Sambutan Maulidur Rasul 1430H

Jumaat 27 Mac 2009 jam 9.00 pagi telah diadakan satu ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul 1430H. Seorang penceramah iaitu Ustaz Idris Ismail dari Maahad Ar-Ridwan Teluk Medan telah dijemput untuk menyampaikan ceramah dalam majlis tersebut.
Adik Nurul Hassanatun Nisa' yang menjadi johan acara berzanji sekolah rendah kelompok 2 mempersembahkan bacaan rawi berzanji sebelum ceramah bermula.

Ustaz Idris Ismail menyampaikan ceramah ....... susoh jugok nak kontrol budok-budok sekolah rendah ni ......

Sebahagian dari murid-murid dalam majlis tersebut.

Baca seterusnya...

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30

Pada hari khamis 26 Mac 2009 telah di adakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-30 bermula jam 2.303 petang. Mesyuarat kali ini dihadiri ramai ibubapa dan penjaga murid. Pemilihan AJK baru telah diadakan dimana YDP yang telah telah dipilih semula manakala NYDP disandang oleh Pn Siti Esah Bt Yusuf. Seperti tahun-tahun yang lalu, mesyuarat kali ini juga telah diadakan cabutan bertuah yang telah disumbangkan oleh Pn Siti Esah Bt Yusuf.

Ustaz Ahmad Sufi menyempurnakan bacaan doa.

En Shahrim menjadi pengacara majlis

Pn Hjh Hayati (Guru Besar) selaku penasihat PIBG menyampaikan ucapan dan merasmikan mesyuarat Agung PIBG kali ke-30

En Khalid B Hj Tarmiji menyampaikan ucapan. Beliau sekali lagi dipilih menjadi YDP PIBG untuk sesi 2009 ini.

Semasa mesyuarat berlangsung hujan lebat telah turun disusuli dengan angin kencang menyebabkan dewan mesyuarat basah akibat tempias, namun ibubapa tidak berganjak dari tempat duduk mereka. Kelihatan dalam gambar di atas dimana padang sekolah telah digenangi dengan air.

Sebahagian ibubapa yang menghadiri mesyuarat

Dari kiri : En Mohd Nasir yang menjadi pengerusi sementara, En Mohd Salji (Bendahari PIBG), En Kharudin Ibrahim (Setiausaha), Ustazah Nor Wahidah dan Ustazah Noor Hasimah (pencatat minit mesyuarat).
Dari kiri : Blogger j-Qaf SKPHT dan Blogger SKPHT. Ini lah tahun yang bertuah ..... selama ni tak pernah dapat cabutan bertuah.... rezeki.

Baca seterusnya...

Program Permuafakatan Ibubapa dan Pelajar


Program Permuafakatan Ibubapa dan Pelajar telah diadakan pada hari khamis 19 Mac 2008 di dewan SKPHT. Aktiviti bermula jam 9.00 pagi. Program ini disertai oleh ibubapa dan pelajar tahun 5 dan 6. Seorang penceramah iaitu Ustaz Aizat Hambali B Hamzah telah dijemput untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada ibubapadan pelajar tahun 5 dan 6. Beliau merupakan seorang imam dari masjid Sungai Kecil Seberang Perai dan juga merupakan seorang penceramah agama dan motivasi.

En Mohd Nasir B Hj Samsuri yang menjadi pengacara majlis

Penceramah Motivasi ...... Ustaz Aizat Hambali B Hamzah

Ibubapa .....khusyuk mendengar ceramah

Dari kanan : En Mohd Salji B Yunus (PK Pentadbiran)

Murid-muid tahun 5 dan 6

Murid perempuan tahun 5 dan 6

Baca seterusnya...

PETUA IMAM SYAFI'E

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian
Langit Dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan
Terjaga untuk solat malam...

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan
Makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Baca seterusnya...

Kejohanan Bola Baling sekolah-sekolah Rendah Kelompok 2

Tahniah pada pasukan Bola Baling Lelaki yang telah menjadi Naib Johan Kejohanan Bola Baling Sekolah-sekolah Rendah Kelompok 2/2009. Kejohanan yang telah berlangsung di SK Dato' Masud secara liga tersebut telah disertai oleh 5 buah sekolah dalam kelompok 2 daerah Kerian pada 11 Mac 2009 yang lalu.

Sekalung tahniah pada En Farizal Abidin yang menjadi juru latih pasukan SKPHT hingga mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Beberapa orang murid telah terpilih untuk mewakili kelompok 2 pada kejohanan peringkat daerah nanti.

Pasukan Bola Baling Lelaki SKPHT yang menjadi Naib Johan

Pasukan Bola Baling Perempuan .... cuba lagi tahun depan.


Baca seterusnya...

Mari Berselawat

Kelebihan Berselawat

Sufyan As Sauri menceritakan :

Bila bertawaf mengelilingi kaabah, saya melihat seorang laki-laki, ia membaca selawat kepada Rasulullah saw. Saya mendekatinya lalu bertanya: "Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih,tahmid dan tahlil justeru hanya membaca selawat sahaja? Adakah sesautu berlaku kepada diri anda? Siapakah anda ini? Tanya orang itu. Saya Sufyan As Sauri" Jawab saya. Baiklah akan aku ceritakan." Aku meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji.

Ketika dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian. Aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu telah bertukar menjadi hitam legam, aku menutup wajahnya dengan kain. Aku berasa sedih sekali, dan malu jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah. Aku terus bertafakur dan tertidur. Dalam tidurku aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar itu bersumber dari seorang yang sangat gagah lagi tampan. Pakaiannya bersih,wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah melihat orang ini sebelumnya, dan aku belum mengenalinya.

Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya sehinggalah dia berada disisiku. "Ada apa kesusahanmu?" tanyanya. "Ayahku telah meninggal dunia," aku menangis. Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata. "Jangan menangis semua manusia mesti mati." "Tapi wajahnya" kataku "Wajahnya hitam legam. Tolonglah aku" aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan sesautu. Tanpa berbicara apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali, aku hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku kembali semula putih bersih, dan lebih bercahaya dari asalnya. Apa penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini dapat berlaku.

Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian iapun hendak kembali semula dari arah yang ia dating tadi.

Melihat ia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku segera memegang bajunya seraya bertanya, siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini? Dia tersenyum dan kelihatan nur dan cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama. "Aku ini Muhammad" jawabnya. "Muhammad siapa"? aku meminta penerangan lagi.

"Muhhamad, Rasulullah. Akulah pembawa Al Quran" jelasnya. Aku terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia. Inilah dia Rasulullah, aku berkata dalam hatiku, lisanku kelu, tidak berkata apa-apapun.

"Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia didalam hidupnya, namun begitu dia selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika ia mengalami hal buruk ini, ia memohan kepada ku untuk membantunya, maka aku datang ini untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku" jelasnya.

Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa yang telah berlaku di dalam mimpi itu. Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti yang berlaku di dalam mimpi tadi, bahawa wajah ayahku telah kembali putih bersih dan bercahaya lebih dari mulanya.

BERKAT SELAWAT

UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Dalam satu cerita yang lain mengenai perkara selawat juga, bahawa seorang wanita telah bermimpikan anaknya yang baru mati. Dilihatnya anaknya sedang disiksa dengan amat berat sekali.

maka wanita itu sangat sedih ketika meningatkan mimpi yang dilihatnya, dan dia terus menangis dan menangis memohon ALLAH agar diampunkan dosa anaknya itu.

Sekali peristiwa sedang dia berada di kuburan anaknya itu, tiba-tiba datang seorang lelaki yang compang-camping keadaannya. Dia berdiri dihadapan kubur-kubur itu, lalu berselawat keatas Nabi saw, sebanyak-banyaknya kemudian dia menghadiahkan pahalanya kepada sekalian ahli kubur di situ, dan dia pun pergi.

Pada malamnya, wanita itu bermimpi lagi akan anaknya, dan kali ini mimpinya agak berlainan sedikit. Iaitu dilihatnya anaknya sedang dalam cahaya dan bahagia mengecap segala kenikmatan ALLAH. Maka wanita itu bertanya kepada anaknya tentang perubahan nasib yang diterimanya sekarang, apa sebabnya?

Lalu anak itu memberitahu bahawa semua itu ialah kerana berkat selawat orang salih yang baru datang ke kuburan itu, yang telah berselawat ke atas Nabi saw, lalu dihadiahkan pahala selawatnya itu kepada sekalian ahli kubur, dan nasibnya dari pahala itulah telah mendapat segala kebahagian yang di kecapi sekarang ini.

Moral: Marilah kita perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah agar mendapat syafaatnya di dunia dan di akhirat, Insyaallah.

SYAFAAT UTK MALAIKAT

UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Pada saat Rasulullah saw dimikrajkan, beliau melihat berbagai macam keanihan. Di antaranya baginda melihat satu malaikat yang dibakar oleh ALLAH swt.

Nabi bertanya kepada Jibril as,

"Mengapa ia dibakar?"

Dijawab oleh Jibril as,

"ALLAH mengutus dia ke sebuah negeri untuk menghancurkan penduduknya. Tetapi ia tidak jadi melakukannya kerana merasa hiba dan sedih terhadap seorang bayi yang masih menyusui di negeri itu. ALLAH lalu menghukumnya."

"Tahukah kau wahai Jibril, apakah dia boleh bertaubat," tanya Rasul lagi.

"Bukankah ALLAH menurunkanayat kepadamu, bahawa Dia maha pengampun bagi sesiapa saja yang bertaubat," demikian jawab Jibril as.

Selesai mendengar jawapan Jibril as, Nabi lantas memohon taubat kepada ALLAH untuk malaikat itu.

Dan ALLAH menjawab bahawa malaikat itu harus membawa selawat 10 kali kepada Rasulullah, barulah ia dilepas dari hukuman.

Di langit, para malaikat gempar mempercakapkan bahawa ALLAH swt telah merahmati malaikat Karubiyyun berkat selawat kepada Rasul-Nya Muhammad saw.

KELEBIHAN SELAWAT

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Kelahiran Rabiatul Adawiah

Pada malam Rabiah dilahirkan, ayahnya tidak mempunyai setitik minyak pun untuk menerangi rumah. Ia juga tidak mempunyai kain selimut untuk menyelimut Rabiah. Ayah Rabiah mempunyai 3 orang puteri dan Rabiah merupakan puterinya yang keempat. Dalam keadaan dingin di waktu malam, ayanya telah bermimpi melihat Nabi saw. Nabi saw berkata,

"Janganlah engkau bersedih hati kerana bayi perempuan yang baru dilahirkan itu adalah ratu kaum wanita dan akan menjadi penegah bagi 70 ribu orang diantara kaumku. Esok pergilah engkau mengadap Isa Az Zadan gabenor Basrah. Di atas sehelai kertas, tuliskan kata-kata berikut ini; setiap malam engkau mengirimkan selawat seratus kali kepadaku dan setiap malam jumaat empat ratus kali. Kelmarin adalah malam jumaat tetapi engkau lupa melakukannya. Sebagai penebus kelalaian mu itu berikanlah kepada org ini 400 dinar yang telah engkau perolehi secara halal."

Ketika terjaga dari tidur, ayah Rabiah menangis. Ia pun bangkit dan menulis seperti yang telah dipesankan Nabi saw kepadanya dan mengirimkannya kepada gabenor melalui pengurus rumahtangga istana.

"Berikanlah dua ribu dinar kepada orang-orang miskin, kata gabenor tersebut setelah selesai membaca surat itu. "Dan berikan 400 dinar kepada orang ini, katakan padanya bahawa aku harap engkau datang kepadaku supaya aku dapat melihat wajahmu. Namun demikian, tidak wajarlah engkau mengadapku sepatutnya akulah yang datang berjumpa denganmu."

Dipetik dari buku berjudul "Wasiat Orang Soleh"



Baca seterusnya...

MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH KERIAN KELOMPOK 2/2009

Hari ini 3 Mac 2009 SK Parit Haji Taib menjadi tuan rumah Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Rendah Daerah Kerian bagi Kelompok 2. Acara bermula seawal jam 7.45 pagi dengan pendaftaran para hakim dan peserta.
Majlis berjalan lancar seperti yang dirancang. Masyarakat kampung Parit Haji Taib datang bergotong royong memasak seperti kenduri kahwin ... begitu meriah sekali.
Tahun ini SKPHT telah menjadi Johan acara Bercerita kisah dari Al-Quran perempuan dan Bacaan Rawi (Berzanji) perempuan. Naib johan acara Bercerita Kisah dari Al-Quran lelaki dan Tulisan Jawi perempuan. Tahniah kepada semua peserta .
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tn Hj Abdul Rahman B Hj Abd Hamid (Penyelia Pendidikan Islam dan Moral PPD Kerian).
Para petugas besiap sedia di meja pendaftaran

Sarapan pagi untuk para hakim dan petugas

Hakim di bilik Tahfiz (surau)

Hakim di bilik Berzanji

Hakim di bilik Tilawah Perempuan

Antara para peserta Berzanji

Peserta Tilawah Lelaki di dewan utama

Peserta Bercerita Lelaki dari SKPHT (Naib Johan)

Inilah dia Johan bercerita perempuan dari SK Pait Haji Taib

Abang Ram dengan menu istimewanya
PK Pentadbiran(kanan sekali) bersama tetamu kehormat

Dari kanan - Guru Besar SKPHT, Pegawai Khas Pend Islam, Penyelia Pend Islam, Guru Besar SKPHA

Tetamu kehormat

Pengacara majlis

YDP PIBG SKPHT bergambar kenangan bersama isteri di pentas utama

Sebahagian dari guru-guru SKPHT bergambar kenangan

Guru-guru perempuan sahaja ...

Sebahagian dari guru yang berbaju melayu

Baca seterusnya...

Persiapan MTQ Sekolah-Sekolah Rendah Kelompok 2/2009

Hari ini 2 Mac 2009, sebagai tuan rumah, persiapan telah dilakukan sejak beberapa hari yang lalu bagi melaksanakan acara ini. Jam 3.00 petang diadakan gotong royong menyembelih dan melapah lembu yang disumbangkan oleh seorang penduduk kampung Parit Haji Taib ini.Beliau sekeluarga memang pemurah dan telah banyak menyumbangkan bantuan untuk sekolah ini. Masyarakat setempat telah turun beramai-ramai bergotog royong memasak untuk meraikan tetamu esok hari.Pada sebelah malamnya diadakan acara tahlil dan marhaban serta jamuan sup tulang.Memang berselera habis .... Lepas ni jangan lupa basuh pinggan yang penuh dengan lemak tu...

Pakar cat... sedang mengecat dewan utama

Melapah lembu

Bergotong royong memotong daging lembu

Hati-hati .... jangan terpotong jari

video

Majlis tahlil dan marhaban ... atas pentas dewan

Baca seterusnya...

Halal Food

Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini.