Salam Maulidur Rasul

MEMANTAP UKHUWAH , MEMPERKASA UMMAH ... Itulah tema sambutan Maulidur Rasul tahun 1431 ini. Saban tahun apabila tiba bulan Rabiul Awwal maka waktu itu sibuklah kita untuk mengadakan majlis memperingati peristiwa kelahiran junjungan besar saw. Memang sewajarnya kita sebagai umat Islam menghargai pengorbanan yang telah dilakukan oleh nabi Muhammad saw.

Pelbagai acara diadakan seperti perarakan, membaca maulid berzanji, tahlil , ceramah dan kenduri memberi jamuan makan kepada saudara seagama dan lain-lain. Sememangnya perkara ini elok dilakukan daripada tidak berbuat apa-apa aktiviti sambutan. Sebenarnya pengertian Maulidur Rasul ini tidak hanya setakat itu. Bukan dek kerana semua majlis itu, boleh menunjukkan kecintaan kita pada Rasul S.A.W. yang kita imani. Pengertian yang sebenar dan lebih berbentuk realiti bukan sekadar majlis Maulidur Rasul bersifat sambutan semata.

Kita sebagai umat Nabi S.A.W. disyariatkan untuk mencintai Nabi lebih dari mencintai diri sendiri. Sabdanya, tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia lebih mengasihi aku dari dirinya sendiri. Ukuran kita mencintai Rasul S.A.W. ialah dengan ukuran pada kepentingan diri sendiri. Betapa kita mementingkan diri sendiri sekalipun, adalah mementingkan Rasul S.A.W. lebih baik dan dikira beriman. Mementingkan Rasul S.A.W. di sini ialah dalam erti kata mentaatinya dan mengerjakan segala syariatnya. Sesiapa yang mentaati aku maka dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang derhaka padaku nescaaya dia menderhakai Allah, itu sabda Rasul S.A.W.

Akhirnya, marilah kita mengamalkan segala sunnah Rasulullah saw sama ada yang sunat mahupun yang wajib. Nak hurai mengenai sunnah yang wajib dan sunat ni pun panjang juga. Cukup banyak perkara yang hendak dibincangkan mengenai rasulullah saw ini. Cukup rasanya jika kita dapat mengamalkan segala sunnahnya. Sekian untuk kali ini.



Baca seterusnya...

Ujian Pengesanan 1

Sesi persekolahan telah masuk minggu ke-8. Acara sukan telah selesai dilaksanakan. Minggu ini merupakan minggu peperiksaan dimana bermula pada hari selasa 23 Feb 2010 sehingga ke hari khamis 25 Feb 2010 semua murid akan menghadapi Ujian pengesanan 1. Semoga semua murid berjaya lulus dengan mendapat markah yang tinggi-tinggi belaka hendaknya. Seboleh-bolehnya mendapat markah 80 ke atas, Insya Allah.

Baca seterusnya...

Sukan Tahunan Kali ke-16/2010

Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-16 / 2010 telah selesai dilaksanakan pada 11 Feb 2010 bermula jam 2.30 petang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tn Hj Abdul Moin B Mustafa iaitu pegawai khas Dato' Zaili B Cha yang tidak dapat hadir. Dalam ucapannya beliau merasa kagum apabila melihat perbarisan lintas homat seolah-olah seperti berada di sukan SEA atau olimpik. Beliau berharap satu hari nanti akan ada atlit dari SKPHT yang akan mewakili negara ke acara sukan SEA atau olimpik.

Selesai acara perbarisan lintas hormat dan ikrar sukan, hujan turun dengan lebatnya namun peserta perbarisan masih setia berdiri sehinggalah arahan dibuat unuk mereka memasuki khemah masing-masing. Begitulah berdisiplinnya mereka . Saya ingatkan semua akan cabut lari bila hujan lebat dah turun. Majlis tetap diteruskan dengan ucapan perasmian. Namun tidak berapa lama kemudian hujanpun berhenti dan acara diteruskan sehinggalah selesai pada jam 5.30 petang.

Olahragawan (Firdaus B Yusof) dan olahragawati (Nordayini Bt Rasdi) kedua-duanya dari rumah kuning

Pingat Emas untuk pasukan 4x100 perempuan A dari rumah kuning

Kedudukan pungutan mata akhir ... Hijau, kuning, biru dan merah.

Tahun ni semua merah ... Baju sumbangan Dato Zaili B Cha


Baca seterusnya...

Raptai

Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 16/2010 semakin hampir. Sehari dua ini murid-murid dan guru sibuk dengan raptai perbarisan dan latihan untuk acara akhir khususnya acara 4x100M. Hanya gambar-gambar dibawah ini yang dapat menceritakan segala-galanya.

Peserta rumah Merah

Ini pula rumah Biru

Rumah Kuning yang sentiasa ceria

Rumah Hijau sentiasa bersedia

Baca seterusnya...

Dari Kelompok ke ZON

Tahun 2010 ini ada beberapa perubahan yang berlaku dalam pengendalian Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) ekoran masalah bajet yang menguncup. Pada tahun ini pengendalian MTQ untuk sekolah rendah hanya akan dilaksanakan dalam peringkat Zon dan bukannya kelompok. Tahun-tahun yang lalu ada 7 kelompok dan tahun ini dipecahkan menjadi 4 Zon iaitu Zon Parit Buntar, Bagan Serai, Kuala Kurau dan Semanggol. Maknanya peserta akan bertambah ramai dalam sesuatu pertandingan.

Acara yang dipertandingkan pula dikurang menjadi 4 acara sahaja iaitu Tilawah, tahfiz , bercerita dan jawi. Acara yang digugurkan ialah berzanji dan nasyid. Nampaknya tahun ini kuranglah sikit peserta kerana tiada pasukan nasyid. Biasanya acara nasyidlah yang grand dan selalu timbul rasa tak puas hati .... tambah pulak pasukan yang kalah beza mata dengan yang menang hanya perpuluhan 5 shaja.

Untuk Zon Bagan Serai (Kelompok 1 dan 2) tuan rumahnya ialah SK Matan Jelutong yang akan diadakan pada 6 Mac (Sabtu) . Rasanya ada 12 sekolah dan mungkin lebh jika sekolah SRJK(C) dan Tamil menyertainya.

Macam mana dengan peserta SKPHT ? Dah sedia ke belum ? Seakarang ni saya tengok masih sibuk dengan sukan. Walaubagaimanapun hari jumaat tadi ada persembahan ujian bakat di tapak perhimpunan untuk acara bercerita. Ramai nampaknya yang mengambil bahagian dan dua orang peserta telah terpilih untuk mewakili sekolah. Semoga peserta SKPHT akan berjaya dalam MTQ nanti.

Baca seterusnya...

PANDUAN PENGELOLAAN KEJOHANAN PERMAINAN

Ini emel yang diterima pada 2 Feb 2010 yang ada kaitan dengan peruntukan kewangan yang menguncup.

Panduan Mengelola Kejohanan Permainan Peringkat Kelompok dan Peringkat Daerah Kerian Tahun 2010

1. Tidak dibenarkan membuat sebarang tuntutan bagi semua yang terlibat seperti
pegawai kejohanan , pengadil, Pengurus dan Jurulatih.

2. Pihak PPD akan membayar perbelanjaan membeli hadiah/medal di PERINGKAT DAERAH
. Pengerusi Pengelola Kejohanan Permainan peringkat daerah sila buat tempahan
hadiah/medal bagi Johan, Naib Johan dan tempat ketiga sahaja.

3. Bentuk medal telah ditetapkan. Sila buat tempahan medal mengikut jumlah yang
ditetapkan di SUN KIM ENTERPRISE, PARIT BUNTAR.

4. Pihak PPD akan memb eri sumbangan pengelolaan kepada Sekolah Pengerusi
Pengelola PERINGKAT DAERAH untuk membuat bayaran saguhati kepada Pengadil dan
lain-;lain pengurusan seperti minuman dan lain-lain yang berkaitan.

5. Pengerusi Pengelola hendaklah berbincang dengan PTPS untuk menjemput Pengadil
dari sekolah yang berhampiran dengan tempat pertandingan.

6. Jumlah Pengadil hendaklah paling minima. Pohon Jurulatih dan Pengurus yang
tidak lagi terlibat dengan pasukan menjadi Pengadil

7. Berbincang dengan PTPS untuk menyediakan Jadual Perlawanan. Jadual Perlawanan
hendaklah yang paling sesuai dengan keadaan kewangan. Kalau boleh kurangkan
bilangan perlawanan dan kurang bilangan hari.

8. Berbincang dengan PTPS dan menggubal peraturan kecil pertandingan. Pastikan
semua peraturan AM dan peraturan kecil pertandingan dipatuhi dan diikuti. Peraturan
kecil hendaklah dicetak dan dihantar kepada semua pasukan yang terlibat.

9. Pastikan maklumat pertandingan jelas dan dipatuhi seperti tarikh, tempat,
masa, dan tarikh tutup.

10. Sila buat laporan kejohanan setelah tamat kejohanan dan hantar laporan kepada
pihak PPD untuk mendapatkan sumbangan dari pihak Unit Sukan PPD.

Sekian, terima kasih


Zainudin bin Mahmud
Penyelia Sukan PPD Kerian
Parit Buntar, Perak

Baca seterusnya...

Langkah Penjimatan

Ini ada satu emel dari PPD pada 1 Feb 2010 berkaitan dengan kewangan untuk dikongsi bersama.

Kepada semua Guru Besar (Daerah Kerian),

Sukacita dimaklumkan bahawa peruntukan perbelanjaan mengurus untuk tahun 2010
yang diterima oleh PTJ PPD Kerian menguncup dari tahun lalu.

2. Sebagai langkah penjimatan, sekiranya tuan/puan atau mana-mana guru-guru atau
kakitangan yang dipanggil bertugas luar dari daerah Kerian sama ada oleh KPM, JPN,
atau mana-mana institusi lain yang mana urusan perbelanjaannya ditanggung oleh PTJ
PPD Kerian, mohon dirujuk dulu kepada PPD Kerian untuk mendapat kelulusan.

3. Sekiranya kebenaran tidak diperolehi, berkemungkinan PPD tidak dapat membuat
pembayaran ke atas tuntutan yang dibuat bagi melaksanakan urusan kerja tersebut.

Sekian, terima kasih.

Hj Mohd Rosli bin Ahmad
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Kerian

Baca seterusnya...

Halal Food

Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini.