Menjadi Tatamu Allah
Bagan Serai Ahad 1 Okt 2009 - Tepat jam 11.00 pagi telah berlangsung majlis bacaan yaasin dan tahlil serta doa selamat di rumah En Mohd Nasir b Hj Samsuri iaitu di Taman Serai Mayang, Bagan Serai. Beliau merupakan salah seorang guru di sekolah ini yang akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini bersama isteri nya iaitu Pn Norhayati Bt Abd Hamid yang kini sedang bertugas sebagai guru di SK Matang Gerdu.
Seramai kira-kira 150 tetamu menghadiri malis tersebut untuk sama-sama mendoakan semoga beliau dan isteri dan para jemaah haji yang lain selamat menjalani ibadah haji dan umrah serta mendapat haji yang mabrur. Majlis bacaan yaasin dan tahlil diketuai oleh ust Abu Bakar B Samsuri iaitu imam 1 Masjid Bagan Serai.
Kesemua guru dan staf dari SKPHT telah menghadiri majlis tersebut walaupun ada beberapa orang hanya tiba setelah selesai doa dibacakan. Beliau akan berangkat pada 5 Nov 2009 dari lapangan terbang Pulau Pinang dan dijangka kembali pada 18 Dis 2009 iaitu selama 43 hari. Penerbangan beliau merupakan penerbangan yang terakhir dari Pulau Pinang dan beliau akan terus ke Makkah. Setelah selesai ibadah haji barulah akan ke Madinah.
Saya masih terbayang bagaimana indah dan seronoknya berada di tanah suci. Terasa kerinduan untuk kesana mengerjakan ibadah haji dan umrah dan lain-lain ibadah sunat. Tidak tergambar dek kata-kata bagaimana indah dan seronoknya berada di sana. Walaupun jauh dari keluarga dan makanan yang tidak seperti di sini dan tempat penginapan yang tidak seperti di rumah sendiri, namun hati kecil ini masih merasakan ingin ke sana lagi jika ada rezeki.
Bagi yang belum ke sana, tanamkanlah azam untuk ke tanah suci. Simpanlah di Tabung Haji bagi yang belum dan bagi yang sudah menyimpan bolehlah mula mendaftar untuk menjadi tetamu Allah. Untuk En Mohd nasir dan isteri ... doakanlah kami disini. Apa-apa doa asalkan yang baik untuk kami semua.
0 ulasan:
Catat Ulasan