HARI ANUGERAH CEMERLANG

Hari Anugerah Cemerlang telah diadakan pada hari rabu 12 Nov 2008 jam 2.30 petang. Acara ini merupakan aktiviti terakhir untuk tahun 2008 ini.



Ucapan Guru Besar - Pn Hjh Hayati Bt Samsudin



Ucapan YDP PIBG - En Khalid B Hj Tarmiji



En Sharudin B Ahmad (Pengerusi Majlis Belia Daerah Kerian)
menyampaikan ucapan perasmian



Persembahan dari murid Pra Sekolah



Persembahan Nasyid dari murid-murid Tahun 6

En Shahrim B Shuib ..... Dee Jay Popular 2008

En Sharudin B Ahmad menyampaikan hadiah kepada murid Pra Sekolah

Tahniah ... En Farizal B Abidin - Anugerah Khas Guru Sukan


Tahniah ... Satu-satunya murid yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2008

Baca seterusnya...

PERKHEMAHAN HARI KOKKURIKULUM

Perkhemahan Hari Kokurikulum telah dilaksanakan pada hari jumaat 7 Nov 2008 hingga hari sabtu 8 Nov 2008 (2 hari 1 malam). Perkhemahan ini melibatkan semua murid tahun 4, 5 dan 6. Semua guru terlibat dan memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Kem Komandan memeriksa peralatan perkhemahan












Baca seterusnya...

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Peperiksaan akhir tahun (PKSR 2/2008) telah berlangsung bermula dari 3 hingga 5 November 2008. Didoakan semoga para pelajar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam semua mata pelajaran.






Baca seterusnya...

KURSUS PENINGKATAN SENI KHAT JAWI

Kursus Peningkatan Penulisan Khat Jawi telah diadakan pada 20 hingga 22 Oktober 2008 di Pangkor Suria Beach Resort. Seramai 60 orang peserta dari seluruh negeri Perak telah menghadiri kursus anjuran Jabatan Pelajaran Perak tersebut. Saya turut terlibat dalam kursus tersebut dan kena lantik jadi Tok Penghulu kursus pulak .....Banyak teknik penulisan seni khat yang didedahkan oleh penceramah yang sememangnya pakar dalam bidang tersebut .
Salah sebuah feri ke Pulau Pangkor

Urusetia menyampaikan taklimat kursus

Peserta menunjukkan skil masing-masing

Salah seorang peserta dari Daerah Kerian

Apa yang menarik sangat tu ?

Salah seorang peserta dari Larut Matang dan Selama

Peserta dari Daerah Manjung

Penceramah menunjukkan kemahirannya


Sesi waktu malam

Majlis Perasmian Penutup



Baca seterusnya...

TAHNIAH - GURU CEMERLANG DG34


Seluruh warga SKPHT mengucapkan tahniah kepada En Mohd Nasir B Hj Samsuri atas kejayaan beliau mendapat anugerah Guru Cemerlang Bahasa Melayu DG34 (dulu dipanggil Guru Pakar). Sebelum ini beliau memegang jawatan sebagai PK HEM di sekolah ini. Beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi dan sentiasa mempunyai idea baru khasnya dalam P&P. Beliau juga seorang yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan merupakan salah seorang imam di Masjid Jamek Bagan Serai. Semoga kepakaran beliau akan dapat dicurahkan untuk murid-murid SKPHT khasnya dan murid-murid di sekolah lain amnya. Tahniah.

Baca seterusnya...

KEM BESTARI SOLAT 7

Unit j-QAF SKPHT telah melaksanakan Kem Bestari Solat kali ke-7 pada hari sabtu 18hb Oktober 2008 bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Kem ini melibatkan semua murid Tahun 1 dan 2 serta 4 orang guru pembimbing yang terdiri dari 2 orang guru j-QAFdan 2 orang GPI. Tentatif program adalah seperti berikut :

08.00am : Pendaftaran dan pembahagian murid.
08.30am : LDK 1 - Anggota, rukun dan sunat wuduk.
10.00am : Rehat
10.30am : LDK 2 - Amali wuduk
11.00am : LDK 3 - Bacaan dalam solat
12.00pm : LDK 4 - Amali Solat
01.00pm : Bersurai

Agihan Kumpulan
LDK 1 - Dalam makmal komputer

Rehat ... beratur untuk mengambil makanan
Berdoa sebelum makan
Bersopan ketika makan

Terlampau lapar nampak .....
Amali wuduk


Amali solat
Amali solat - Rukuk
Amali solat - Tahiyat akhir

Bersurai ....

Murid keluar dari surau untuk pulang ke rumah

Baca seterusnya...

PROGRAM MESRA RAYA AIDIL FITRI

Majlis Mesra Raya Aidil Fitri telah dilaksanakan pada hari Jumaat 10 hb Oktober 2008 bermula jam 8.00 pagi hingga 12 tengah hari.Unit Ko Kurikulum SK.Parit Haji Taib ( SKPHT ) telah menganjurkan Majlis Mesra Raya Aidil Fitri ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKPHT.Semua guru dan murid berpakaian raya.Majlis ini telah dimeriahkan dengan persembahan nyanyian lagu raya dan sketsa oleh murid-murid SKPHT.Pada penghujung majlis murid-murid dan guru-guru menjamu selera dengan makanan dan biskut raya yang telah disediakan.

Rasional :
Memahami dan merayakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri Mesra raya aidil fitri untuk membentuk kerjasama, perasaan muhibah dan semangat persaudaraan antara satu sama lain.

Latar Belakang :
Semua murid SKPHT adalah beragama Islam

Matlamat :
Menerap dan mengekalkan semangat cintakan agama, menghargai diri dan membentuk kerjasama antara satu sama lain.

Objektif :
Melahirkan semangat cintakan agama

  • Melahirkan perasaan saying dan bangga terhadap agama
  • Menanamkan sikap kerjasama, bertolenrasi dan menyayangi sesame individu.
  • Memupuk semangat perpaduan antara sesama anggota masyarakat.

Kumpulan sasaran :

  • 237 orang murid SKPHT
  • 18 orang murid Pra Sekolah
  • Seluruh wargakerja SKPHT
  • AJK PIBG SKPHT
  • Ketua Kampung, Imam dan JKKK Kg Pt Hj Taib

Aktiviti / Tentatif Program :
7.45 pg : Perhimpunan pagi
8.00 pg : Berkumpul di dewan
: Ucapan aluan pengacara majlis
: Nyanyian lagu Negaraku
: Nyanyian lagu Negeri Perak
: Nyanyian lagu Sekolah
: Ucapan perasmian oleh Guru Besar
: Persembahan murid
: Jamuan Raya
: Bermaafan dan bersalaman
12.00 t.hari : Majlis bersurai.

En Mohd Nasir B Hj Samsuri - Pengacara Majlis

Pn Hjh Hayati Bt Samsudin (Guru Besar) - menyampaikan ucapan perasmian

Persembahan murid

Persembahan murid

Guru-guru segak berbaju raya


En Helmey B Awang - Juru Gambar/Video

En Nordin B Jaafar - Blogger PSS

Sarapan pagi

Jamuan Aidil Fitri

AJK Makanan

Murid menghadapi juadah raya


AJK PIBG


Baca seterusnya...

Halal Food

Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini.