8 perkataan

Imam Syafie pernah ditanya tentang 8 perkataan iaitu - wajib, terlebih wajib, pelik, terlebih pelik, payah, terlebih payah, hampir, terlebih hampir.
Jawab beliau dalam syairnya:

  • Wajib atas manusia untuk bertaubat
tetapi tinggalkan dosa itu terlebih wajib
  • Seluruh masa diguna utk bertaubat itu pelik
  • Lalainya manusia dari bertaubat terlebih pelik
  • Sabar tunaikan perintah itu payah
  • Tetapi luputnya pahala itu terlebih payah
  • Semua perkara yang diharap itu hampir
  • Dan mati itu sebenarnya terlebih hampir

Baca seterusnya...

APA YANG KITA KETAHUI TENTANG MASJID AQSA

Baca seterusnya...

Kelebihan Puasa 6

Dari Abu Hurairah (r.a), Nabi bersabda:
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan lantas disambung dengan 6 hari di bulan syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun"-ALBAZZAR

Sesudah mengharungi pelbagai dugaan pada bulan Ramadhan dan berjaya menjalankan ibadah puasa, umat islam sekali lagi diberikan peluang merebut ganjaran pada bulan kemenangan, iaitu di bulan Syawal ini dengan satu lagi peluang yang tidak harus dilepaskan begitu sahaja untuk menambahkan pahala dan keberkatan di dunia iaitu dengan berpuasa enam.
Satu keistimewaan yang difahami dari sabda Nabi Muhammad itu ialah satu kebajikan dan peluang yang paling berharga disediakan kepada orang2 yang mengejar ni'mat dan kemurahan Allah taala sepanjang hidup terdapat pula di bulan syawal iaitu puasa enam hari di dalamnya.Ganjaran pahala diberikan oleh Allah taala kepada mereka yang berpuasa enam di bulan syawal ini ialah seperti ganjaran pahala kepada yang berpuasa setahun.

Diantara kelebihan2 puasa enam hari di bulan syawal ialah:

1. Puasa enam umpama sunat rawatib sesudah solat fardhu bagi menampung kekurangan puasa fardhu menjadi tanda diterima puasa ramadhan yang kita kerjakan

2. Sebagai tanda bersyukur kepada ni'mat yang diberikan di bulan Ramadhan seperti ni'mat kesihatan tubuh badan yang baik

3. Mmendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya

4. Memudahkan malaikat al-maut mencabut nyawa

Oleh yang demikian marilah kita merebut peluang yang ada dan mengerjakan puasa enam demi mendapatkan fadhilat yang ditetapkan Allah padanya serta inginkan keredhaan-NYA jua.

Baca seterusnya...

Amalan di hari raya

Kedatangan Hari Raya disambut dan diraikan oleh umat Islam seluruh dunia, tidak terkecuali oleh umat Islam di negara ini. Apa yang menjadi tradisi umat Islam apabila menyambut Hari Raya ialah membuat bermacam-macam persiapan yang berbentuk material seperti membuat pakaian baru, juadah dan barangan rumah. Itulah yang dititikberatkan sehingga menyebabkan kesibukan apabila menjelang malam Hari Raya sehingga kita lupa perkara yang lebih afdhal dilakukan ketika meraikan malam Hari Raya itu.

Sesungguhnya Islam telah menetapkan adab-adab yang sunat dilakukan bagi kita menyambut kedatangan Hari Raya antaranya :

Pertama : Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah sabit dilihat. Sesungguhnya laungan takbir itu bukanlah semata-mata untuk memeriahkan suasana Hari Raya sahaja, tetapi sebagai tanda syukur kita terhadap anugerah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya. Dan takbir itu ialah merupakan ibadah.

Kedua : Menurut Syeikh Qulyubi di dalam Kitab Hasyiah telah menyebutkan bahawa menghidupkan malam Hari Raya dengan berzikir dan mengerjakan sembahyang terutama Sembahyang Sunat Tasbih hukumnya adalah sunat.

Ketiga : Pada pagi Hari Raya pula, sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri dan bukan mandi semata-mata hanya untuk membersihkan diri.

Keempat : Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok.

Kelima : Sunat memakan buah kurma dengan bilangan yang ganjil sebelum ke masjid bagi menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya, sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Dari Anas ia berkata : Rasulullah s.a.w. tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan berkata Murajja' bin Raja' telah diceritakan kepada Ubaidullah ia berkata : Telah menceritakan Anas dari Nabi s.a.w. : Dan Baginda memakan tamar itu dalam bilangan ganjil". (HR Bukhari)

Keenam : Menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya, bahkan ia adalah perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain, sebagaimana hadis yang maksudnya : "Dari Al-Baraa' ia berkata : Aku mendengar Nabi s.a.w. berkhutbah, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah sembahyang".

Ketujuh : Sunat doa-mendoakan dan mengucapkan tahniah di antara satu sama lain seperti mengucapkan yang maksudnya : Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada awak. Maksud daripada kalimah tahniah yang berbentuk doa yang diucapkan itu membawa makna semoga diterima puasa dan amal kebajikan yang dibuat di bulan Ramadhan.

Begitulah indah dan telitinya agama Islam sehingga menyambut hari kegembiraan pun terdapat adab-adab dan garis panduan yang memimpin umatnya agar tidak terpesong dari tujuan sebenar sambutan diadakan iaitu sebagai melahirkan rasa syukur terhadap Allah s.w.t. Itulah perbezaan agama Islam dengan agama-agama lain yang mengadakan sambutan hanya untuk bergembira dan bersuka ria.

Sebagaimana kelazimannya yang diamalkan oleh orang-orang kita, bagi memeriahkan suasana Hari Raya ialah ziarah-menziarahi, kunjung-mengunjungi antara satu sama lain khususnya keluarga dan tidak dilupakan jiran tetangga dan sahabat handai, menghulurkan tangan memohon kemaafan demi mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama Islam.

Tapi apa yang perlu kita ingat ialah jangan sampai dalam kegembiraan itu kita lupa peringatan agama kita supaya perkara baik itu dijaga dan jangan dicemari oleh perkara-perkara yang tidak elok dan berdosa yang bertentangan dengan hukum syarak seperti bersalaman dengan bukan muhrim, pesta tari-menari dan menjamu dengan benda-benda haram seperti arak dan sebagainya. Orang Islam bukan demikian cara sambutannya kerana perbuatan sedemikian tidak memberi berkat tetapi sebaliknya mendatangkan bala dan laknat Allah s.w.t.

Akhirnya marilah kita sama-sama merayakan Aidil Fitri mengikut apa yang diajarkan oleh agama Islam, mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan berkat dari Allah s.w.t. pada hari tersebut.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Maa-idah ayat 100 yang tafsirnya : "Katakanlah wahai Muhammad : Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu berjaya".

Baca seterusnya...

Khatam Al-Quran dan Penutupan Ihya' Ramadhan 1430H

Khamis 17 sept 2009, Satu majlis khatam al-quran dan penuutupan ihya' ramadhan telah berlangsung di dewan kantin SK Parit Haji Taib. Majlis tersebut dibawah kelolaan Panitia Pendidikan Islam SKPHT. Semua guru dan murid SKPHT telah berkumpul di dewan kantin bermula jam 10.30 pagi.

Encih Shahrim B Shuib selaku pengacara majlis memulakan majlis dengan meyampaikan ucapan aluan dan memberikan sedikit penerangan mengenai perjalanan majlis pada hari ini. Acara diteruskan dengan majlis khatam al-quran yang diketuai oleh Tn Hj Mohamad Khairuddin. Seramai 15 orang murid tahun 6 yang telah khatam al-quran telah mempersembahkan bacaan ayat-ayat lazim yang biasa dipersembahkan dalam majlis khatam al-quran. Walaupun ramai murid yang telah khatam al-quran dari kelas yang lain, tetapi hanya murid tahun 6 sahaja yang dipilih untuk menyertai acara ini sebagai penghormatan kepada mereka kerana pada tahun hadapan mereka akan meninggalkan sekolah ini.

Selesai doa majlis diteruskan dengan ucapan guru besar iaitu Pn Hjh Hayati Bt Samsudin. Banyak nasihat yang disampaikan khusus mengenai adab-adab berhari raya kepada murid-murid. Acara kemuncak adalah penyampaian wang zakat sumbagan Bank Rakyat kepada anak-anak yatim dan miskin. Duit raya juga diberikan kepada semua murid hasil sumbangan para guru dan staf sekolah ini.

Sebelum bersurai, murid-murid bersalaman memohon ampun dan maaf kepada para guru sambil mnerima duit raya yang disampaikan oleh guru besar. Suasana begitu meriah kerana semua murid berpakaian baju raya dan menerima duit raya. Tahniah kepada semua guru yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis ini.

Berkumpul di dataran perhimpunan sebelum masuk ke dwan

Gambar kenangan murid tahun 6 Cemerlang

Gambar kenangan murid tahun 6 Gemilang

En Shahrim Shuib - Pengacara majlis

Hj Mohd Khairuddin menyampaikan penerangan sebelum memulakan majlis khatam al-quran

Peserta khatam al quran lelaki

Peserta khatam al quran perempuan

Murid-murid khusyuk mengikuti bacaan al quran

Guru Besar menyampaikan sumbangan untuk anak yatim dan miskin



Bersalam salaman ... bermaaf-maafan

Baca seterusnya...

Ihya' Ramadhan


Sepanjang bulan ramadhan ini berbagai aktiviti telah dijalankan bagi menghidupkan bulan yang penuh keberkatan ini. Pada waktu pagi dan rehat, pebesar suara akan mengalunkan zikir-zikir yang menjadi ikutan murid-murid. Satu tazkirah ringkas mengenai ibadah puasa dan kelebihan ramadhan diadakan sewaktu perhimpunan pagi sebelum murid memasuki kelas. Semasa rehat murd-murid digalakkan membaca buku-buku agama di pusat sumber atau menyertai kumpulan tadarus al-Quran.
Solat berjamaah diadakan apabila masuknya waktu zohor. Walaubagaimanapun ianya dilakukan mengikut giliran kelas dan hari kerana muatan surau hanya sekitar 40 orang sahaja. Aktiviti kutipan derma untu anak-anak yatim dan murid miskin juga diadakan. Para guru dan murid yang berkemampuan digalakkan bersedekah untuk membantu meringankan beban sahabat mereka yang kurang berkemampuan. Banyak lagi aktiviti yang dilaksanakan sepanjang ramadhan ini. Semoga ianya mendapat keberkatan dari Allah swt.




Baca seterusnya...

Bekas Guru Besar SKPHT kembali ke Rahmatullah

Ahad 13 Sept 2009, Kira-kira jam 6.00 petang saya menerima panggilan telefon dari sahabat saya mengenai pemergian bekas guru besar SK Parit Haji Taib iaitu Puan Fatimah Bt Md Tahir ke Rahmatullah. Saya begitu terkejut kerana setahu saya beliau tidak mempunyai sebarang penyakit. Rupa-rupanya beliau telah mengalami satu kemalangan jalan raya di Sungai Bogak sewaktu dalam perjalanan pulang dari menziarahi kematian di Taman Seri Kurau. Kejadian berlaku sekitar jam 3 petang. Beliau bersama suaminya berada dalam satu kenderaan telah bertembung dengan kereta dari arah bertentangan. Suami beliau mengalami kecederaan yang parah dan kini sedang dirawat di unit ICU Taiping. Allahyarhamah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Bakau (Kampung kelahiran beliau) pada hari isnin 14 sept 2009 kira-kira jam 9.20 pagi.

Semasa kejadian ini, beliau merupakan guru besar di SK Kuala Kurau. Beliau pernah menjadi guru besar di SK Parit Haji Taib pada tahun 2004 dan 2005. Selepas itu menjadi guru besar di SK Matang Jelutong dan kemudian menjadi guru besar di SK Kuala Kurau. Sepanjang mengenali dan berkhidmat dengan beliau, secara peribadi suka saya nyatakan bahawa beliau adalah seorang yang peramah dan mudah mesra baik dengan sesama guru, ibu bapa atau dengan murid. Beliau juga seorang yang pemurah dan mengambil berat perkara berkaitan kebajikan murid dan hal ehwal agama.

Saya tiada koleksi gambar untuk dikongsi. Walaubagaimanapun wajah beliau sentiasa tenang dan ceria. Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah. Al-Fatihah.

Baca seterusnya...

Tanda Lailatul Qadar

Diantara kita mungkin pernah mendengar tanda-tanda malam lailatul qadar yang telah tersebar luas di dalam masyarakat. Sebahagian kaum muslimin awam memiliki kepercayaan dan keyakinan mengenai tanda-tanda lailatul qadar, diantaranya: pohon sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah masin, anjing-anjing tidak menyalak dan beberapa tanda yang lain. Maka dalam masalah ini keyakinan tersebut tidak boleh diyakini kecuali berdasarkan atas dalil, sedangkan tanda-tanda di atas sudah jelas kebathilannya karena tidak adanya dalil baik dari al-Quran ataupun hadis yang mendukungnya. Lalu bagaimanakah tanda-tanda yang benar berkenaan dengan malam yang mulia ini ?

Nabi Muhammad saw pernah mengkabarkan kepada kita melalui beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, antaranya ialah:

1. Udara dan suasana pagi yang tenang

Ibnu Abbas R.a berkata: Rasulullah saw bersabda:

“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang surya terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya

Dari Ubay bin Ka’ab R.a, bahwasanya Rasulullah saw bersabda:

“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar bak nampan” (HR Muslim)

3. Terkadang terbawa dalam mimpi

Seperti yang terkadang dialami oleh sebagian sahabat Nabi radliyallahu’anhum

4. Bulan nampak separuh bulatan

Abu Hurairah R.a pernah bertutur: Kami pernah berdiskusi tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah saw, beliau berkata,

“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh nampan.” (HR. Muslim)

5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan)

Sebagaimana sebuah hadits, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah saw :

“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan)” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)

6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lezatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.

Wallahua’lam

Baca seterusnya...

Ramadan : 10 malam terakhir

Begitu cepatnya masa berlalu. Kini kita telah memasuki 10 terakhir ramadhan. Fasa ketiga dari ramadhan ini meupakan fasa terakhir dan terpening serta tebaik untuk kita memperbanyakkan ibadah dan mencari lailatul qadar. Beberapa perkara yang perlu kita lakukan pada fasa terakhir ini ialah :

Mandi antara Maghrib dan Isyak, memakai pakaian yang paling baik dan memakai haruman.
Ibn Abi 'Asim meriwayatkan dari Aisyah r.a: "Rasulullah SAW jika berada dalam bulan Ramadan baginda seperti rutin hariannya tidur dan bangun. Tatkala memasuki 10 hari terakhir baginda mengikat kainnya dan menjauhkan diri dari bersama-sama para isterinya, serta baginda mandi antara Maghrib dan Isyak". (Terdapat riwayat Abu Hurairah yang menyokong hadis ini) Dalam riwayat lain daripada sahabat seperti Anas ibn Malik dan ulama pada masa tabi'en menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju yang paling baik dan memakai haruman atau wangian apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan tabi'en ini adalah satu usaha menyambut dan meraikan kedatangan lailatul qadr, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu. Justeru pada malam-malam terakhir Ramadan di samping mencari lailatul qadr dianjurkan membersihkan diri dan memakai wangian dan haruman, sebagaimana ia turut dianjurkan ketika Aidilfitri dan Aidiladha.
Mencari lailatul qadr .
Umat Islam dianjurkan agar mencari dan merebut lailatul qadr. Hal ini bertepatan dengan sabda baginda yang bermaksud, Carilah malam lailatul qadr pada 10 malam terakhir. (riwayat al-Bukhari) Dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan. Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam, dia telah mengambil menghidupkan seluruh malam itu". (Riwayat Abu Dawud).Maksudnya sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian apa yang dimaksudkan dengan lailatul qadr. Apatah lagi jika mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu. Melewatkan sahur Daripada Sahl ibn Sa'd berkata: Sesungguhnya aku pernah bersahur bersama keluargaku dan aku sempat untuk sujud bersama dengan Rasulullah SAW. (riwayat al-Bukhari)Perlakuan ini turut diceritakan oleh Zaid ibn Thabit berkata: "Kami pernah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bersolat dengan baginda. Lantas Anas bertanya, Berapakah jarak di antara sahur itu dengan solat? Zaid menjawab, kira-kira 50 ayat. (riwayat al-Bukhari)
Melakukan iktikaf .
Adalah sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran lailatul qadr (malam yang lebih baik dari 1,000 bulan).Firman Allah dalam surah al-Qadr yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadr, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadr itu? Malam Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5) Menjelang 10 akhir Ramadan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid. Pelakuan baginda ini berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a Bahawa Rasulullah SAW beritikaf pada 10 akhir daripada Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepas kewafatannya oleh para isterinya. Dalam sebuah hadis lain Bahawasanya Abu Hurairah berkata: "Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap sepuluh hari terakhir Ramadan, manakala pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama 20 hari". (riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Tirmidzi)
Membanyakkan doa.
Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT. Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Imam al-Tirmidzi dan dinilai hasan sahih, Aisyah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. Doanya berbunyi: Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa' fu anni yang bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku. (al-Tirmidzi 5:535)Rasulullah SAW turut berdoa yang bermaksud: "Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu Kelak". (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65)

Baca seterusnya...

Penghayatan Nuzul Quran

Hari ini kebanyakan negeri bercuti kerana peristiwa Nuzul Quan. Kita sering diberi pendedahan supaya menghayati sesuatu peristiwa sejarah ulang tahun seperti kemerdekaan negara dan lain-lain lagi. Adalah tidak adil jika kita hanya bercuti Nuzul Quran tanpa mengetahui dan menghayati peristiwa tersebut. Lebih malang lagi jika kita idak mengambil peluang dan kesempatan untuk mengisi malam dan siang harinya dengan amal ibadah pada hari dan bulan yang berkat ini.Apakah yang dimaksudkan dengan Nuzul Quran Tersebut ? Kebanyakan kita masih kabur dengan Nuzul Quran tersebut termasuklah apa yang saya baca dari beberapa laman web internet.

Dimaksudkan dengan penurunan al-Quran pada Ramadan ialah penurunan dari Luh al-Mahfuz ke Bayt al-'Izzah di langit dunia secara keseluruhan (jumlatan wahidatan), kemudian baru diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah saw selama 23 tahun.

Ini berdasarkan firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada malam penuh berkat." (Surah al-Dukhan ayat 3). Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) pada malam kemuliaan." (Surah al-Qadr, ayat 1). Firman-Nya bermaksud: "Ramadan, bulan yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi umat manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (di antara yang hak dan batil)." (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Peristiwa Nuzul al-Quran ini seharusnya dihayati oleh umat Islam kerana ia menjadi asas keimanan terhadap al-Quran bahawa ia adalah kalam Allah.
Tarikh peristiwa Nuzul Quran itu ada perselisihan pendapat di kalangan ulama. Sumber hadis tidak sahih, ada yang mengatakan 7hb, 14 hb, 21hb tapi sebahagian besarnya berpendapat ia berlaku pada 17 Ramadhan. Lalu peristiwa nuzul Quran pd 17 Ramadhan itu juga dengan sendirinya adalah peristiwa perlantikan Nabi SAW sebagai Rasul yang terakhir.
Penurunan Quran sebagai wahyu kepada Nabi SAW juga berlaku dengan istimewa. Dari Loh Mahfuz (langit ketujuh) Allah SWT menurunkannya sekaligus (30 juzu’) ke langit dunia. Dan dari langit dunia Jibrail a.s menurunkannya (menyampaikan) sedikit demi sedikit kepada Nabi SAW selama 23 tahun.
Berkaitan dengan itu juga, wahyu pertama yang disampaikan oleh Jibrail a.s kepada Nabi SAW itu adalah pada malam Lailatul-Qadar iaitu berdasarkan surah Al-Qadr.
Namun pengkisahan perisitwa di atas hanyalah sebagai pengenalan kepada kita dalam mengenali Nuzul Quran. Lebih dari itu, yang lebih penting adalah perlunya umat Islam menghayati pengajaran dalam peristiwa Nuzul Quran itu. Jika dilihat, ayat pertama (wahyu) yang diturunkan iaitu “Bacalah” adalah asas kepada perlunya kita kembali kepada membaca dan memahami Quran.

Baca seterusnya...

Jangan persiakan harapan ...

Kepada semua calon UPSR SKPHT, selamat menempuh gelombang UPSR yang akan bermula pada hari selasa hingga khamis (8 - 10 Sept 2009) ini. Janganlah persiakan harapan kedua ibubapa dan para guru yang telah banyak berkorban harta, masa dan tenaga untuk melihat kejayaan anda semua.

Berbagai cara , usaha dan ikhtiar telah dilakukan, kini terpulanglah kepada anda semua untuk menentukan haluan seterusnya. Janganlah anda menyesal dikemudian hari dan menyalahkan nasib serta qada' dan qadar semata-mata. Gunakanlah segala ilmu, kemahiran dan segalanya yang telah anda perolehi di sekolah khususnya untuk menempuh gelombang UPSR ini. Ingat ... masa hadapan anda masih terlalu jauh. Kini anda hanya baru berada pada tahap permulaan. Teruskan perjuangan anda dan kami sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.

Baca seterusnya...

Majlis Membaca Yaasin UPSR Perdana

Jumaat 4 Ogos 2009, Majlis membaca Yaasin UPSR Perdana telah diadakan di dewan peperiksaan SKPHT bermula jam 8.00 pagi. Sebelum ini pada setiap pagi jumaat majlis membaca Yaasin hanya diadakan di surau SKPHT bersama guru Pendidikan Islam dan beberapa orang guru yang berkelapangan. Majlis pada pagi ini disertai oleh semua guru SKPHT. Walaubagaimanapun majlis ini tidak dapat dsertai oleh ibubapa pelajar atas arahan PPD kerana wabak H1N1 yang sedang melanda sekarang.

Majlis diketuai oleh Tn Hj Mohamad Khairuddin (Guru Pen Islam) selaku khalifah dan doa dibacakan oleh En Mohd Nasir B Hj Samsuri (Guru Cemerlang B.Melayu).

Pada tahun 2008 majlis diadakan sebelum berbuka puasa . Selepas itu majlis diteruskan dengan berbuka puasa, solat maghib, isyak dan solat tarawih pada waktu malam bersama ibubapa. Memandangkan wabak H1N1 dan arahan PPD maka majlis seperti tahun-tahun sebelumnya tidak dapat dijalankan.
Walaubagaimanapun majlis pagi tadi tetap berjalan lancar. Semoga segala hajat dimakbulkan oleh Allah , Amin.






Baca seterusnya...

Pesan dan Nasihat

Manfaatkan dan pergunakan masa hidup anda, kesehatan dan masa muda anda dengan amal kebaikan sebelum maut datang menjemput. Bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar-benar taubat dalam setiap waktu dari segala dosa dan perbuatan terlarang. Jagalah fardhu-fardhu Allah dan perintah-perintah-Nya serta jauhilah apa-apa yang diharamkan dan dilarang-Nya, baik pada bulan Ramadhan maupun pada bulan lainnya.

Jangan sampai anda menunda-nunda taubat, sehingga anda pun mati dalam keadaan maksiat sebelum sempat bertaubat, karena anda tidak tahu apakah anda dapat menjumpai lagi bulan Ramadhan mendatang atau tidak?

Bersungguh-sungguhlah dalam mengurus keluarga, anak-anak dan siapa saja yang menjadi tanggung jawab anda agar mereka taat kepada Allah dan menjauhkan diri dari maksiat kepada-Nya. Jadilah suri tauladan yang baik bagi mereka dalam segala bidang, karena andalah pemimpin mereka dan bertanggung jawab atas mereka di hadapan Allah Ta'ala. Bersihkan rumah Anda dari segala bentuk kemungkaran yang menjadi penghalang untuk berdzikir dan shalat kepada Allah.

Sibukkan diri dan keluarga anda dalam hal yang bermanfaat bagi anda dan mereka. Dan ingatkan mereka agar menjauhkan diri dari hal yang membahayakan mereka dalam agama, dunia dan akhirat mereka.

Semoga Allah melimpahkan taufik-Nya kepada kita semua untuk amal yang dicintai dan diridhai-Nya. Selawat dan salam semoga juga dilimpahkan Allah kepada Nabi kita Muhammad saw, segenap keluarga dan para sahabatnya.

Baca seterusnya...

Halal Food

Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini.