Jarak untuk harus solat Qasar dan Jamak

Rabu 29 Julai 2009, Hari ini saya akan melakukan musafir bersama sahabat yang lain ke Sungai Petani untuk menghadiri mesyuarat. Biasanya beberapa persoalan akan ditimbulkan khususnya mengenai solat Qasar dan Jamak. Berikut adalah satu persoalan yang saya petik dari blog soal jawab agama.

Soalan; ustaz, saya ingin bertanya; setiap bulan saya terpaksa ke Bandar M, bandar yg berhampiran yg jaraknya kira-kira 60 - 70 km sehala utk membuat pembayaran bil, bank dan sebagainya. Dan perjalanan pergi dan blk memakan masa lebih kurang 120 km ke atas. Soalannya ustaz, bolehkah saya melakukan solat jamak dan qasar?

Jawapan;

Masalah jarak perjalanan yang mengharuskan jamak dan qasar (begitu juga berbuka puasa), para ulamak berbeza pandangan;

a) Jumhur ulamak –termasuk Imam-Imam mazhab empat- telah menetapkan jarak tertentu bagi perjalanan (musafir) yang membolehkan seseorang menghimpun dan memendekkan solat. Menurut mazhab Malik, Syafi’ie dan Ahmad; jaraknya hendaklah tidak kurang dari dua marhalah, iaitu kira-kira 85-90KM mengikut ukuran hari ini. Jarak yang dimaksudkan ialah sehala, bukan dua hala. Menurut Imam Abu Hanifah pula; perjalanan yang mengharuskan solat jamak dan qasar ialah jarak yang ditempoh selama tiga hari tiga malam (mengikut perjalanan orang Arab zaman dahulu), iaitu tiga marhalah atau lebih kurang 86 KM mengikut ukuran hari ini. Jadi berdasarkan pandangan jumhur ini, tidak harus saudara/saudari melakukan solat jamak dan qasar kerana jarak perjalanan saudara/saudari –secara sehala- tidak mencapai jarak yang ditetapkan (iaitu dua atau tiga marhalah).

b) Segolongan ulamak tidak menetapkan jarak tertentu bagi musafir yang mengharuskan solat jamak dan qasar. Asalkan seseorang itu menempuh satu jarak yang dapat dinamakan musafir (perjalanan) pada bahasa manusia di mana ia keluar dari daerah atau negerinya menuju ke suatu tempat dengan menempuh satu perjalanan, maka haruslah ia mengqasar dan menjamakkan solatnya. Di antara ulamak yang memberi pandangan sebegini ialah Imam Ibnu Hazm, Ibnu Taimiyyah, Ibnul-Qayyim dan asy-Syaukani. Berkata Imam as-Syaukani; “Sesiapa keluar dari negeri/daerahnya menuju ke satu tempat di mana ia dianggap dalam perjalanannya ke tempat tersebut sebagai musafir (yakni orang yang menempuh satu perjalanan), maka harus baginya menqasarkan solat sekalipun jaraknya kurang satu Barid”[1] (ad-Darari al-Madhiyyah, hlm. 167). Berdasarkan pandangan ini, haruslah bagi saudara/saudari melakukan solat jamak dan qasar dengan jarak perjalanan yang saudara/saudari sebutkan itu.

Baca seterusnya...

Cuepacs syor beri bonus menerusi Bajet 2010

JOHOR BAHRU: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengemukakan permohonan kepada kerajaan supaya menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam, menerusi pengumuman Bajet 2010, Oktober depan.


Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata perbincangan mengenai bonus hanya akan diadakan pada mesyuarat tertinggi kongres itu minggu depan sebelum dikemukakan kepada kerajaan.

"Pemberian bonus ini dibincangkan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Khamis lalu. Kita setuju sekiranya pemberian Elaun Sara Hidup (Cola) tidak dapat dinaikkan dalam keadaan ekonomi ketika ini, namun diharap musim perayaan nanti, kira-kira 1.2 juta penjawat awam negara ini dapat menikmati 'duit raya'," katanya.

Omar berkata demikian pada majlis perasmian mesyuarat agung dwi tahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa Tempatan (Anulae), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya menerima banyak panggilan telefon dan kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) dari penjawat awam yang ingin mendapatkan perkembangan mengenai pemberian bonus selain, perkara lain yang dibangkitkan Cuepacs.

Mengenai kadar pemberian bonus, beliau berkata, ia terserah kepada kerajaan kerana Cuepacs memahami keadaan kerajaan yang berdepan dengan situasi ekonomi tidak menentu.

Ketika ini, bonus penjawat awam diberi mengikut budi bicara kerajaan berdasarkan kemampuannya dan pada waktu baik penjawat awam menikmati bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000.

Dalam perkembangan lain, Omar berkata, pihaknya menyambut baik enam teras Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA), bagi mencapai matlamat indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI), yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin, terutama usaha memperkasa prasarana luar bandar.

Beliau berkata, Cuepacs mendapati banyak kemudahan awam seluruh daerah seperti jalan raya dan pondok polis perlu dibaik pulih serta ditingkatkan supaya matlamat menjadikan negara maju dapat dicapai.

Katanya, satu pertemuan antara Cuepacs dan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut diadakan kelmarin bagi menghindar salah guna kuasa dan rasuah di kalangan penjawat awam.

Baca seterusnya...

Ceramah Israk Mikraj



Jumaat 24 Julai 2009, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan sambutan Israk Mikraj iaitu dengan mengadakan satu ceramah berkaitan peristiwa tersebut. Seorang guru Pendidikan Islam dari SK Telok Medan iaitu Ustaz Muhammad Hanif B Shahabudin telah dijemput untk menyampaikan ceramah tersebut. Majlis bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari.

Dalam ceramahnya beliau banyak menyentuh tentang hati dan perasaan seorang hamba terhadap Allah, Rasul dan Ibu bapa. Beliau telah menggunakan peralatan ICT bagi menarik minat murid dan ianya berjaya. Beberapa buah nasyid yang menyentuh hati dan perasaan telah dialunkan dan diikuti beramai-ramai oleh para pelajar. Saya yang keras hati ini pun tersentuh dengan cara pengolahan beliau.

Untuk melihat dan mendengar nasyid yang telah dimainkan bolehlah klik pada bahagian video di bawah ini.






Baca seterusnya...

Babi 'Berkepala Manusia'

Warga Minahasa Tenggara (Mitra), khususnya di Desa Watuliney, Kecamatan Belang, dihebohkan atas kelahiran anak babi yang memiliki wajah dan bagian kepala mirip manusia. Tak heran jika warga kemudian berbondong-bondong menyaksikan peristiwa langka tersebut Sabtu hingga Minggu (03/02) kemarin.
 Babi 'berkepala manusia' itu sendiri dilahirkan induknya Pukul 22.00 Wita, Jumat (01/02). Keesokan paginya, seorang penjaga peternakan babi milik keluarga Joutje Pondaag-Tumboybela, dikagetkan saat melihat anak bayi yang dilahirkan tersebut. Pasalnya, muka babi itu lebih menyerupai manusia.

Babi mungil itu memiliki bulu putih dengan berat 1,5 kilogram. Kalau muka, hidung dan lidah babi itu mirip manusia, namun suaranya lebih mirip monyet. Lebih unik lagi anak babi berkelamin betina tersebut memiliki dahi layaknya dahi manusia serta memiliki pusar di atas kepalanya - Sumber DarulBayan.



Baca seterusnya...

Kursus Membina Blog Pusat Sumber unuk Guru PSS Kelompok PKG Telok Medan

Isnin 20 Julai 2009 . Satu kursus membina blog untuk guru-guru pusat sumber PKG Telok medan telah diadakan. Kursus ini bertujuan untuk memastikan setiap PSS mempunyai sebuah blog untuk rujukan warga sekolah dan orang ramai. Admin dan En Nordin Jaafar (Blogger SKPHTPSS) telah diamanahkan untuk menjadi pemudah cara atau pembimbing dalam kursus ini. Kursus ini berjalan selama 3 hari pada sebelah petang (20 - 22 Julai ) dan 1 hari pada sebelah pagi (23 Julai). Kesemua peserta menunjukkan minat yang mendalam dalam menghasilkan blog PSS sekolah mereka.


Baca seterusnya...

FOTO GALERI


Sila Klik pada gambar untuk melihat Foto Galeri.
Paparan adalah bergantung kepada kelajuan internet yang digunakan.

Baca seterusnya...

Majlis Pelancaran Bulan Kecergasan 2009


Jumaat17 Julai 2008. Bertempat di Dataran Perhimpunan, majlis pelancaran Bulan Kecergasan telah disempurnakan oleh Guru Besar SKPHT Pn Hjh Hayati Bt Samsudin. Satu acara senam robik beramai-ramai telah disertai oleh semua guu dan murid SKPHT selepas ucapan pelancaran. Semua guru dan murid berpakaian sukan telah melakukan senam robik tersebut dengan diketuai oleh En Khairudin B Ibrahim.

Baca seterusnya...

Bijak Bahasa Bil 7/2009


EH, SALAH TU !

1. Bola sepak adalah permainan kegemaran saya.

2. Cuaca panas yang berterusan buruk lagi keadaan jerebu di ibu kota.


3. Jarak di antara rumah Siti dengan sekolahnya sangat
sempit.

4. Sultan menganugerahkan Hang Tuah gelaran
Laksamana.

5. Ambulan tiba agak lewat di tempat kemalangan
itu.

6. Kamu hendak ke Taiping atau Ipoh?

SEPATUTNYA …


1. Bola sepak ialah permainan kegemaran saya.

2. Cuaca panas yang berterusan memburukkan lagi
keadaan jerebu di ibu kota.

3. Jarak di antara rumah Siti dengan sekolahnya sangat
dekat.

4. Sultan menganugerahkan Hang Tuah gelaran
Laksamana.

5. Ambulans tiba agak lewat di tempat kemalangan itu.

6. Kamu hendak ke Taiping atau ke Ipoh?

Baca seterusnya...

Bijak Bahasa Bil 6/2009


EH, SALAH TU !


1. Kakak menghidangkan tetamu itu secawan teh.

2. Apakah benar kata-katamu itu?

3. Belilah barangan dengan harga yang paling terbaik di Pasar Mini Cemerlang.


4. Masa sekarang pukul 9.00 pagi.

5. Banyak aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan
sepanjang bulan kemerdekaan ini.


SEPATUTNYA …


1. Kakak menghidangi tetamu itu secawan teh.

2. Adakah benar kata-katamu itu?

3. Belilah barangan dengan harga yang terbaik di Pasar
Mini Cemerlang.

4. Waktu sekarang pukul 9.00 pagi.

5. Banyak aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan
kemerdekaan ini.

Baca seterusnya...

Bijak Bahasa Bil 5/2009


EH, SALAH TU !

1. Kita mesti berusaha supaya menjadi seorang pelajar
yang cermelang.

2. Bapa saya berkerja di sebuah sekolah di Ipoh.

3. Jalan raya menjadi lincin akibat hujan yang turun
dengan begitu lebat.

4. Beberapa penduduk kampung itu telah berpindah
ke bandar.

5. Juruhebah itu menjawab panggilan telefon dari
seorang pemanggil dengan mesra sekali.

SEPATUTNYA

1. Kita mesti berusaha supaya menjadi seorang pelajar
yang cemerlang.

2. Bapa saya bekerja di sebuah sekolah di Ipoh.

3. Jalan raya menjadi licin akibat hujan yang turun
dengan begitu lebat.

4. Beberapa orang penduduk kampung itu telah
berpindah ke bandar.

5. Juruhebah itu menjawab panggilan telefon daripada
seorang pemanggil dengan mesra sekali.

Baca seterusnya...

Petua Untuk Skor 5A UPSR


UPSR semakin hampir. Sekarang ini semua murid seluruh negei Perak sedang menghadapi ujian Percubaan UPSR. Pelbagai cara dilakukan untuk skor 5A. Apakah perkara paling penting yang perlu dilakukan oleh calon UPSR untuk skor 5A . Rasanya semua calon UPSR sudah diberikan tips akhir untuk skor 5A. Ingat balik semua tips yang telah diberikan dan amalkan.

Semua guru mengharapkan kejayaan anda semua. Para guru telah mendidik anda semua dengan penuh dedikasi. Janganlah persiakan harapan ibu bapa yang telah banyak berkorban demi untuk melihat kejayaan anaknya . Begitu juga dengan para guru yang telah banyak berkorban dengan penuh dedikasi. Semoga berjaya .

Baca seterusnya...

TIDAK MUSTAHIL

Baca seterusnya...

Pesanan Admin Kepada Calon UPSR

Tidak sampai dua bulan lagi, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah akan diadakan. Menjelang saat itu, calon peperiksaan berkenaan tentu semakin berdebar-debar, selain giat membuat persiapan bagi menghadapinya.


Matlamat calon pastinya ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan itu, sekali gus memenuhi syarat kemasukan Tingkatan Satu di sekolah terbaik, khususnya sekolah berasrama penuh, pada tahun depan.

Bagi mencapai matlamat itu, pelbagai perkara perlu anda tumpukan dalam tempoh beberapa minggu ini. Sebagai panduan disiarkan beberapa tip umum bagi menghadapi peperiksaan tersebut.

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulangkaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Baca seterusnya...

LOKASI

Lokasi SKPHT dari Google Earth

Bangunan dan kawasan sekolah dari satelit

Baca seterusnya...

Semakin Hari Semakin Sayang

Semakin hari semakin sayang. Begitulah sepatutnya ungkapan ini diluahkan oleh murid-murid yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi. Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan di atas?

Sayang di sini bermaksud sayangkan diri kita yang sudah lama menunggu untuk menduduki peperiksaan UPSR yang menjelang tiba. Jika anda sayangi diri anda maka anda juga harus sayangi perkara-perkara berikut:


•Sayangi masa: Masa amat begitu singkat sekali, hanya beberapa minggu sahaja lagi anda akan menemui masa yang dinanti-nantikan selama ini. Oleh itu setiap detik amat berharga dan tidak boleh dibiar berlalu begitu sahaja tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah. Jika anda sayangkan masa maka janganlah disia-siakannya dengan menangguh-nangguhkan kerja, melewat-lewatkan waktu belajar, berbual kosong dengan rakan ketika dalam kelas atau berehat panjang hingga menjadi malas. Gunakan sepenuh masa untuk mengulang kaji pelajaran, bertanya guru atau berbincang dengan rakan. Satu atau dua minit yang anda gunakan itu mungkin dapat melonjakkan diri anda ke aras prestasi yang lebih tinggi.


• Sayangi kebolehan diri anda. Anda sebenarnya mempunyai kebolehan diri. Anda boleh mengikuti pelajaran dengan baik dan boleh mencapai kejayaan dengan cemerlang. Amat sayang sekali jika kebolehan yang ada pada diri anda itu dipersia-siakan di saat-saat akhir ini. Oleh itu sayangi dan hargai diri anda dengan kebolehan yang dianugerahkan oleh Allah. Gunakanlah kebolehan anda sepenuhnya tanpa merasa jemu atau bosan untuk terus belajar dan mencapai kejayaan.


• Sayangi pelajaran anda. Ayah dan emak telah banyak mengorbankan masa menghantar anda ke sekolah, ke kelas tuisyen atau membelanjakan wang untuk membeli buku tambahan. Enam tahun anda telah berdamping dengan pelajaran anda. Guru pula telah mengajar anda dengan sebaik mungkin serta menganjurkan pula kelas-kelas tambahan. Oleh itu janganlah disia-siakan pelajaran yang telah diajar kepada anda. Ilmu itu ibarat cahaya yang akan menerangi kehidupan anda di masa yang akan datang. Ilmu tidak akan pupus dan akan terus berkembang di dalam diri anda. Agama Islam menuntut kita untuk belajar serta beroleh ilmu kerana ilmu itu panduan hidup. Sayangilah ilmu yang anda telah belajar selama enam tahun ini. Oleh itu dalam masa yang singkat ini penuhilah dada anda dengan ilmu, dan teruskan menghayatinya sehingga menjelang hari peperiksaan.


Semoga sifat penyayang ini akan membakar semangat anda untuk terus belajar dan mencapai kejayaan yang bakal menanti anda nanti.

Sumber Portal Pendidikan Utusan

Baca seterusnya...

Perak Spelling Day

Baca seterusnya...

Bijak Bahasa Bil 4/2009


EH, SALAH TU !

1. Kebanyakkan pelajar suka membuang masa begitu
sahaja.

2. Kebanyakan para pelajar lebih suka bermain
daripada membaca buku.

3. Kebanyakan pelajar lebih suka bermain dari
membaca buku.

4. Saya lahir pada bulan Febuari.

5. Kakak saya pula lahir pada bulan March.

SEPATUTNYA

1. Kebanyakan pelajar suka membuang masa begitu
sahaja.

2. Kebanyakan pelajar lebih suka bermain daripada
membaca buku. (perkataan ‘para’ tidak perlu)

3. Kebanyakan pelajar lebih suka bermain daripada
membaca buku.

4. Saya lahir pada bulan Februari. (Ejaan yang betul)

5. Kakak saya pula lahir pada bulan Mac. (Ejaan yang
betul)

Sumbangan En Mohd Nasir B Hj Samsuri
(Guru Cemerlang Bahasa Melayu)

Baca seterusnya...

Siapakah Kita ?

Baca seterusnya...

Pelancaran Bulan Membaca

Isnin 6 Julai 2009, Pelancaran Bulan Membaca telah dilaksanakan semasa perhimpunan pada pagi ini . En Mohd Salji B Mohd Yunus selaku PK 1 telah merasmikan majlis tersebut kerana Guru Besar menghadiri mesyuarat di PPD. Dalam ucapannya, beliau banyak menyentuh tentang kepentingan membaca dalam kehidupan seharian. Setiap murid hendaklah mengamalkan sikap suka membaca. Membacalah mengikut kebolehan masing-masing walaupun dengan cara mengeja. Lama kelamaan pasti akan dapat menguasai bacaan dengan lancar.

Antara aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang bulan membaca ini ialah :

1. Minda Pagi.
2. Teka Gambar.
3. Warisan Bangsa - Menjawikan Tulisan Rumi.
4. Melukis Poster Bulan Membaca .
5. Teka Silang Kata.
6. Reading Aloud.
7. Teka Buku.
8. Penulis Muda.
9. Pameran dan Jualan Buku.
10. Majlis Pelancaran dan Majlis Penutupan.

Tema Bulan Membaca tahun ini ialah " Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya".

Seoga aktiviti yang dirancang dapat berjalan lancar hendaknya. Tahniah kepada En Nordin B Jaafar (Blogger PSS) selaku Pegurus Projek Bulan Membaca.

Baca seterusnya...

Karnival Puteri Islam Daerah Kerian 2009

Sabtu 4 Julai 2009, Karnival Puteri Islam Daerah Kerian 2009 telah diadakan di SMK Muzaffar Shah, Simpang Empat semanggol. Beberapa orang peserta dari SKPHT telah menyertai aktiviti memsang khemah dan membina gajet. Tahniah kepada dua orang peserta Puteri Islam SKPHT yang telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan memasang khemah. Tahniah kepada jurulatih yang telah memberikan tunjuk ajar dan latihan semenjak beberapa hari yang lalu.

latihan Intensif

Kejayan hasil latihan

Baca seterusnya...

Bijak Bahasa Bil 3/2009


EH, SALAH TU !
1. Emak sedang menggoreng mee.

1. Ayah membeli dua naskah akhbar.

2. Majlis itu diresmikan oleh Menteri Besar.

SEPATUTNYA ...

1. Emak sedang menggoreng mi.

2. Ayah membeli dua naskhah akhbar.

3. Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Besar.

KETERANGAN

1. Ejaan yang betul ialah mi , BUKAN mee.

2. Ejaan yang betul ialah naskhah, BUKAN
naskah

3. Perkataan yang betul ialah dirasmikan,
BUKAN diresmikan.

Gunakanlah bahasa Melayu dengan betul.

Sumbangan En Mohd Nasir B Hj Samsuri (Guru Cemerlang Bahasa Melayu)

Baca seterusnya...

Bijak Bahasa Bil 2/2009


Salam sejahtera, bertemu kita sekali dalam topik
Kata sendi nama “terhadap”

Membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut yang tertentu sama ada manusia, haiwan, atau benda.

(a) Seorang ketua harus bersikap adil terhadap anak
buahnya.

(b) Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang.

(c) Jangan bersikap biadap terhadap orang tua.

(d) Kasih sayang Norhayati terhadap ibu bapanya elok
dicontohi.

(e) Air bersikap lengai terhadap logam.

(f) Kajian terhadap beberapa ekor lembu tenusu
menunjukkan dapatan yang agak menarik.

Kata Sendi “terhadap” tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang berbentuk mujarad seperti kejujuran, kebajikan, kesejahteraan.

(g) Penghulu itu mengambil berat terhadap
kebajikanpenduduk kampung. (salah)

(g) Penghulu itu mengambil berat tentang kebajikan
penduduk kampung. (betul)

Sumbangan En Mohd Nasir B Hj Samsuri
(Guru Cemerlang bahasa Melayu)

Baca seterusnya...

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?..
"

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail a.s berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Baca seterusnya...

Info Bulan hijrah


Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Baca seterusnya...

Bijak Bahasa Bil 1/2009

Salam sejahtera.

Bertemu kita dalam ruangan Bijak Bahasa. Diharap keluaran sulung ini akan dapat menyumbang sesuatu bagi meningkatkan kualiti penggunaan bahasa Melayu kita dalam kehidupan seharian.

Kali ini, para pembaca akan didedahkan tentang kesalahan perkataan yang sering dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu.

EH, SALAH TU !

1. Ketua pejabat itu sentiasa curiga terhadap
kejujuran anak buahnya.

2. Kerajaan memberi perhatian terhadap kesejahteraan
rakyat.

SEPATUTNYA ...

1. Ketua pejabat itu sentiasa curiga tentang kejujuran
anak buahnya.

2. Kerajaan memberi perhatian tentang kesejahteraan
rakyat.

KETERANGAN

Kata Sendi “terhadap” tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang berbentuk mujarad seperti kejujuran, kebajikan, kesejahteraan.

Sumbangan En Mohd Nasir B Hj Samsuri
(Guru Cemerlang Bahasa Melayu)

Baca seterusnya...

Halal Food

Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini.