Hari Akademik

Sabtu 27 Jun 2009 merupakan hari persekolahan menggantikan cuti hari raya yang bakal menjelang tiba. Seluruh negara bersekolah pada hari tersebut. SKPHT telah mengadakan Hari Akademik pada hari tersebut dimana ibu bapa atau penjaga murid diminta hadir kesekolah untuk menandatangani kad kemajuan pelajar. Pada hari tersebut kedatanga ibu bapa adalah diluar jangkaan dimana boleh dikatakan 97 peratus ibu bapa telah hadir untuk menandatangani kad kemajuan pelajar tersebut. Kesempatan ini diambil oleh ibu bapa atau penjaga pelajar untuk mengetahui keadaan anak mereka semasa di sekolah.
Peluang untuk berbincang dengan guru kelas dan guru mata pelajaran digunakan sepenuhnya oleh ibu bapa pelajar. Melalui perbincangan tersebut dapatlah ibu bapa " idea " atau buah fikian untuk meningkatkan lagi kemajuan anak mereka dalam pelajaran dan disiplin.
Para guru telah menceritakan perilaku anak mereka semasa di sekolah tanpa berselindung supaya mereka mengetahui keadaan sebenar anak mereka semasa belajar, bergaul dan sebagainya. Kebanyakan ib bapa di sini berfikiran terbuka dan memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada guru untuk mendidik anak-anak mereka.


Baca seterusnya...

Terkini di SKPHT

Selamat datang dan bertugas sebagai PK Kokurikulum kepada En Ahmad Tarmizi B Mohd Ariff. Sebelum ini beliau bertugas di SK Tanjung Piandang. Beliau merupakan seorang yang aktif dalam bidang kokurikulum khasnya dalam bidang permainan Sepak Takraw dan merupakan jurulatih Sepak Takraw MSSM Daerah Kerian.
Tahniah kepada Adik Zarifah Syahirah Bt Suhaily kerana mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Pidato Bahasa Melayu Kelompok 2 .Tahniah juga kepada Adik Fatin Husna Bt Mohd Moghuni kerana memenangi anugerah NILAM peringkat sekolah dan akan mewakili sekolah di peringkat kelompok 2.

(Gambar atas) Zarifah Syahirah Bt Suhaily menerima sijil dari PK Pentadbiran.
(Gambar bawah) Fatin Husna Bt Mohd Moghuni menerima sijil dari PK Pentadbiran.



Baca seterusnya...

Pertandingan Pidato Bahasa Melayu

Pada hari selasa 23 Jun 2009 telah berlangsung Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Rendah Kelompok 2 Daerah Kerian di SK Telok Medan, Bagan Serai. Adik Zarifah Syahirah Bt Suhaily telah mewakili SK Parit Hj Taib dalam pertandingan tersebut.

En Mohd Nasir B Hj Samsuri selaku guru pembimbing merangkap guru pengiring telah memberikan latihan yang secukupnya kepada peserta SKPHT sejak beberapa minggu yang lalu. Adik Zarifah Syahirah telah memberikan persembahan yang begitu meyakinkan dalam pertandingan tersebut. Walaubagaimanapun beliau hanya berjaya mendapat tempat ketiga. Tahniah kepada En Mohd Nasir B Hj Samsuri dan Adik Zarifah Syahirah atas kesungguha yang ditunjukkan.

Adik Zarifah Syahirah Bt Suhaily menerima hadiah dari Guru Besar SK Telok Medan merangkap pengerusi Kelompok 2.

Baca seterusnya...

LADAP Komunikasi Berkesan Dalam Bahasa Inggeris

Sabtu 20 Jun 2009 ; Bermula jam 8.30 pagi telah diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan buat kali ketiga. Kali ini bertajuk Komunikasi Berkesan Dalam Bahasa Inggeris. Pn Norhida Bt Md Saad Pn Nora Bt Arshad telah bertindak selaku penceramah dalam kursus tersebut.

Para peserta terdiri daripada semua guru SKPHT. Para peserta dikehendaki bertutur dalam Bahasa Inggeris serta membuat latihan kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeis. "Tergeliat lidah hari ni ". Namun sema peserta merasa gembira kerana dapat berkounikasi dalam bahasa yang memang selalu didengar tetapi jarang digunakan.



Baca seterusnya...

Tahniah


Sekalung Tahniah kepada En Mustafa Kamal B Hj Ahmad kerana berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam kursus Pra Siswazah selama 14 minggu dalam bidang Bahasa Melayu. Beliau akan memulakan pengajian tersebut pada 29 Jun 2009 d Institut Perguruan Tuanku Bainun. Tahniah ... Rjin-rajin lah belajar.

Baca seterusnya...

Rawatan Pergigian dan Kelab Nuri


Isnin 16 Jun 2009 ; Hari ini sekolah dikunjungi oleh dua buah agensi iaitu dari Jabatan Kesihatan Bagan Serai dan Bank Rakyat Bagan Serai. Pada jam 9.00 pagi para petugas dari Jabatan Kesihatan iaitu unit pergigian telah berkunjung ke sekolah ini untuk membuat pemeriksaan dan rawatan gigi kepada para pelajar.Biasanya mereka akan berkampung selama seminggu.

Kunjungan ini membuat murid-murid merasa gentar dan akan ada murid-murid yang ponteng sekolah keesokan harinya kerana takut dicabut gignya. Pada pagi ini beberapa orang murid tahun 6 telah diperiksa giginya dan diberikan rawatan dengan mencuci gigi dan ada diantara mereka yang dicabut giginya. Ini semua adalah untuk kebaikan muid-murid pada masa akan datang. Saya pun teringin untuk dicuci dan ditampal gigi yang berlubang ni. Tapi ....rasanya mereka hanya akan memberikan rawatan pada murid-murid sahaja.

Murid sedang menunggu giliran untuk rawatan pergigian.

Para pegawai pergigian sedang memberikan rawatan kepada murid.

Pada jam 9.45 pagi kelihatan maskot NURI dari Bank Rakyat turun dari kenderaan mereka. Kehadiran petugas dari Bank Rakyat Bagan Serai adalah untuk membuat promosi galakan menabung dengan Tabung Nuri. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang menjadi anak angkat kepada Bank Rakyat Bagan Serai. Kehadiran mereka terutama maskot Nuri membuatkan murid-murid begitu gembra dan bersalaman serta bergambar dengan maskot Nuri tersebut. Yang paling gembira tentunya murid Pra Sekolah. Kehadiran mereka membuatkan murid-murid lupa pada ketakutan dan kesakitan mencabut gigi. Begitulah hebatnya Allah mengatur sesuatu kejadian itu.
Guru dan murid Pra Sekolah bergambar bersama Maskot Nuri

Maskot Nuri, tak henti-henti melambai.



Baca seterusnya...

Hadapi kawan atau lawan dengan wajah tenang


Seorang ahli bijaksana berkata, jika anda ingin bergaul secara baik dan sopan, ikutilah petunjuk ini:


1. Hadapi kawan atau lawan dengan wajah yang tenang, gembira, sopan dan rela hati. Elak daripada menunjukkan sikap angkuh, sombong dan tinggi diri.

2. Jangan terlalu banyak menoleh ke mana-mana dan jangan terlampau tajam memandang orang lain.

3. Jangan biasakan diri memasukkan jari ke dalam lubang hidung, banyak meludah atau berhingus di tempat awam, banyak menguap atau menggeliatkan badan.

4. Usahakan agar dudukmu itu kelihatan tenang, kata-kata selalu teratur, menjadi pendengar yang baik. Jika ada sesuatu yang melucukan lebih baik jika kamu diam saja.

5. Jangan bersikap pura-pura.

6. Elak daripada memberitahu sesiapa mengenai harta yang dimiliki kerana jika harta itu sedikit, orang akan me mandangmu dengan kehinaan.

7. Jika berdebat, berpegang teguhlah kepada kesopanan dan jangan merendah-rendah kemampuan orang lain.

8. Jangan menjadikan harta lebih mulia daripada ke hormatan diri.

9. Jika masuk ke majlis, berilah salam dan sentiasa merendah diri.

10. Jauhi daripada duduk dan bercakap-cakap di jalanan dan jika terpaksa sentiasalah menundukkan pandanganmu.

11. Jangan suka bergurau dengan cendekiawan dan orang yang kurang cerdik.

12. Jika banyak bergurau senda dalam sesuatu majlis, kerana terlupa atau lain-lain, berzikirlah sebelum meninggalkan majlis itu.

Sumber : Metro


Baca seterusnya...

Kata Hubung

Kata hubung ialah jenis kata yang menghubungkan ayat dengan ayat, bahagian ayat dengan bahagian ayat, dan kata dengan kata. Dalam contoh (1) “Abang sedang membasuh motosikal dan kakak sedang menyiram pokok bunga”, kata hubungnya ialah dan. Kata hubung dan menghubungkan ayat “Abang sedang membasuh motosikal” dengan ayat “Kakak sedang menyiram pokok bunga”. Dalam contoh ini, kata hubung dan menggabungkan ayat dengan ayat.


Dalam contoh (2) “Penyanyi itu bernyanyi sambil menggoyangkan badan”, kata hubung sambil yang menghubungkan ayat “Penyanyi itu bernyanyi” dengan sebahagian ayat yang kedua yang sudah digugurkan, iaitu bahagian yang sama dengan bahagian ayat pertama, dan menghubungkan bahagian ayat kedua “menggoyangkan badan”.


Dalam contoh (3) “Saya membeli baju dan seluar”, kata hubungnya ialah dan, yang menghubungkan dua patah kata benda, iaitu baju dan seluar.

Dalam bahasa Melayu terdapat pelbagai jenis kata hubung. Kata hubung itu ialah kata hubung gabungan, iaitu kata hubung yang menghubungkan ayat-ayat majmuk gabungan setara, dan ayat-ayat majmuk gabungan tak setara. Misalnya:


4. Musa serta Ghani pegawai tadbir di Jabatan Perdana Menteri.

(serta ialah kata hubung ayat majmuk gabungan setara)


5. Kakak ke perpustakaan tetapi abang ke makmal sains.

(tetapi ialah kata hubung ayat majmuk gabungan tak setara)

Selain kata hubung gabungan, terdapat pula kata hubung pancangan, iaitu kata-kata yang menghubungkan ayat-ayat majmuk pancangan, yakni ayat majmuk relatif, ayat majmuk komplemen, dan ayat majmuk keterangan.

Kata hubung pancangan pula ada tiga jenis, iaitu kata hubung relatif; yang menghubungkan ayat induk dengan ayat kecil relatif. Dalam bahasa Melayu terdapat satu kata hubung relatif, iaitu yang. Misalnya yang dalam ayat (6)


“Ayah membeli kereta baharu yang berwarna merah”. Ayat majmuk relatif ini terdiri daripada ayat induk “Ayah membeli kereta baharu”, dan ayat kecil “Kereta baharu berwarna merah”.

Kata hubung komplemen pula ialah kata hubung yang menghubungkan ayat induk dengan ayat komplemen. Kata yang lazim berfungsi sebagai kata hubung komplemen ialah bahawa dan untuk. Perhatikan ayat contoh yang berikut ini:


7. Guru disiplin melaporkan bahawa masalah disiplin pelajar dapat dikawal.


8. Sungguh mustahil untuk awak mempengaruhinya.

Akhir sekali ialah kata hubung keterangan. Jumlah kata hubung jenis ini dalam bahasa Melayu amat besar. Kata hubung keterangan mengaitkan ayat inti dengan ayat keterangan. Antara contoh kata hubung keterangan termasuklah kerana, agar, sekiranya, hingga, ketika, waktu, jikalau, tatkala, meskipun, sungguhpun, dan lain-lain. Contoh penggunaan kata hubung tersebut adalah seperti yang berikut:


9. Mereka berjaya dalam peperiksaan kerana mereka rajin berusaha.


10. Jikalau bukan puan, siapa lagi yang mengarang bunga ini?


11. Sungguhpun Pak Mat sudah tua, beliau tetap mahu menyertai pertandingan itu.


12. Semua makmum berdoa agar Allah lanjutkan usia baginda.


Kata hubung kerana, jikalau, sungguhpun, dan agar berfungsi mengaitkan unsur-unsur bahasa, sama ada antara ayat dengan ayat, atau antara bahagian ayat dengan bahagian ayat menjadikan ayat itu berkait antara satu sama lain.

Jelaslah kata hubung ini berfungsi sebagai unsur tautan dan kohesi dalam bahasa, iaitu yang mewujudkan kesinambungan ayat. Unsur tautan ini sungguh penting kerana dalam wacana yang lebih besar, kata hubung menjadi salah satu unsur yang menjalin pelbagai buah fikiran yang ingin disampaikan.


Begitulah perbincangan tentang fungsi kata hubung, yakni salah satu jenis kata tugas bahasa Melayu dalam wacana bahasa.


Sumber



Baca seterusnya...

Babi Bersyukur Jadi Babi

Dapat melalui email, tak tahu kesahihan cerita ini tetapi mempunyai maksud tersirat yang sangat yang membuatkan kita malu jika tak solat.

Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara "middle east". Orang yang menulis tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan di fikirkan bersama bukan setakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golongan seperti dalam manusript dibawah. Amin

Seorang nasrani berkata, "saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi."

Seorang majusi pula berkata, "saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir."

(cuba kita meneliti dua perbualan diatas, kita dapati, kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir kata... )

Seorang kafir pula berkata, "saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing."

Anjing pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi."

(mari kita teka apa kah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan dengan dia... )

Babi pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat atau sembahyang".

Ini adalah sebuah manuscript yang memberi kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur dan juga umat yang selalu membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka.

Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju. Tercatat didalam Al-Quran, bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak dan lumrah pada akhir zaman... adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah berlaku?

Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar... maha suci ALLAH.

Sumber : Koleksi Isu Hangat



Baca seterusnya...

Kisah Pendayung Sampan

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.

Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuatkajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya diaberkata di dalam hati, 'Hmm. Hari nak hujan.'

' OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat' kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai... Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan...

'Kamu dah lama kerja mendayung sampan?' Tanya Professor itu.

'Hampir semur hidup saya.' Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

'Seumur hidup kamu?' Tanya Professor itu lagi. 'Ya'.

'Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?' Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu
bertanya lagi, 'Kamu tahu geografi?'

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

'Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.'

Kata Professor itu lagi, 'Kamu tahu biologi?'

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

'Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?' Professor itu masih lagi bertanya...

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

'Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan.' Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,

'Kamu tahu berenang?'

Professor itu menggelengkan kepala.

'Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.' Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.


Moral dari cerita ini :

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.

Tak guna kalau kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.

Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi 'MASTER' dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?

Hikmat Inspirasi:
Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.



Baca seterusnya...

KEM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR TAHUN 6

Bermula pada hari ini 8 Mac 2009 hingga 10 Mac 2009, murid-murid tahun 6 akan menghadiri Kem Motivasi Teknik Menjawab soalan UPSR yang diadakan di Pusat Eko Paya Bakau Kuala Sepetang, Taiping, Perak.


Seramai 43 orang murid dan 17 orang guru serta beberapa orang penceramah jemputan terlibat dalam kem tersebut. Program ini merupakan salah satu agenda dalam Program Peningkatan UPSR yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Aktiviti yang diatur tidaklah begitu memberatkan murid dan lebih banyak kepada latihan menjawab soalan dengan bimbingan guru serta aktiviti santai di sekitar Pusat Eko Paya Bakau ini. Semoga semua yang terlibat dapat memberikan komitmen sepenuhnya dalam aktiviti ini.




Baca seterusnya...

Asalamualaikum cikgu!

“Asalamualaikum cikgu!” Itulah di antara kata-kata hikmat yang diucapkan kepada guru setiap hari. Kata-kata tersebut dilafazkan sama ada di bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Dengan erti kata yang lain, kita sebagai seorang murid perlu sentiasa menghormati guru tidak kira di mana sahaja berada.

Menghormati guru sama seperti kita menghormati kedua ibu bapa kita. Guru berada bersama murid selama hampir enam jam sehari. Jumlah ini tidak termasuk waktu menjalankan aktiviti ko-kurikulum.

Guru bukan sahaja menjalankan tugas untuk mengajar tetapi mempunyai berbagai tanggungjawab yang lain.

Pembimbing: Guru kita ialah seorang pembimbing yang sentiasa memberi nasihat, tunjuk ajar dan pedoman ke arah kehidupan yang lebih sempurna. Kata-kata nasihat yang diberikan tidak seharusnya diambil ringan. Ia harus dihormati dan digunakan dalam kehidupan. Ia juga merupakan seorang motivator yang sentiasa membakar semangat murid-murid ketika berada dalam keadaan yang kecewa untuk terus berusaha menghadapi cabaran dan menempah kejayaan.

Penjaga: Selain daripada pembimbing guru juga merupakan seorang penjaga kerana pada masa itu ibu bapa murid sedang bekerja. Oleh itu sebagai seorang penjaga tindakan mereka samalah seperti tindakan ibu bapa murid-murid sendiri. Ada ketikanya seseorang guru itu marah dan mengenakan denda sekiranya murid-murid melakukan kesilapan atau melanggari peraturan sekolah. Ada ketikanya pula guru-guru akan gembira dan memberi ganjaran jika murid-muridnya berkelakuan baik dan menumpukan segala perhatian terhadap pelajaran.

Pemudahcara: Guru juga merupakan seorang pemudahcara iaitu menyelesaikan masalah murid terutamanya dalam pembelajaran. Murid bebas bertanya kepada guru tentang masalah pembelajarannya sekiranya murid tidak memahami sesuatu topik. Walau bagaimanapun usaha yang gigih dan ikhlas daripada murid perlulah digandakan dan janganlah terlalu mengharapkan bantuan guru semata-mata. Dengan hanya mengharapkan bantuan guru sahaja akan menjadikan seseorang murid itu malas.

Guru tidak meminta apa-apa balasan daripada murid atas segala tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan. Harapan mereka agar segala tindakan yang mereka lakukan itu dapat dihargai oleh murid-murid dengan mengikuti segala nasihat yang diberi dan digunakan dalam kehidupan.

- Sumber




Baca seterusnya...

MENDEKATI BUKAN MENJAUHI GURU

Mendekati bermaksud menghampiri atau berada bersama-sama manakala menjauhi bermaksud tidak suka bersama atau cuba mengelak daripada berjumpa dengan mereka. Jika perkara ini dirujukkan kepada guru maka seseorang murid itu perlulah menghampiri guru dalam proses pembelajaran. Mereka yang suka menjauhi guru ialah mereka yang tidak berminat untuk belajar dan tidak mahu dibimbing oleh guru.

Seseorang murid seharusnya mendekati guru berdasarkan butiran berikut:

• Guru sebagai sumber ilmu: Kita datang ke sekolah untuk menuntut ilmu. Walaupun ilmu itu berada di mana-mana tetapi peranan dan tunjuk ajar guru amat diperlukan untuk memberi lebih pemahaman kepada kita. Tanpa ilmu kita ibarat kapal belayar di tengah lautan tanpa nakhoda. Sudah tentu ia akan terumbang-ambing dan mungkin juga akan tenggelam dihempas ombak.

• Guru sebagai pembimbing: Setiap murid harus dibimbing setiap hari. Walaupun kita diminta berdikari tetapi bimbingan daripada guru amat diperlukan kerana guru ialah pengganti ibu bapa ketika disekolah.

• Guru sebagai penyelesai masalah: Guru mempunyai pelbagi tugas dan kemahiran. Contohnya menjaga disiplin pelajar, memberi motivasi dan kaunseling, mengajar, melatih aktiviti sukan atau aktiviti kebudayaan. Oleh itu jika kita rajin berdamping dengan guru bermakna kita akan dapat berbagai pengalaman dan kemahiran untuk menjadi pelajar cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum.

• Guru sebagai rakan: Guru juga ialah insan yang mempunyai perasaan serta suka berkawan. Oleh itu pada masa tertentu guru boleh dijadikan rakan yang mampu memahami kehendak dan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Walaupun guru dianggap sebagai rakan namun mereka perlu dihormati dan segala arahan guru haruslah diamalkan sepanjang masa.

• Guru sebagai penyuluh cahaya: Ungkapan ini bermaksud guru sentiasa memberi bimbingan yang membolehkan murid-murid mendapat kejayaan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi dalam juga segala aspek kehidupan murid tersebut.

Setelah mengetahui betapa besarnya peranan guru serta peluang yang kita boleh perolehi, maka janganlah kita menjauhi guru tetapi kita perlu sentiasa mendekati mereka. Jika menghadapi sebarang masalah kita sewajarnya menghubungi guru untuk mendapat panduan yang sebaiknya daripada mereka. Jangan sekali-kali membenci atau memarahi mereka. Anggaplah mereka itu sebagai ikon ke arah kejayaan diri kita.

- Sumber


Baca seterusnya...

LAKARAN HIDUP RASULULLAH SAW

Kita mungkin sangat mengenali tentang ahli keluarga kita.
Kita mungkin sangat mengenali tentang kekasih hati kita.

Namun, kita kurang mengenali orang yang patut kita kenali. Orang yang patut kita kasihi dan jadikan kekasih hati.

Siapa lagi kalau bukan Nabi Muhammad S.A.W.

Jom kita kenali dengan lebih dekat tentang Rasulullah S.A.W. dan ahli keluarga Baginada (ahlu Bait). Mungkin hanya fakta ringkas, tetapi ada banyak info yang kita mungkin tidak pernah tahu atau tidak pernah mencari untuk tahu.


Nama-Nama Rasulullah S.A.W.:

1) Muhammad
2) Ahmad
3) Hamid
4) Mahmud
5) Mahi
6) Hashir
7) Aaqib

Kelahiran Rasulullah S.A.W. :

Tarikh Islam : 9 atau 12 Rabi'ul Awwal, hari Isnin, awal pagi (sebelum matahari terbit) di Makkah

Tarikh Masihi : 17 Jun 596 Masihi

Tarikh Hindu : 1 Jaaith 3672 Kul Jug

Tarikh Lain:

1) 40 hari selepas peristiwa serangan tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah terhadap Kaabah
2) 2675 tahun selepas peristiwa banjir besar pada zaman Nabi Nuh A.S.
3) 2585 tahun selepas kelahiran Nabi Ibrahim A.S.


Kewafatan Rasulullah S.A.W.:

- Pada 12 Rabi'ul Awwal tahun 11 Hijrah = 8 Jun 632 Masihi = tahun 23 kenabian Baginda
- Pada waktu selepas terbit matahari di rumah Saiditina 'Aisyah R.A
- Dikebumikan di rumah Saiditina 'Aisyah R.A


Jangka Hayat Hidup Rasulullah S.A.W.:

- 63 tahun, 0 bulan, 4 hari, 6 jam
- atau = 22330 hari
- atau = 535924
- Menetap di Mekah: 53 tahun
- Menetap di Madinah: 10 tahun


Pakcik-Pakcik Rasulullah S.A.W.:

- Yang menerima Islam: Saidina Abbas R.A dan Saidina Hamzah R.A
- Yang tidak menerima Islam: Abu Talib, Zubair, Maqoom, Zarrar, Haris, Mughrira


Makcik-Makcik Rasulullah S.A.W.:

- Yang menerima Islam: Saiditina Safia R.A.
- Yang tidak dapat dipastikan sama ada menerima Islam ataupun tidak: Arruhi & Atikah
- Yang tidak menerima Islam: Barrah, Ammimah, Ummul Hakim Baiza (Nenek kepada Saidina Uthman Bin Affan R.A.)


Isteri-Isteri Rasullulah S.A.W.:

1) Khadijah R.A.
2) Sa'udah R.A.
3) 'Aaisyah R.A.
4) Hafsah R.A.
5) Zainab Hazimah R.A.
6) Ummu Salmah R.A.
7) Zainab Jaisy R.A.
8) Jvariah R.A.
9) Ummu Habibah R.A.
10) Maimunah R.A.
11) Safiah R.A.
12) Maria Qubtia R.A.

- Saiditina 'Aaisyah adalah anak perempuan Saidina Abu Bakr As-Siddiq R.A.
- Saiditina Hafsah adalah anak perempuan Saidina Umar Al-Khattab R.A.
- Saiditina Ummu Habibah adalah anak perempuan Saidina Abu Sufyan R.A.
- Hanya Saiditina Khadijah R.A. & Saiditina Zainab Hazimah R.A. yang meninggal dunia sebelum kewafatan Rasulullah S.A.W.


Anak-Anak Rasullulah S.A.W.

1) Qasim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab (berkahwin dengan Abu Al-As Bin Rabbi)
5) Ruqaiyyah (berkahwin dengan Saidina Uthman Bin Affan R.A.)
6) Umi Kalsum (berkahwin dengan Saidina Uthman Bin Affan R.A.)
7) Fatimah (berkahwin dengan Saidina 'Ali Bin Abi Talib R.A.)

- Kesemua anak Rasulullah S.A.W. adalah beribukan Saiditina Khadijah R.A. kecuali Ibrahim yang beribukan Maria Qubtia R.A.
- Kesemua anak lelaki Rasulullah S.A.W. meninggal dunia ketika kecil
- Kesemua anak perempuan Rasulullah S.A.W. meninggal dunia sebelum kewafatan Baginda kecuali Saiditina Fatimah R.A.


3 perkara yang menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam terhadap Rasulullah S.A.W. iaitu, mencintainya dan ahli keluarganya, mengamalkan dan menghidupkan sunnahnya dan meneruskan perjuagannya.

Renunglah sejenak...

Adakah kita sudah melaksanakan kesemua tanggungjawab kita terhadap Rasullullah S.A.W.??
Adakah kita layak untuk meminta belas syafaat Baginda di padang Masyar kelak atas segala usaha kita yang sedikit ini??

-Allah S.W.T. lebih mengetahui segalanya-

- Sumber


Baca seterusnya...

JADIKAN ISTIGHFAR SEBAGAI AMALAN

Suatu hari Hassan Al Bashri, salah seorang tabiin didatangi oleh seorang lelaki yang mengadu mengenai keadaan daerahnya yang kering kontang kerana sudah lama tidak hujan.


Maka Hassan berkata, ``Mohonlah ampun kepada Allah.''

Kemudian datang pula seorang lagi sahabatnya yang mengadu bahawa dirinya ditimpa kemiskinan.

Sekali lagi, Hassan menjawab, ``Mohonlah ampun kepada Allah.''

Tidak lama kemudian datang pula seseorang meminta didoakan agar dikurniakan anak dan jawapan Hassan ialah ``beristighfarlah kepada Allah.''

Kemudian datang lagi orang yang lain mengadukan tentang kebunnya yang tandus, Hassan juga memintanya supaya beristighfar.

Jawapan Hassan itu menimbulkan rasa tidak puas hati para sahabatnya, lalu mereka bertanya kepada Hassan mengapa semua masalah itu hanya dapat diselesaikan melalui istighfar.

Hassan berkata, ``Saya tidak mengatakan semua itu secara suka-suka. Tetapi, berdasarkan firman Allah dalam surat Nuh ayat 10-12 yang bermaksud:

``Maka aku katakan kepada mereka,'' Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai. ''

Apa yang dinyatakan oleh Hassan itu seolah-olah tidak berlaku pada zaman sekarang yang lebih banyak melihat sesuatu yang berlaku itu secara akal fikiran atau rasional semata-mata.

Setiap sesuatu yang terjadi kepada kita, tidak pernah dianggap sebagai akibat daripada dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Lanjutan itu, dalam mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah kita hakikatnya hanya mencipta masalah baru.

Sedangkan Allah telah berfirman dalam Surah As-Syura ayat 30 yang bermaksud: ``Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahan mu).''

Peringatan Allah ini sebenarnya tidak pernah dipedulikan oleh sebahagian daripada kita, sebaliknya kita lebih banyak menggunakan kekuatan fikiran untuk menyelesaikan masalah.

Istighfar hakikatnya adalah jalan terbaik untuk memberi kita petunjuk dalam menyelesaikan apa juga masalah yang kita hadapi.

Ia akan menimbulkan keinsafan dan ia akan mendorong kita menghentikan perbuatan-perbuatan yang boleh mendatangkan dosa.

Sama ada kita hendak mengakui atau tidak, kita sering melupakan azimat Allah ini sehingga setiap kali kita menghadapi apa juga masalah kita terlupa untuk beristighfar kepada-Nya.

Justeru marilah kita menjadikan istighfar sebagai amalan tetap kita seharian, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.

Sumber: Tazkirah


Baca seterusnya...

ANTARA SABAR DAN MENGELUH

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berzeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Baca seterusnya...

Halal Food

Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini.