MAJLIS KHATAM AL-QURAN & PENUTUPAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN

Pada hari jumaat 26 Ramadhan 1429 bersamaan 26hb September 2008 telah dilaksanakan Majlis Khatam al-Quran dan penutupan Program Ihya' Ramadhan. Semua murid dan guru berpakaian seperti hari raya. Agenda majlis adalah seperti berikut :
  • Ucapan Pegerusi Majlis.
  • Ucapan Guru Besar dan Perasmian Penutupan Program Ihya' Ramadhan.
  • Tazkirah Adab Berhari Raya.
  • Malis Khatam Al-Quran.
  • Penyampaian Hadiah Pertandingan dalam Program Ihya' Ramadhan.
  • Penyampian Sumbangan Hari raya kepada anak yatim, miskin dan semua murid.
  • Bermaaf-maafan dan bersurai.
Murid-murid berhimpun di tapak perhimpunan sebelum masuk ke dalam dewan

Bergaya Sebelum Raya
Dari kiri : En Shahrim Shuib, Ust Mohd Khairuddin, En Mohd Salji (PK Pentadbiran)

En Shahim B Shuib (Pengacara Majlis)

Guru Besar manyampaikan hadiah kepada pemenang dlm pertandingan Program Ihya' Ramadhan

Murid-murid lelaki dengan pakaian raya

Murid-murid perempuan dengan pelbagai fesyen raya

Peserta Khatam Al-Quran



Guru Besar menyampaikan sumbangan untuk anak yatim

Blogger PSS dan SKPHT

Murid-murid berbaris untuk bersalaman dan menerima sumbangan duit raya

Segak dan begaya dengan baju raya

Kulaan .... Tak sabar untuk menerima sumbangan duit raya ...

Bergambar kenangan .... semua ada kut ....



Ust Ahmad Supi menyampaikan tazkirah (Adab berhari raya).



Bersalam-salaman, bermaaf-maafan dan menerima duit raya

Baca seterusnya...

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT DAERAH KERIAN

Pada 22hb September 2008 iaitu pada hari isnin bermula jam 2.30 petang telah berlangsung majlis Khatam Al-Quran peringkat Daerah Kerian yang diadakan di Dewan Merdeka Parit Buntar. Empat orang murid tahun 6 yang telah khatam al-Quran telah mewakili sekolah ke majlis tersebut.









Baca seterusnya...

ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR ........

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu...merayu…
Kepadanya tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatmu kau kerjakan diawal waktu solat yang dikerjakan…
Sungguh khusyuk lagi tawadhu’
Tubuh dan qalbu….
Bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil…
Menangis kecurangan janji “Innasolati Wanusuki Wamahyaya Wamamati Lillahirabbil’alamin
(kerananya solatku,ibadahku,hidupku dan mati ku… kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan Sekalian Alam)

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau sia-siakan walaupun saat yang berlalu
Setiap masa tak akan dibiarkanbegitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang…
Bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu engkau sibuk dengan berterawih..
Berqiamullail…bertahajjud..mengadu…merintih..meminta kasih
“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke Syurga-MU
Tapi..aku tidak sanggup untuk ke neraka-MU”

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu dirimu akan melupakan mereka yang tersayang
Mari kita meriahkan Ramadhan yang kita buru….
Kita cari. .suatu malam idaman
Yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiapkan diri..rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan……
Lorong-lorong redha Al-Rahman

Duhai Ilahi
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan yang Paling bererti..
Paling berseri…
Menerang kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan redha serta kasih sayangMu

Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami disana nanti
Namun teman….
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan terakhir kali
Bagi dirinya yang mampu bagi seorang hamba itulah hanya berusaha…
Bersedia..meminta belas-NYA
Andai benar Ramadhan ini terakhir buat kita…


(petikan dari keluaran Khas JAIPk)

Baca seterusnya...

TILAWAH AL-QURAN MURID j-QAF


Pada hari Jumaat 19 Ramadhan 1429H bersamaan 19 September 2008 telah diadakan Tilawah untuk murid-murid yang mengikuti program j-QAF. Dalam pertandingan ini peserta dikehendaki memilih satu sampul surat yang mengandungi soalan mengenai ayat yang dikehendaki dibaca oleh peserta, contohnya adalah seperti berikut :
" Sila baca ayat 25 hingga ayat 30 dari surah al-Baqarah juzul awal ".
Masa yang diberikan untuk peserta mencari ayat yang dikehendaki adalah satu minit sahaja. Selepas itu barulah peserta membaca ayat tersebut ingga selesai.

Hakim..... Sedang mengadili pertandingan

Peserta memperdengarkan bacaan







Baca seterusnya...

PERTANDINGAN AZAN & BACAAN DALAM SOLAT SEPENA PROGRAM IHYA' RAMADHAN

Pada hari Selasa 16 Ramadhan 1429H bersamaan 16 September 2008 telah diadakan pertandingan Azan dan Bacaan Dalam Solat sempena Program Ihya' Ramadhan yang sedang berlangsung. Dengan adanya pertandingan seperti ini maka dapatlah para pelajar menonjolkan bakat mereka yang sebenar.

Salah Seorang Peserta Azan dari Kelas Tahun 1

Ketua Hakim

Para Hakim Sedang Berbincang



Salah Seorang Peserta Bacaan Dalam Solat
Dari Kelas Tahun 2


Salah Peserta Azan Dari Kelas Tahun 5

Baca seterusnya...

PERTANDINGAN AZAN & BACAAN DALAM SOLAT


Salah Seorang Peserta Azan

Hakim Pertandingan

Baca seterusnya...

TAZKIRAH KHAS RAMADAN (3)



LAILATUL QADAR

"…(iaitu) ada pada bulan Ramadhan. Kerana itu, hendaklah kamu mencarinya pada sepuluh hari terakhir. Kerana ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu pada malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29, atau malam terakhir." - HR Ahmad

Lailatul Qadar adalah satu malam istimewa yang dikurniakan kepada umat Muhammad SAW lantaran kebimbangan Baginda terhadap usia umatnya yang semakin pendek. Bagi mengatasi keraguan ini, maka Allah SWT menurunkan malam Lailatul Qadar yang membawa pahala seperti beribadat selama 83 tahun. Ini bagi menyamakan jarak masa umat terdahulu dengan umat Baginda pada hari ini dalam mengerja dan mendapatkan pahala beribadat.

Suatu masa Baginda hendak memberitahu kaumnya mengenai tarikh Lailatul Qadar yang tepat tetapi terjadi satu pergaduhan di antara dua orang muslim. Jelas Baginda, maka itu rahmat (tarikh Lailatul Qadar) telah diambil kembali. Sesungguhnya perbalahan kerapkali menyebabkan kita kehilangan nikmat dan rahmat. Justeru, Baginda menyarankan kepada kaum muslimin agar menghubungkan silaturrahim kerana ia adalah amalan yang lebih baik daripada solat, puasa dan sedekah. Silaturrahim juga akan meningkatkan iman di dalam sesuatu kaum.

Pada zaman Rasulullah SAW, ramai ulama dan sahabat menyambut Lailatul Qadar dengan tekun mengerjakan ibadat. Rasulullah SAW sendiri tidak pernah leka dalam hal ini walaupun Baginda telah dijanjikan tempat di sisi-Nya. Malahan Baginda khusyuk beribadat sehingga kakinya bengkak tanpa memikirkan kesakitan yang ditanggung.

Kita sebagai umatnya juga harus mengikuti contoh ini. Tidak sepatutnya kita memilih untuk mengikuti sunnah Baginda yang dirasakan mendatangkan faedah yang besar kepada kita sahaja kerana sememangnya semua sunnah Nabi memberi faedah. Namun, apabila memperkatakan hal ibadat, jarang sekali kita mahu mencontohinya. Bak kata pepatah tepuk dada, tanya selera.

Perbanyakkanlah amalan pada Malam Lailatul Qadar seperti membaca Al-Quran, bertasbih dan bertahmid. Dan ia sesungguhnya boleh ditemui jika kita dapat membezakan malam tersebut dengan malam-malam sebelumnya.

Rasulullah SAW telah menjelaskan di antara tanda-tanda Lailatul Qadar ialah:

· Malam yang sepi, tenang dan bercahaya;

· Tidak panas atau sejuk (sederhana) seolah bulan memancar terang;

· Tiada petir atau kilat sabung menyabung sehingga subuh;

· Pada paginya matahari akan timbul tanpa pancaran cahaya, seperti bulan mengambang

Tanda ini amat jarang ditemui, kecuali tanda terakhir yang pernah terjadi. Andai bertemu dengan malam ini, maka ucapkanlah doa berikut yang bermaksud:

"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang mengurniakan keampunan terhadap dosaku. Dikau suka mengampun, maka ampunilah daku."

Pada malam ini juga Jibrail a.s akan turun ke bumi dan mengarahkan setiap malaikat berkunjung, memberi salam dan berjabat tangan dengan mukmin yang sedang beribadat di rumah mereka. Namun malaikat-malaikat ini tidak akan mendatangi mana-mana rumah yang di dalamnya ada haiwan-haiwan peliharaan yang haram, penzina, juga rumah yang di dalamnya tergantung perhiasan atau gambar haiwan dan manusia. Justeru, awasilah perlakuan kita dan sentiasalah berusaha meningkatkan iman, terutamanya dalam Ramadhan ini.

Baca seterusnya...

Ustaz Ahmad Supi (Guru j-QAF) menyampaikan Tazkirah Ramadhan sempena Program Ihya' Ramadhan.




Baca seterusnya...

TAZKIRAH KHAS RAMADHAN (2)

http://orido.files.wordpress.com/2007/09/ramadhan0.jpg

BERBUKA PUASA

"Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama ia menyegerakan dalam berbuka." -HR Bukhari Muslim

Tiada yang lebih dinantikan selama waktu berpuasa sepanjang siang melainkan waktu berbuka puasa. Apabila tiba Maghrib, maka muslimin yang berpuasa disunatkan agar menyegerakan berbuka lantaran ganjaran pahala yang lebih banyak daripada mereka yang menunda waktu berbuka.Rasulullah SAW juga menyeru umatnya agar tidak tergesa-gesa ketika berbuka puasa. Makanlah dengan sewajarnya namun janganlah pula sehingga habis waktu untuk menunaikan solat
Maghrib. Ini sejajar dengan sabda Baginda yang bermaksud:

"Apabila makanan telah dihidangkan, maka dahulukanlah makan daripada solat Maghrib dan janganlah kamu tergesa-gesa ketika makan makanan malam kamu." -HR Bukhari Muslim

Mendahului berbuka dengan memperbanyakkan doa adalah suatu yang dituntut kerana Allah SWT telah berjanji akan mengabulkan doa mereka yang berpuasa. Sebaiknya hendaklah doa yang meminta supaya diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan pada masa lalu. Doa ini bukan sahaja dituntut ketika hendak berbuka puasa wajib tetapi juga ketika berpuasa sunat.

Terdapat beberapa doa pilihan yang boleh dijadikan pedoman ketika berbuka, iaitu:·

- "Allahumma laka shumtu wa 'alaa rizqika afthartu."
(Ya Allah, demi Engkau, aku puasa dan dengan rezeki-Mu aku berbuka)

- "Alhamdulillahiladzi a'aanani fashumtu wa razaqani fa afthartu."
(Segala puji bagi Allah, tuhan yang menolongku, sehingga aku (sanggup) berpuasa dan memberiku rezeki, sehingga aku (dapat) berbuka)

- "Allahumma laka shumnaa wa 'alaa rizqika aftharnaa, fa taqabbal minnaa innaka antas samiiul 'aliim."
(Ya Allah, demi Engkau kami berpuasa dan dengan rezeki-Mu kami berbuka, maka terimalah (puasa) dari kami. Sesungguhnya Engkau benar-benar Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)

- "Allahumma inni as 'aluka bi rahmatikallati wasi'at kulla syai'in antaghfiralii."
(Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang luasnya meliputi segenap (makhluk) agar Engkau mengampuni diriku)

Walau bagaimanapun, menurut Imam Nawawi dalam Kitab Al-Azkar, doa-doa berbuka puasa tiada yang sahih. Rasulullah SAW bersabda bahawa setiap individu boleh berdoa apa sahaja sesuai dengan keinginan mereka. Namun sebagai manusia biasa, adakalanya doa yang dipanjatkan tidak dimakbulkan Allah SWT. Jika hal ini berlaku maka kita hendaklah mengkaji di mana kesilapan kita. Mungkin juga makanan atau minuman yang kita ambil datang daripada sumber yang tidak sah kerana salah satu syarat supaya doa kita dimakbulkan ialah sumber makanan kita haruslah daripada sumber yang halal.

Bukan sahaja dari segi makan minum harian, malah kita sepatutnya lebih teliti dalam melakukan dan memperkatakan apa jua perkara, termasuklah dalam urusan yang kita anggap sebagai kecil dan remeh-temeh. Masalah tidak akan timbul jika kita menyelesaikan perkara yang kecil terlebih dahulu sebelum
ianya menjadi lebih besar.

Baca seterusnya...

TAZKIRAH KHAS RAMADHAN (1)



KELEBIHAN SAHUR

Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan Muslim Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan. Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa. Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka? Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka. Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut. Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:

· Menuruti sunnah;

· Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;

· Menambah kekuatan untuk beribadat;

· Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;

· Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan

· Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.

Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.

Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi
orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi


Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.
Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

Baca seterusnya...

MAJLIS BERBUKA PUASA

En Farizal B Abidin : AJK PA System yang sentiasa perihatin

Tak Sabar Nak Berbuka

Ibu bapa sedang berbuka puasa

AJK Keselamatan /Disiplin

Bila nak masuk waktu ni ......

Khusyuk membaca Yaasin

Muslimat

Pengacara Majlis
(En Shahrim B Shuib)

Ucapan aluan dari PK Pentadbiran
En. Mohd Salji B Hj Yunus)

Bapa / penjaga murid

Khalifah Bacaan Yaasin
(Sebelah kanan Ust. Lutfi - imam masjid Bagan Serai)

Penerangan Kaifiat Yaasin dari Ust Lutfi

Penerangan sebelum solat hajat dari Ust Lutfi

PK 1 dan Blogger PSS ......Khusyuk nampak

Imam Solat Tarawih
(En Mohd Nasir B Hj Samsuri)

Guru Disiplin yg sentiasa mantap.....

Baca seterusnya...

KEPENTINGAN BERSAHUR

Oleh Dr Danial Zainal Abidin

BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: "Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja."

Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).

Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : "Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur."

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: "Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air." (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air.

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur." (Hadis riwayat At-Tabrani).

Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya."

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: "Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh).

Zaid ditanya : "Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?"

Berkata Zaid: "Sekadar membaca 50 ayat al-Quran." (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir.

Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.

BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.

Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak yang berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil.

Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.

Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.

Allah berfirman bermaksud: "Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur." (Surah Ali Imran, ayat 15 hingga 17)

Baca seterusnya...

Halal Food

Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini.