LDP - MEMBINA BLOG

Pada hari Sabtu 30hb. Ogos 2008, telah diadakan satu LDP mengenai cara membina Blog menggunakan Blogspot untuk semua guru SKPHT anjuran SKPHT bertempat di PKG Teluk Medan. Semua guru menunjukkan minat dan kesungguhan untuk menghasilkan blog sama ada untuk keunaan sendiri atau untuk panitia dan sebagainya. Dua orang penceramah yang merupakan guru SKPHT telah menyampaikan kursus tersebut.




Baca seterusnya...

PROGRAM DI AMBANG RAMADHAN 1429/2008

Pada pagi Jumaat 27 Syaaban 1429H / 29hb. Ogos 2008 telah diadakan satu program yang dinamakan "Program Di Ambang Ramadhan" bertujuan untuk memberikan pelbagai maklumat sebagai persediaan bagi menghadapi kedatangan Ramadhan yang bakal menjelang. Seorang penceramah telah dijemput khas iaitu Ustaz Yusuf Bin Shoib dari SK Teluk Medan untuk menyampaikan ceramah dalam program tersebut.


Pengacara Majlis En Shahrim B Shuib


video
Ucapan Aluan G.Besar Pn Hjh Hayati Bt Samsudin


video

video
Ceramah Di Ambang Ramadhan oleh Ust Yusuf B Shoib





Baca seterusnya...

Hubungi Kami

Nama Sekolah : SK PARIT HAJI TAIB

Alamat : 34300 BAGAN SERAI, PERAK

Kod Sekolah : ABA3009

Telefon : 05-7140625

Fax : 05-7141308

Emel : skphjtaib@ppdkerian.edu.my

Blogger :

  • Blog Sekolah : http://skphjtaib.blogspot.com
  • Blog Pusat Sumber : http://skphtpss.blogspot.com/
  • Blog j-QAF : http://jqafskpht08.blogspot.com/

Emel Admin : mokhara@gmail.com

Baca seterusnya...

SEJARAH SEKOLAH

Sebelum tahun 1955, belum ada lagi sekolah di Kampung Parit haji Taib.Pada masa itu kanak-kanak di kampung ini mendapat pendidikan di sekolah-sekolah berdekatan yang purata jauhnya lima kilometer dari kampung ini. Mereka terpaksa bersekolah di Bagan Serai, Alor Pongsu dan Teluk Medan.
Oleh kerana kesukaran perhubungan, ramai kanak-kanak di kampung ini tidak bersekolah. Memandangkan kesedaran ini, maka pada tahun 1954 penduduk kampung ini telah melantik Tuan Haji Masjuni Bin Haji Ahmad sebagai wakil mereka bagi menemui pihak RISDA untuk memohon agar didirikan sebuah sekolah di kampung Parit Haji Taib. Usaha tersebut telah gagal kerana pihak Rida tidak berkemampuan untuk mendirikan sekolah di kampung ini.
Pada tahun 1955,penduduk kampung ini sekali lagi menghantar seorang wakil iaitu Tuan Haji Tariff Bin Epot untuk menemui Tuan Pengelola Sekolah-Sekolah Perak Utara di Taiping bagi tujuan yang sama iaitu memohon bangunan sekolah tetapi ianya juga menemui kegagalan. Dengan azam yang kuat, penduduk kampung ini telah mengambil keputusan untuk membangunkan sebuah sekolah rakyat tanpa bantuan pihak kerajaan pada masa itu. Akhirnya sebuah bangunan sekolah berbumbungkan atap rumbia berjaya didirikan. Lebih kurang 100 orang murid telah diajar dan dibimbing oleh 3 orang tenaga pelajar dari kalangan anak tempatan iaitu Tuan Haji Tariff Bin Epot, Encik Saidin Bin Osman dan Haji Mustafa Bin Haji Azhari.
Bilangan murid yang belajar di sekolah pada masa itu telah bertamba dan meningkat dari tahun ke tahun. Dengan kemajuan yang ditunjukkan, pada tahun 1961, pihak kerajaan telah bersetuju mendirikan bangunan sekolah di kampung ini. Pihak kerajaan telah membeli tanah tapak sekolah rakyat hakmilik Tuan Haji Tarif. Dua blok bangunan sekolah yang terdiri daripada bagunan kayu dan dan berdinding simen. Ianya memuat enam bilik darjah serta sebuah rumah guru juga didirikan. Pada awal bulan Januari 1962 atas keputusan Jawantankuasa Sekolah yang diketuai oleh tuan Haji Tarif Bin Epot dengan persetujuanPengelola Sekolah-sekolah Perak Utara, maka sekolah tersebut dirasmikan atas nama SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT HAJI TAIB. Guru Besar pertama yang berkhidmat di sekolah ini iaitu En Manaf Bin Mahat dan enam orang tenaga pengajar Jumlah murid pada waktu itu ialah 130 orang. Kelas yang dibuka hanya setakat tahun lima sahaja. Murid-murid yang hendak melanjutkan pelajaran ke tahun enam, terpaksalah menyambung pelajaran ke sekolah lain yang berhampiran seperti di Sek Keb. Bagan Serai, Sek Keb. Alor Pongsu dan Sek. Keb Teluk Medan. Setelah tahun 1978 barulah kelas untuk tahun enam diadakan. Pada masa itu pentadbiran kewangan telah diuruskan oleh Sek. Keb. Bagan Serai.
Pada tahun 1963 Tuan Haji Shafiei Bin Osman telah menggantikan En. Manaf Bin Mahat sebagai Guru Besar di sekolah ini. Pada tahun 1979 hingga 1981 jumlah murid di sekolah ini telah meningkat sehingga ke tahap 220 orang murid. Oleh kerana bilangan murid yang semakin meningkat, kerajaan telah mendirikan bangunan baru dua tingkat pada tahun 1982. Bangunan baru itu mengandungi enam buah bilik darjah, satu ruangan perpustakaan, bilik radio/tv, bilik guru, pejabat, bilik guru besar, dua buah tandas murid, dua buah tandas guru/kakitangan dan sebuah kantin. Di samping itu, sebuah padan juga turut diadakan. Hasil kemudahan yang diwujudkan menjadikan sekolah ini bertambah maju lagi.Bangunan baru ini mula digunakan pada awal tahun1984. Walau bagaimanapun, bangunan lama tidak dirobohkan dan ia digunakan sebagai bilik seni lukis, kelas pemulihan, kelas agama, surau dan tadika.
Pada tahun 1985, jumlah murid sekolah ini telah merosot. Kemerosotan ini adalah disebabkan perpindahan penduduk kampung ke Tanah Rancangan Persekutuan (FELDA). Sehingga tahun 1994, bilangan murid sekolah ini berjumlah 163 orang.
Dari sudut kejayaan, sekolah ini telah pernah menjadi johan keputusan Penilaian Darjah Lima Terbaik bagi kumpulan Bagan Serai selama tiga kali berturut-turut dan dapat mengekalkan piala pusingan. Sekitar tahun 1992 dan tahun1994 sekolah ini telah mencapai peratusan terbaik bagi seluruh Daerah Kerian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Penulisan) UPSR. Di bidang kokurikulum pula, salah seorang murid sekolah ini telah berjaya mewakili Daerah Kerian bagi acara olahraga (200m) lelaki A di Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Perak.

Baca seterusnya...

Majlis Penutupan Bulan Membaca 2008

Rabu 27 Ogos 2008, telah diadakan Majlis Penutupan Bulan Membaca 2008. Majlis telah disempurnakan oleh En Mohd Salji B Hj Yunus (Guru Kanan Pentadbiran).
Beliau berpesan kepada semua murid agar rajin membaca dan menjadikan tabiat membaca sebagai satu hobi.
Ucapan Perasmian Penutup dari En Mohd Salji B Hj Yunus


Penyampaian Hadiah Pertandingan Banyak Membaca


Para Pemenang Pertandingan Bulan Membaca

Baca seterusnya...

Minum Free

13hb. Ogos 2008 , Tepat jam 12.00 tengah hari, van Milo telah berkunjung ke sekolah. Maka hilanglah dahaga warga SKPHT yang sedang kehausan.


Baca seterusnya...

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan


Pada 13hb. Ogos 2008 (Rabu) tapat jam 8.45 pagi telah diadakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia ke-51 di Tapak Perhimpunan Sekolah. Antara aktivitinya ialah :

  • Menyanyikan lagu Negaraku
  • Lagu Negeri Perak
  • Kerana mu Malaysia
  • Jalur Gemilang
  • Lagu Tema Ulang tahun Kemerdekaan ke-51
  • Ucapan Pengerusi Majlis
  • Ucapan Guru Besar dan Perasmian
  • Penerangan Dari PK Kokurikulum mengenai aktitivi yang akan dilaksanakan
  • Mengibarkan Jalur Gemilang
  • Bersurai
video

Baca seterusnya...

PROGRAM HARI SEKOLAH SELAMAT

Pada 9hb. Ogos 2008 (Sabtu), sekolah telah mengadakan Program Hari Sekolah Selamat.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah :

  • Tayangan video mengenai cara-cara menjaga keselamatan.
  • Ceramah dari PDRM
  • Latihan kebakaran dari Bomba
  • Ceramah kebakaran dari Bomba.
video

Baca seterusnya...

DOWNLOAD

INFO RAMADHAN
Buku Panduan Ramadhan
Amalan di bulan ramadhan
Cara menyambut ramadhan
Fatwa2 mengenai ramadhan
Fadhilat ramadhan
Renungan ramadhan
Risalah ramadhan

UMUM
Kuiz PTK
Bijak Bahasa
BBM K.Tempatan T 5
BBM Pen Islam Th 4
Science Worksheet
BBM KIA2M / Pra Sekolah
BBM Jawi
Installer Quran In Word

MUAT TURUN FAIL J-QAF


BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM
* Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 1
* Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 2
* Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 3
* Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 4 Jilid 1
* Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 4 Jilid 2
* Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 5 Jilid 1
* Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 5 Jilid 2
* Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 6 Jilid 1
* Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 6 Jilid 2

FILE POWERPOINT (BBM)
* Lagu Mengenal Huruf
* e-Jawi Converter
* e-Iqra'


RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN PEN ISLAM

  • RT PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 PENGGAL 1
  • RT PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 PENGGAL 2
  • RT PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 PENGGAL 1
  • RT PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 PENGGAL 2
  • RT PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 PENGGAL 1
  • RT PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 PENGGAL 2
  • RT PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 PENGGAL 1
  • RT PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 PENGGAL 2
  • RT PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5 PENGGAL 1
  • RT PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5 PENGGAL 2


  • Baca seterusnya...

    Halal Food

    Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini.