Basikal Baru ....

Selasa 27 Apr 2010 - Dua orang murid miskin menerima sebuah basikal seorang pada hari ini. Basikal ini adalah sumbangan dari Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Bagan Serai. Sebenarnya majlis penyerahan sumbangan basikal tersebut telah berlangsung di SK Gunung Semanggol kira-kira 2 minggu yang lalu oleh Menteri Besar Perak. Bagaimanapun hanya pada hari ini basikal tersebut dapat dihantar ke sekolah oleh LPP.

Zakvejad dan Nur Atikah disisi basikal baru mereka

Murid-murid yang lain turut tumpang gembira

Baca seterusnya...

Ceramah Keselamatan


Jumaat 23 Apr 2010 - Seramai 3 anggota dari pasukan Bomba dan Penyelamat Bagan Serai telah berkunjung ke SKPHT untuk menyampaikan satu ceramah berkaitan kebakaran dan cara menyelamatkan diri dari kebakaran. Majlis bermula selepas rehat lebih kurang jam 10.45 pagi. Pelbagai pesanan dan nasihat telah disampaikan bagi mencegah kebakaran dan cara menyelamatkan diri apabila berlaku kebakaran. Mereka juga telah menunjukkan demontrasi cara memadamkan api dan cara menggunakan alat pemadam api dengan betul. Majjis selesai tepat jam 12 tengah hari.

Seorang anggota bomba sedang menyampaikan ceramah keselamatan



Penyampaian cenderahati

Demontrasi memadamkan kebakaran

Baca seterusnya...

Kem Bestari Solat Tahun 1 dan 2

Sabtu 17 Apr - Unit j-qaf SKPHT telah melaksanakan Kem Bestari Solat untuk murid-murid Tahun 1 dan 2. Semua murid Tahun 1 dan 2 telah hadir dengan penuh bersemangat sejak jam 7.30 pagi. Aktiviti dimulakan dengan mengambil kedatangan dan mengagihkan murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dibimbing oleh seorang guru atau fasilitator.

Pada hari ini murid-muid ditekankan mengenai niat dan bacaan dalam solat. Semua murid begitu bersungguh-sungguh menghafaz niat solat fardhu dan bacaan-bacaan dalam solat. Antara bacaan yang ditumpukan ialah bacaan doa iftitah dan duduk diantara dua sujud. Di akhir sessi, semua murid melakukan aktiviti amali solat secara berjamaah. Semoga semua murid dapat mengamalkan ibadah solat walau dalam apa keadaan sekalipun dengan sempurna dan diterima Allah hendaknya.

Mengambil kehadiran murid

Mengagihkan kumpulan


Amali solat kumpulan murid Tahun 2 lelaki

Baca seterusnya...

Ujian Pengesanan 2/2010

Ujian Pengesanan kali kedua bagi tahun 2010 ini telah bermula pada hari rabu 14 Apr sehingga ke hari jumaat 16 Apr 2010. Nampaknya semua murid telah menunjukkan kesungguhan dalam menghadapi ujian ini. Semua guru telah diarah menyediakan soalan berdasarkan apa yang telah dipelajari dan mengikut JPU yang telah ditetapkan. Semoga semuanya berjaya dengan cemerlang.

Kelas Tahun 1

Kelas Tahun 5

Kelas Tahun 5

Baca seterusnya...

Ceramah Maulidur Rasul


Masih belum terlambat untuk kita mengadakan sambutan maulidur rasul. Sambut memperingati kelahiran baginda tidak semestinya diadakan hanya pada bulan Rabiul awal. Sepatutnya kita hendaklah sentiasa memperingati baginda yang telah banyak berjasa kepada kita. Sehubungan dengan itu Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan satu ceramah sempena maulidur rasul pada hari rabu 31 mac 2010 bermula jam 3.30 petang bertempat di dewan/kantin SKPHT. Seorang penceramah dari Kuala Kangsar telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada murid-murid dan guru-guru sekolah ini. Penceramah yang dimaksudkan ialan Tn Hj Ismail Bin Ahmad iaitu Penyelaras Masjid daerah Kuala Kangsar.

PK 1 (En Mohd Salji) menyampaikan saguhati kepada penceramah (Tn Hj Ismail B Ahmad)

Pengerusi PIBG (En Khalid B Hj Tarmiji berbaju petak)turut serta mendengar ceramah

Tn Hj Ismail merupakan anak jati kampung Parit Haji Taib yang pernah berkhidmat di Brunei Darus Salam selama 23 tahun sebagai guru agama. Kini beliau telah kembali ke tanah air dan menetap di Kuala Kangsar. Sebagai anak jati kampung ini, beliau telah menggunakan penggunaan bahasa Banjar dalam ceramahnya. Situasi ini telah berjaya menarik minat murid untuk mendengar ceramah beliau dan menjadi satu kelainan kepada mereka. Beliau juga telah bermurah hati memberikan sedikit sumbangan kepada anak-anak yatim sekolah ini selepas selesai ceramah.Semoga sumbangan beliau sentiasa diberkati Allah.

Murid-murid lelaki...memberikan tumpuan kepada penceramah

Sebahagian dari murid perempuan


Baca seterusnya...

Ceramah dan Pameran AADK


Satu ceramah dan pameran dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan telah berlangsung pada hari khamis 25 mac 2010. Seramai 5 orang kakitangan dari AADK Parit Buntar telah berkunjung ke SKPHT untuk memyampaikan ceramah berkaitan anti dadah. Banyak perkara yang disentuh di dalam ceramah yang disampaikan. Antaranya ialah apa itu dadah dan bahaya penyalah gunaannya, kesan penyalah gunaan dadah kepada individu dan masyarakat, hukuman kepada penagih dan pengedar dadah dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

Penceramah dari AADK Parit Buntar sedang menyampaikan ceramah

Selepas selesai ceramah diadakan pula pameran berkaitan anti dadah dari pihak berkenaan dan setiap murid diberikan poster anti dadah untuk ditampalkan dirumah mereka. Kesimpulannya program ini amat berjaya memberikan input atau maklumat kepada murid-murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Semoga kita semua dijauhkan oleh Allah dari terjebak dengan penyalahgunaan najis dadah ini.

Pameran yang berjaya menarik minat murid
Antara jenis-jenis dadah yang dipamerkan

Baca seterusnya...

Halal Food

Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini.