taraf surau dengan membina tempat wuduk yang selesa untu lelaki dan perempuan. Semoga Allah menyembuhkan penyakitnya dengan seberapa segera dan dapat berkihdmat seperti biasa.

Beliau kini sedang bertugas sebagai guru besar di SK Bendang kering, Kuala Kangsar dan akan pencen pada tahun hadapan iaitu tahun 2010.

Baca seterusnya...

Menjadi Tatamu Allah

Bagan Serai Ahad 1 Okt 2009 - Tepat jam 11.00 pagi telah berlangsung majlis bacaan yaasin dan tahlil serta doa selamat di rumah En Mohd Nasir b Hj Samsuri iaitu di Taman Serai Mayang, Bagan Serai. Beliau merupakan salah seorang guru di sekolah ini yang akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini bersama isteri nya iaitu Pn Norhayati Bt Abd Hamid yang kini sedang bertugas sebagai guru di SK Matang Gerdu.

Seramai kira-kira 150 tetamu menghadiri malis tersebut untuk sama-sama mendoakan semoga beliau dan isteri dan para jemaah haji yang lain selamat menjalani ibadah haji dan umrah serta mendapat haji yang mabrur. Majlis bacaan yaasin dan tahlil diketuai oleh ust Abu Bakar B Samsuri iaitu imam 1 Masjid Bagan Serai.

Kesemua guru dan staf dari SKPHT telah menghadiri majlis tersebut walaupun ada beberapa orang hanya tiba setelah selesai doa dibacakan. Beliau akan berangkat pada 5 Nov 2009 dari lapangan terbang Pulau Pinang dan dijangka kembali pada 18 Dis 2009 iaitu selama 43 hari. Penerbangan beliau merupakan penerbangan yang terakhir dari Pulau Pinang dan beliau akan terus ke Makkah. Setelah selesai ibadah haji barulah akan ke Madinah.

Saya masih terbayang bagaimana indah dan seronoknya berada di tanah suci. Terasa kerinduan untuk kesana mengerjakan ibadah haji dan umrah dan lain-lain ibadah sunat. Tidak tergambar dek kata-kata bagaimana indah dan seronoknya berada di sana. Walaupun jauh dari keluarga dan makanan yang tidak seperti di sini dan tempat penginapan yang tidak seperti di rumah sendiri, namun hati kecil ini masih merasakan ingin ke sana lagi jika ada rezeki.

Bagi yang belum ke sana, tanamkanlah azam untuk ke tanah suci. Simpanlah di Tabung Haji bagi yang belum dan bagi yang sudah menyimpan bolehlah mula mendaftar untuk menjadi tetamu Allah. Untuk En Mohd nasir dan isteri ... doakanlah kami disini. Apa-apa doa asalkan yang baik untuk kami semua.

Baca seterusnya...

Sekolah Satu Aliran Akan Dilaksanakan Dengan Persetujuan Rakyat

KUALA LUMPUR, 31 Okt - Kerajaan akan mengambil kira pandangan rakyat sebelum membuat keputusan melaksanakan sekolah satu aliran bagi menjaga sensiviti kaum di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan hanya mengubah sesuatu dasar sekiranya dipersetujui rakyat dan jika sebaliknya, dasar sedia ada akan dikekalkan.

Beliau berkata perubahan kepada sistem satu aliran memerlukan anjakan besar daripada segi dasar dan ia juga menimbulkan persoalan sama ada masyarakat negara ini bersedia untuk menafikan hak memilih jenis pendidikan.

"Saya fikir perkara ini belum ada kata putus dalam masyarakat, ada yang fikir baik diadakan sekolah satu aliran malah ada yang fikir bahawa mereka nak juga hak untuk memilih.

"Jadi selagi kita (kerajaan) tidak putuskan mengenai perkara ini, saya tidak mahu berlaku perbalahan dalam masyarakat kerana soal pendidikan ini amat sensitif," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan Perdana Menteri bersama warga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TNB di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan beberapa anggota Parlimen yang mahukan kerajaan mewujudkan sekolah satu aliran selepas cadangan itu ditimbulkan oleh tokoh sejarah dan akademik Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim minggu lepas.

Khoo dilaporkan berkata sistem pendidikan negara perlu disusun semula termasuk melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai kerana sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan itu.

Najib berkata terdapat pelbagai pendapat dalam soal pendidikan.

"Soal pendidikan ini ada macam-macam pendapat. Kita sudah bermula dengan satu kedudukan di mana kita memberi setiap warga Malaysia, kumpulan etnik dan komuniti hak untuk memilih jenis pendidikan.

"Kita hanya akan mengubah dasar berdasarkan kepada kehendak masyarakat, kalau masyarakat bersedia untuk membuat perubahan kita akan ubah, selagi masyarakat tak bersedia kita akan kekalkan seperti mana sedia ada," katanya.

Najib berkata tidak ada gunanya kerajaan mengubah dasar kepada sekolah satu aliran sekiranya keputusan tersebut boleh menyebabkan perbalahan dan ketegangan dalam politik, masyarakat dan sosial kerana menurutnya sebarang keputusan kerajaan adalah untuk membawa perpaduan kepada semua.

"Kalau kita nak ubah dasar kepada sekolah satu aliran, tujuan kita hanyalah untuk perpaduan semua kaum. Kita tidak mahu keputusan itu menyebabkan perbalahan dan ketegangan. Tujuan kita untuk membawa perpaduan tetapi jika keputusan itu sendiri membawa ketegangan antara kaum, apa maknanya," katanya.

-- BERNAMA

Baca seterusnya...

Halal Food

Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini.