Selamat Tahun Baru 2010















Selamat Tahun Baru 2010.
  • Semoga iman selalu bertambah
  • Amal selalu istiqomah
  • Rezeki dan umur selalu berkah
  • Do'a selalu mustajab
  • Semua yang kita miliki bermanfaat
Amin ya Rabbal Alamin.



Baca seterusnya...

Ahlan Ya Hajj


Dua bulan kurang sehari, begitulah lamanya beliau meninggalkan tanah air ke tanah suci Makkah dan Madinah kerana menjadi tetamu Allah menunaikan rukun Islam yang kelima bersama isteri tercinta. Alhamdulillah, akhirnya beliau selamat kembali ke tanah air dan tiba di rumah pada 29 Dis 2009 jam 6 petang bertemu anak-anak dan saudara mara serta sahabat handai yang setia menanti.

Hari ini rabu, 30 Dis 2009 kira-kira jam 9.30 pagi saya berkesempatan menziarahi Tuan Haji Mohd Nasir B Hj samsuri di rumah beliau. Alhamdulillah beliau sihat cuma batuk-batuk sikit. Memang kebiasaannya begitulah. Banyak cerita dari pengalaman beliau yang diceritakan kepada saya semasa berada di sana. Katanya memang seronok dan kalau ada rezeki nak pergi lagi.

Apa yang menariknya ialah rombongan beliau mendapat tambahan 10 hari lebih dari biasa . Biasanya 43 hari termasuk 8 hari di Madinah, tatapi rombogan beliau selama 59 hari iaitu 50 hari di Makkah dan 9 hari di Madinah. Semoga beliau dan lain-lain jemaah haji mendapat haji yang mabrur hendaknya, Amin.

Baca seterusnya...

Selamat Datang ke Suasana Baru


SKPHT telah mendapat peruntukan mengecat bangunan sekolah dan menyambungkan bangunan sekolah dan kantin dengan bumbung (awning). Semua kerja telah dilakukan semasa cuti persekolahan akhir tahun dan telah selesai dilakukan beberapa hari yang lalu. Nak tahu berapa belanjanya ? Terkejut saya saya bila diberitahu bahawa kerja mengecat dan memasang awning itu menelanja sebanyak lebih kurang RM99,000 . Diharap segala kemudahan yang diperolehi dapat digunakan dengan sebaik mungkin dan dapat memberikan semangat untuk terus anak mendidik bangsa yang dikasihi.


Pada hari isnin 28 Dis 2009 telah berlangsung mesyuarat guru dan kurikulum kali pertama untuk sesi 2010. Banyak perkara yang dibincangkan sebagai persediaan untuk memulakan sesi persekolahan pada hari isnin 4 Jan 2010 nanti.

Pada hari selasa 29 Dis 2009 pula telah berlangsung mesyuarat Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum kali pertama untuk sesi 2010. Banyak perubahan yang dilakukan sama ada dari segi tugas atau strategi.

Tahun 2010 ini tiada guru atau staf baru yang datang. Semuanya adalah orang lama yang memang setia dan berpengalaman untuk terus berkhidmat di kawasan yang agak pedalaman ini.

Baca seterusnya...

Tidak Ada Bantuan bagi Perokok


KUALA LUMPUR - Di Malaysia, tidak merokok menjadi salah satu pertimbangan bagi remaja dan pelajar untuk menerima bantuan dan beasiswa dari pemerintah. Menteri Pemuda dan Olahraga Datuk Ahmad Shabery Cheek menyebutkan, usulan tersebut telah diperluas hingga pemuda dan mahasiswa.

Ahmad Shabery mengatakan hal ini ketika diminta untuk mengomentari pengumuman oleh Menteri Kesehatan Datuk Seri Liow Tiong Lai kemarin bahwa mulai 1 Januari 2010 harga minimum rokok ditetapkan di RM6.40 untuk 1 pak yang terdiri 20 batang sehingga sau batangnya seharga 32 sen.

"Mereka mengaku sebagai orang miskin yang tidak memiliki apa-apa. Tapi kalau mereka bisa membeli rokok, kami mengatakan bahwa Anda tidak memenuhi syarat untuk menerima bantuan," katanya dalam sebuah jumpa pers setelah memimpin pertemuan Dewan Penasehat Pemuda Nasional (MPBN) dan meluncurkan program "Ekspedisi 1Belia 1Malaysia" yang diselenggarakan oleh kementeriannya bekerjasama dengan Dewan Pemuda dan Olahraga.

Langkah itu ditempuh untuk mengurangi konsumsi rokok, terutama di kalangan kaum muda dan kelompok berpenghasilan rendah, selain membatasi promosi rokok melalui pemberian diskon.

Ahmad Shabery mengatakan bantuan pemerintah seperti program untuk perumahan miskin atau bantuan lain bagi mereka yang mampu untuk membayar TV kabel atau menghisap rokok juga perlu dilihat kembali.

Dia mengatakan, meskipun langkah itu tidak dimuat dalam undang-undang namun itu harus dipertimbangkan.

Pada proposal tersebut dijelaskan bahwa uang pajak untuk rokok digunakan untuk mempromosikan olahraga selain sepakbola, Ahmad Shabery mengatakan ia akan mengajukan proposal kepada Departemen Keuangan. [Voice of Al Islam ]

Baca seterusnya...

Bubur Asyura


Hari Asyura jatuhnya pada hari ke sepuluh bulan muharam. Asyra bererti sepuluh. Hari Asyura penuh dengan peristiwa yang bersejarah. Pada hari ini umat Islam digalakkan berpuasa sunat. Masyarakat melayu juga tidak lupa dengan tradisi memasak sejenis makanan yang dinamakan Bubur Asyura. Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura.

Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura.

Jenis bubur Asyura

1. Jenis manis - Lazimnya di utara Semenanjung Malaysia.
2. Jenis berempah dan mengandungi daging - Lazimnya di pantai timur Semenanjung Malaysia.
3. Jenis seperti bubur lambuk yang mengandungi pelbagai ramuan seperti pisang, kacang hijau dan lain-lain - Lazimnya datang dari Singapura.

Baca seterusnya...

Kalendar Persekolahan 2010

Sesi persekolahan tahun 2010 semakin hampir. Sila dapatkan Kalendar Persekolahan untuk tahun 2010 di sini. Boleh print dan tampal je dalam buku persediaan mengajar.

Baca seterusnya...

Tiada hak cipta terpelihara


Perhatian, bermula pada Ahad ini 3 Muharam 1431 bersamaan 20 Dis 2009 - Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini - Admin

Baca seterusnya...

Masalah Kekurangan Guru Diatasi Sebelum Sesi Baru

Kementerian Pelajaran akan mengeluarkan waran guru sandaran tidak terlatih (GSTT) pada bulan ini bagi mengatasi masalah kekurangan guru sebelum sesi persekolahan baru bermula Januari tahun depan.

Timbalan Menterinya Datuk Dr Wee Ka Siong berkata persediaan awal ini bagi mengelakkan ada kelas-kelas tertentu tidak dapat dijalankan ekoran tiada guru yang mencukupi di sekolah yang terlibat.

"Kita minta waran GSTT itu dikeluarkan sebelum bermulanya sesi persekolahan pada 3 atau 4 Jan depan untuk menggaji mereka yang dipilih bagi mengajar serta mengatasi masalah kekurangan guru di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

"Ini adalah langkah persediaan supaya bila pelajar-pelajar masuk ke sekolah nanti, masalah guru akan dapat diatasi dan apa jua temuduga yang perlu dijalankan pada masa ini, kita akan jalankan pada penghujung tahun ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bersama penolong pengarah Bahasa Cina dari Jabatan Pelajaran Negeri dan penyelia SJKC dari seluruh negara, di bangunan Parlimen di sini, Khamis.

Mengenai pengambilan guru pelatih untuk memasuki program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah-Kursus Dalam Cuti (KPLI-KDC) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia-Kursus Dalam Cuti (KPDM-KDC), Wee berkata terdapat kira-kira 300 kekosongan.

Beliau juga berkata dijangkakan kira-kira 400 orang guru akan bersara wajib pada Julai tahun depan di seluruh negara.

Berhubung isu membenarkan pelajar mengambil tambahan dua mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Wee menegaskan bahawa soal subjek tertentu dianaktirikan adalah tidak timbul.

Sebaliknya, beliau berkata syarat-syarat memohon biasiswa JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam), MARA atau mana-mana agensi lain, telah dinyatakan dengan jelas oleh pengeluar biasiswa atau tajaan berkenaan mengikut keperluan masing-masing.

"Misalnya, dalam bidang perubatan, telah dinyatakan subjek seperti Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Matematik Tambahan termasuk mata pelajaran teras Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Pendidikan Islam untuk orang Islam atau Pendidikan Moral bagi pelajar bukan Islam.

"Telah dinyatakan dengan jelas, tiada kesusasteraan Melayu, Cina dan Tamil dimasukkan. Dan syarat ini telah ditetapkan sejak diperkenalkan dan penerimaan masuk ke universiti berlandaskan mata pelajaran teras," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen (DAP-Bagan) Lim Guan Eng yang meminta kementerian membenarkan pelajar mengambil 12 mata pelajaran dan tambahan dua mata pelajaran diambil kira dalam menentukan gred SPM. - BERNAMA

Baca seterusnya...

Malaysia tundukkan EGO Vietnam



Saya sekadar ingin berkogsi kegembiraan dengan seluruh rakyat Malaysia. Tahniah kepada pasukan bola sepak bawah 23 tahun Malaysia atas kejayaan menundukkan keegoan Vietnam di sukan SEA 2009 di Laos. Dalam satu temuramah sebelum perlawanan dengan Malaysia, jurulatih Vietnam menyatakan bahawa Vietnam bernasib baik kerana bertemu Malaysia dalam perlawanan akhir dan tidak betemu Thailand. Nah ... sekarang beliau patut menelan balik segala kata-katanya tempoh hari.

Tahniah sekali lagi. Penantian selama 20 tahun kini berhasil dan teruskan kejayaan ini. Banyak juru ulas yang membuat ulasan atas kejayaan ini dengan maal hijrah. Kata mereka ini merupakan satu penghijrahan sempena kedatangan tahun baru hijrah 1431. Saya ... no komen.

Baca seterusnya...

Salam Maal Hijrah 1431


Selamat menyambut tahun baru hijrah 1431. Semakin hari semakin bertambah usia kita. Apakah amalan kita turut bertambah ? Hendaknya begitulah. Semoga tahun baru 1431 ini akan menjadikan kita insan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Saya mendoakan agar tahun baru ini Allah memberikan kita hidayah, rahmat dan petunjukNya. Semoga terhindar dari godaan syaitan. Semoga pintu rezeki kita diperluas. Semoga kita semua terus dalam dakapan kasih sayangNya. Semoga Allah memperkukuhkan lagi iman kita dan menerima taubat kita. Ayuh, lakukan perubahan, tingkatkan ibadat dan dekati Allah. Semoga Allah sentiasa bersama-sama kita. Amin.

Baca seterusnya...

Malaysia Belasah Laos pula 3 - 1



Sungguh tidak disangka.Skuad negara melayakkan diri ke perlawanan akhir acara bola sepak lelaki Sukan SEA XXV, Laos dengan bergaya selepas menewaskan tuan rumah, Laos 3-1 pada separuh akhir semalam.

Kejayaan penuh dramatik di depan 20,000 penyokong lawan itu membolehkan Malaysia menempah pertemuan dengan Vietnam pada perlawanan akhir, Khamis ini.

Jika berjaya menewaskan Vietnam yang pernah mengalahkan skuad negara 1-3 di peringkat kumpulan lalu, Malaysia bakal mengakhiri kemarau 20 tahun pingat emas acara bola sepak lelaki yang kali terakhir kita menangi pada Temasya 1989 di Kuala Lumpur.Teruskan kejayan ini di final nanti.

Baca seterusnya...

Malaysia belasah Thailand 2 - 1



Ini adalah video Malaysia VS Thailand semalam.

Malaysia menang 2-1 hasil jaringan Nasriq pada minit 81 dan Fakri pada minit ke 90. Semasa saya membaca akhbar mengenai perlawanan ini, minda saya secara automatik berkata Malaysia akan kalah setelah kekalahan Malaysia 1 -3 kepada pasukan Vietnam sebelum ini.Tahniah kepada anak muda skuad bolasepak Malaysia. Ini sekaligus melayakkan Malaysia ke separuh akhir menentang Laos.

Thailand yang lapan kali juara sukan sea dan merupakan gergasi bolasepak Asean pula dikiritik hebat oleh media di sana. Biasalah kalau menang dipuji melambung tetapi kalau kalah kena kutuk. Syabas ... satu permulaan yang baik dan usaha sehingga dapat pingat emas. Bukan kah Malaysia Boleh ... buktikan.

Baca seterusnya...

Menziarahi jenazah bekas GB

Selepas mendapat berita mengenai pemergian arwah Hj Kamarudin iaitu bekas guru besar SKPHT sesi 2007/2008 maka saya telah menghubungi rakan-rakan dengan tujuan untuk bersama-bersama menziarahi jenazah beliau. Jam 10.00 pagi kami seramai 6 orang telah bertolak dengan sebuah kereta (Avanza).

Kami menaiki kereta yang dipandu oleh PK 1 iaitu En Mohd Salji B Hj Yunus. Turut sama ialah guru besar iaitu Pn Hjh Hayati Bt Samsudin, PK HEM iaitu En Mohd Kamal b Hj Sabri, En Helmy Awang , saya dan Pn Masrah (kerani). Kami melalui jalan biasa terus menuju kerumah beliau iaitu di pekan Kati, Kuala Kangsar. Perjalanan mengambil masa 50 minit untuk sampai. Kami sampai sekitar jam 10.50 pagi. Rasanya En Salji memandu dengan agak laju juga, habis kenderaan yang lambat dipotong beliau. Risau saya dibuatnya. Memang begitu keadaannya, orang yang biasa memadu akan merasa risau apabila menumpang kereta yang dipandu oleh orang lain.

Setibanya kami dirumah beliau, jenazah telahpun selesai disembayangkan dan telah dibawa ke tanah perkuburan. Tanah perkuburan terletak agak jauh dai rumah beliau iaitu di atas bukit. Menurut beberapa orang yang ditemui menyatakan bahawa agak sukar untuk ke sana jika tidak biasa. Kami mengmbil keputusan hanya menziarahi keluarga beliau yang masih ada di rumah beliau seperti isteri dan sudara mara perempuan yang tidak ke tanah perkuburan.

Menurut adik ipar beliau yang ditemui menyatakan bahawa beliau meninggal sekitar jam 10 malam. Solat jenazah telah di imamkan oleh salah seorang anak lelaki beliau sendiri yang bekerja sebagai guru.

Banyak kenangan manis dan jasa beliau semasa bertugas di SKPHT. Semoga Allah mecucuri rahmat ke atas roh beliau - Al Fatihah.


Baca seterusnya...

Bekas GB SKPHT Kembali ke Rahmatullah


Saya mendapat sms dari Cikgu Shahrim jam 2.09 mlm tadi yang memaklumkan mengenai berita tersebut. Sebelum ini beliau telah terlantar akibat sakit barah selama beberapa bulan. Saya dan rakan-rakan pernah menziarahi beliau seperti yang terdapat dalam posting sebelum ini. Takziah diucapkan kepada keluarga beliau. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan dikumpulkan bersama golongan orang yang soleh dan mendapat keredhaan Allah hendaknya AL-FATIHAH.

Baca seterusnya...

Janji guru

SEBAGAI pendidik, seorang guru perlu bersedia mencurahkan ilmu kepada pelajar di negara ini walaupun mengajar jauh di pedalaman tanah air.

Namun, ada segelintir guru yang dihantar ke sekolah di pedalaman menghantar permohonan pertukaran tempat mengajar sesuka hati tanpa alasan kukuh menyebabkan kekurangan guru di kawasan pedalaman. Fenomena menghantar permohonan pertukaran tempat mengajar oleh guru terutama mereka yang berkhidmat di pedalaman bukanlah sesuatu yang baru tetapi masih ada jalan penyelesaian.

Jika seseorang guru itu lama mengajar di pedalaman dan membuat permohonan bertukar ke tempat lain, itu mungkin boleh dipertimbangkan Kementerian Pelajaran tetapi ini baru beberapa bulan saja mengajar, sudah minta dipindahkan.

Di mana rasa tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik anak bangsa?
Justeru, bakal guru mungkin dikehendaki menandatangani surat akujanji sebagai syarat 'mengikat' mereka berkhidmat di mana-mana sekolah bagi mengatasi masalah kekurangan guru di kawasan pedalaman.

Tindakan itu juga dilihat langkah terbaik mengelak guru memohon pertukaran tempat mengajar sesuka hati tanpa alasan kukuh.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pihaknya sedang menimbangkan mengenakan syarat akujanji sebelum bakal guru menamatkan pengajian bagi mengelak masalah pada masa depan.

Beliau berkata, akujanji itu akan dijadikan syarat utama sebelum mereka ditempatkan di mana-mana sekolah di seluruh negara.

Selepas menandatangani surat akujanji, kementerian tidak akan melayan sebarang permohonan pertukaran kecuali ada kes kritikal seperti sakit.

Ini bagi mengelak masalah kepada kementerian kerana ada guru meminta ditukarkan hanya selepas enam bulan mengajar di sesebuah sekolah ditetapkan.

Akibatnya, sesebuah sekolah menghadapi masalah mengganti guru yang minta ditukarkan itu.

Mungkin dengan mewujudkan akujanji ini, ia dapat mengatasi masalah dihadapi kementerian dalam penempatan guru baru.

Persoalannya, adakah peraturan itu perlu dilaksanakan hanya kerana segelintir guru yang bersikap sedemikian.

Ketua Program Pendidikan, Fakulti Pengajaran Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Dr Noor Azizi Ismail, bersetuju dengan cadangan menandatangani akujanji 'mengikat' guru baru bagi mengelak masalah kekurangan guru di pedalaman.

Beliau berkata, pelajar atau bakal guru ini ketika mengikuti pengajian, bakal guru ini membuat pengakuan sanggup dihantar ke mana sahaja termasuk pedalaman.

"Mereka tahu keadaan persekitaran mengajar di luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak.

"Bagaimanapun, apabila bergelar guru dan ditempatkan di mana-mana sekolah terutama di kawasan pedalaman, mereka memohon bertukar sehingga melanggar akujanji.

"Justeru, cadangan menandatangani akujanji ini wajar dan ia perlu dilaksanakan secepat mungkin," katanya.

Beliau hairan apa masalahnya mengajar di pedalaman, cuma guru tidak mahu berjauhan dengan keluarga atau kampung halaman.

"Sikap guru baru sekarang berbeza kerana mereka dibesarkan dalam persekitaran bandar, justeru sukar untuk mengajar di kampung atau pedalaman.

"Ada sanggup menipu ketika membuat permohonan pertukaran dengan memberi alasan ibu bapa sakit," katanya.

Mengenai guru yang melanggar akujanji yang dipersetujui, katanya perbuatan itu tidak profesional dan melanggar tatasusila perguruan.

"Mereka patut dihukum supaya memberi pengajaran kepada guru baru lain supaya mengikut akujanji yang ditandatangani.

"Tindakan itu menyusahkan semua pihak termasuk kementerian dan pihak sekolah kerana perpindahan mereka, menyebabkan berlaku kekurangan guru," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng, berkata akujanji itu sudah ada sejak dulu lagi.

Bagaimanapun, tiada hitam putih yang ditandatangani berkaitan perkara itu terutama membabitkan penempatan guru di kawasan pedalaman.

Beliau berkata, NUTP akan berbincang dengan guru dan menunggu tindak balas mereka sebelum memutuskan sebarang keputusan berkaitan cadangan itu.

"Saya berpendapat, tiada masalah besar jika guru menandatangi akujanji kerana guru yang ditempatkan di sekolah pedalaman mendapat insentif.

"Bagaimanapun, kebanyakan permohonan pertukaran dilakukan guru wanita yang berkahwin dan mahu mengikut suami mereka," katanya.

Kesimpulannya, isu akujanji mungkin tidak timbul jika mereka yang memilih menjadi guru meminati bidang itu, bukan sekadar pilihan terakhir.

Sumber Metro


Baca seterusnya...

Guru diseksa tugas perkeranian jejas prestasi sekolah kebangsaan - Pemuda UMNO Kuala Kedah


PELBAGAI pihak menyalahkan guru sekolah kebangsaan (SK) kerana dikatakan gagal mendidik murid berbanding guru sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SJKC) yang kononnya cemerlang.

Ada pihak mencadangkan guru SK dihantar mengikuti kelas pembelajaran Matematik dan Sains di SJKC terpilih. Ada pertubuhan perguruan mempertikaikan kewibawaan guru SK dalam mendidik pelajar, menuduh guru SK kurang memberi latihan kepada pelajar.

Semua pihak menghentam guru SK seolah-olah mereka yang harus dipersalahkan dan mengkritik pula menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Golongan ini langsung tidak melihat unsur lain yang menyebabkan prestasi SK merosot.

Sedarkah mereka SJKC hanya mengambil pelajar Cina pintar, manakala sisanya dihantar ke SK. Adilkah bebanan yang terpaksa ditanggung guru SK? Merekalah yang menjejaskan reputasi pendidik dengan membebankan guru SK dan SMK dengan tugas perkeranian yang menimbun saban tahun.

Pengetua dan guru besar pula menekan guru untuk menyediakan pelbagai laporan yang boleh dibuktikan kepada Jabatan Pelajaran Negeri agar mereka dapat gelaran cemerlang.

Itu belum lagi tugas sebenar iaitu pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang 'terganggu' oleh keperluan jabatan lain seperti Jabatan Kesihatan atau Agensi Anti-Dadah Kebangsaan.

Semua keperluan ini patut dilakukan kerani, bukan guru kerana tugas sebenar mereka ialah P&P. Namun, semua itu dilonggokkan ke bahu guru dengan alasan semakin banyak kerja perkeranian, semakin profesionallah guru terbabit.

Sebenarnya banyak lagi aspek yang boleh dikambinghitamkan sebagai jawapan kegagalan murid di SK.

Antaranya ialah tiada tanggungjawab dan tidak prihatin ibu bapa, kemiskinan, kurang pendedahan, persekitaran dan kurang kemudahan. Semua ini dapat diatasi jika profesionalisme sebenar perguruan dikembalikan iaitu guru seratus peratus melaksanakan P&P.

Menteri Pelajaran sebelum ini pernah membuat penyelidikan banyaknya beban guru malah beliau mengungkapkan 'saya kasihan akan guru saya' apabila hasil kajiannya mendapati guru 'diseksa' dengan kerja perkeranian melambak-lambak.

NORHISYAM MOHAMAD,
Pemuda Umno Kuala Kedah.


Baca seterusnya...

Guru Semberono

APABILA istilah 'guru semberono' diperkenalkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran bagi menangani kes guru mengajar sambil lewa, satu perkara yang jelas terasa oleh pendidik ialah usaha mereka selama ini untuk membangun dan membina modal insan sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara seolah-olah seperti terhenti sekejap.

Mereka seperti berfikir selepas sekian lama ramai murid yang dididik. Ada yang sudah menjadi menteri, pengurus, profesional dan sebagainya. Tiba-tiba mereka dilabel semberono. Kenapa mereka yang sudah berjaya mudah lupa kepada jasa guru yang pernah mengajar mereka kenal huruf, kira dan baca? Inikah cara menghargai guru mereka?

Ibarat cubit peha kanan, peha kiri terasa juga. Saya bimbang jika istilah guru semberono ini dijadikan bahan lawak jenaka oleh pihak tertentu, maka dikhuatiri akan menurunkan lagi penghormatan orang terhadap profesion perguruan yang sangat mulia itu.

Maka akan timbullah pula istilah menteri semberono, ketua jabatan semberono, pegawai semberono dan pelbagai lagi semberononya.

Nak mengata guru memang mudah, bila sebut guru ianya bemaksud semua guru di Malaysia.Jangan sebab nak fokus kepada permasalahan tertentu, nama baik semua guru dilibatkan sama.Nanti akan jadi mainan orang mengata guru gila, guru cabul, guru samseng, guru terlampau, guru cabuk, guru kuli batak...carilah perkataan lain yang lebih SOPAN!hormatilah guru.Bapa kita pun seorang guru!...

Kepada guru-guru yg benar2 menjalanakan tugas dengan penuh tanggungjawab, mereka tidak perlu gusar dengan sebarang label kepada mereka. apabila kita melakukan sebarang tugas dan mengharapkan balasan, maka kita akan kecewa bila tidak mendapat apa yg diharapkan. Tetapi apabila kita membuat sesuatu dengan penuh rasa tanggungjawab, insyallah kita akan merasa puas dalam diri walaupun tiada siapa yang memberi pengiktirafan. Bolehkah saya katakan salah satu ciri guru semberono ialah mereka mengharapkan pengiktirafan?

Sumber Perkhidmatan Pelajaran

Baca seterusnya...

Menuntut ilmu perlu ikhlas kerana Allah

ADAB menuntut ilmu hendaklah ikhlas dan diniatkan dalam hati kerana Allah. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelaran, kedudukan atau ingin menjadi orang dipandang, maka Rasulullah SAW memberi peringatan.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa menuntut ilmu yang dipelajari hanya kerana Allah sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata benda dunia, ia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Jika ada yang berhajat menuntut ilmu untuk mendapatkan syahadah (sarjana muda atau doktor falsafah) kerana menjadi peraturan yang tertulis hanya mereka yang memiliki pendidikan tinggi boleh menyampaikan atau mengajar ilmu, niat itu termasuk dalam niat yang benar.

Menuntut ilmu dengan niat untuk menghilangkan kebodohan diri dan selepas memiliki ilmu kita harus mengajarkan kepada orang lain untuk menghilang kebodohan daripada diri mereka. Mengajarkan kepada orang lain itu dengan pelbagai cara membolehkan orang lain mendapat manfaat ilmu kita.

Apakah disyaratkan untuk memberi manfaat kepada orang lain kita perlu duduk di masjid atau memberi manfaat dengan ilmu itu pada setiap saat? Jawapan yang benar adalah yang kedua kerana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sampaikanlah dariku walaupun cuma satu ayat.” (Hadis riwayat Bukhari)

Imam Ahmad berkata: “Ilmu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Muridnya bertanya: Bagaimanakah yang demikian itu? Beliau menjawab: ia berniat menghilangkan kebodohan daripada dirinya dan orang lain.”

Menjadi keharusan bagi penuntut ilmu berniat menuntut ilmu untuk membela syariat kerana kedudukan syariat sama dengan pedang jika tidak ada seseorang menggunakannya ia tidak bererti.

Penuntut ilmu harus membela agamanya daripada hal yang menyimpang daripada agama. Perkara itu hanya boleh dilakukan jika seseorang itu memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk al-Quran dan as-Sunnah.

Apabila ada perbezaan pendapat, hendaknya penuntut ilmu menerima perbezaan itu dengan lapang dada selama perbezaan itu pada persoalan ijtihad, bukan akidah kerana persoalan akidah adalah masalah yang tidak ada perbezaan pendapat di kalangan salaf.

Berbeza dalam masalah ijtihad, perbezaan pendapat sudah ada sejak zaman sahabat, bahkan pada masa Rasulullah SAW masih hidup tetapi jangan sampai menghina atau menjelekkan orang lain yang kebetulan berbeza pendapat dengan kita.

Mengamalkan ilmu yang diperoleh termasuk adab terpenting bagi penuntut ilmu kerana amal adalah buah daripada ilmu, baik akidah, ibadah, akhlak mahupun muamalah. Orang yang memiliki ilmu seperti orang memiliki senjata yang tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan).

Kebenaran dan sabar termasuk adab paling penting bagi kita sebagai penuntut ilmu. Mencari kebenaran daripada berita yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah hadis misalnya, kita harus meneliti lebih dulu kesahihan hadis itu.

Jika menemui bukti bahawa hadis itu sahih, berusaha lagi mencari makna (pengertian) hadis itu.

Sumber : mutiara hati


Baca seterusnya...

Buku Teks Sekolah Lebih Baik Daripada Buku Rujukan Komersial

KUALA LUMPUR, 2 Dis -- Persidangan Dewan Rakyat pada Rabu diberitahu bahawa buku teks yang digunakan di sekolah adalah lebih baik daripada buku rujukan komersial.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata buku rujukan komersial lebih berorientasikan peperiksaan semata-mata berbanding buku teks yang dipilih, ditulis, disusun dan disesuaikan selaras dengan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.

"Penyediaan buku teks juga disusun dengan pelbagai kaedah pedagogi pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkembangkan potensi individu secara holistik dan bersepadu.

"Hal ini juga untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Oleh itu, buku teks yang digunakan di sekolah lebih baik dari buku rujukan komersial," katanya ketika menjawab soalan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang meminta kementerian menyatakan sejauh mana kebenaran buku rujukan komersial lebih baik daripada buku teks yang digunakan di sekolah.

Menjawab soalan tambahan Ismail sama ada buku teks yang digunakan di sekolah tidak merangsang kefahaman pelajar dan sama ada proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah Cina lebih baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Mohd Puad berkata untuk merangsang kefahaman pelajar ia bergantung kepada kaedah pengajaran guru.

"Sebenarnya buku teks dikaji setiap dua tahun sekali dan jika ada keperluan untuk membuat perubahan, kita akan buat. Selain buku teks, kita juga menyediakan buku bacaan tambahan.

"Jadi tak benarlah dikatakan buku teks kita lapuk dan ketinggalan tapi dalam soal tak merangsang pelajar, ia bergantung pada keupayaan guru untuk memberi kefahaman pada pelajar menggunakan sumber dari buku teks itu.

"Soal kaedah pengajaran di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC), kita kena faham bahawa banyak pandangan diberi dalam perkara ini. Kejayaan cemerlang di SRJKC adalah kerana mereka mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda mereka, sebab itu kita tak teruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris," katanya.

Menjawab soalan tambahan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang ingin tahu sama ada fakta sejarah yang sebenar tidak dicatatkan dalam buku sejarah, Mohd Puad berkata perkara itu adalah tidak benar.

"Kita tidak politikkan sebab kita gunakan pakar-pakar dari universiti dan guru-guru pakar yang akan meneliti fakta dalam sejarah. Kita tidak akan ubah fakta untuk menyenangkan hati dua atau tiga orang," katanya.

-- BERNAMA

Baca seterusnya...

Halal Food

Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini.