Dah Potong ...?


Cuti persekolahan akhir tahun telah bermula. Selama sebulan lebih murid-murid akan bercuti. Pelbagai aktiviti telah diatur oleh keluarga mrid-murid khasnya bagi murid lelaki yang belum berkhatan. Inilah masa yang paling sesuai bagi mereka yang belum berkhatan untuk berkhatan. Rasanya ibubapa telahpun mengatur hari dan masa yang sesuai untuk mengkhatankan anak mereka.

Zaman sekarang ini ada berbagai kaedah bekhatan. Ada yang memilih secara tradisional dan ada yang sukakan cara yang moden. Sakit tetap sakit. Tak nak sakit tak payah berkhatan. Saya dahulu berkhatan ketika berumur 7 tahun (darjah 1) bersama abang saya 9 tahun (darjah 3) secara tradisional. Apakah yang dikatakan berkhatan atau bersunat itu ?

Baca seterusnya...

Salam Aidil Adha

Photobucket

Al-Fatihah buat bekas guru SKPHT

Isnin 23 Nov 2009 - Sudah agak lama saya tidak melihat portal PPD Kerian.Pagi ini apabila saya melihat portal PPD Kerian, saya terbaca banner pada permulaan portal (Seperti di atas) yang menceritakan tentang kembalinya En Eklass B Ibrahim ke rahmatullah pada 21 Nov 2009. Beliau pernah bertugas di SKPHT. Saya tidak sempat mengenali beliau kerana beliau telah bertukar ke sekolah lain sewaktu kedatangan saya ke SKPHT. Walaubagaimanapun saya pernah mendengar cerita mengenai beliau dari rakan-rakan di SKPHT semasa berbual di kantin atau bilik guru. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau ... Al-Fatihah.

Penghayatan Aidil Adha

Rasanya ini adalah acara yang terakhir bagi tahun 2009 ini. Hari ini jumaat 20 Nov 2009 merupakan hari terakhir sesi persekolahan 2009. Panitia Pendidikan Islam telah melaksanakan satu program yang dinamakan 'Program penghayatan Aidil Adha'. Seawal jam 8.30 pagi semua murid berkumpul di dewan untuk mengikuti satu ceramah khas berkaitan dengan Adil Adha, peristiwa Qurban dan ibadah haji dan yang berkaitan dengannya.

Penceramah undangan ... Tn Hj Muhd Yazid B Rumbali

En Shahrim selaku pengacara majlis sedang menyampaikan ucapan aluan

Pihak sekolah telah menjemput Ustaz Tn Haji Muhd Yazid B Rumbali iaitu seorag guru j-QAF dari SK Teluk Medan, Bagan Serai, Perak untuk menyampaikan ceramah. Beliau merupakan seorang lulusan universiti Al-Azhar mesir. Beliau telah menggunakan kemairan ict dalam menyampaikan ceramahnya dimana ianya lebih menarik tumpuan dan minat murid.

Guru Besar ( Pn Hjh Hayati Bt Shamsudin) sedang menyampaikan ucapan

Banyak perkara yang disampaikan berkaitan sejarah qurban dan ibadah yang berkaitan dengan Aidil Adha seperti ibadah haji. Tahniah kepada semua warga SKPHT yang bekerjasama dalam menjayakan acara ini. Semoga kita semua mendapat keampunan dan keberkatan dari Allah SWT.
Tn Hj Yazid sedang menyampaikan ceramah dengan penuh bersemangat

Terima kasih daun keladi ... penceramah menerima cenderahati dari guru besar

Baca seterusnya...

Debaran Kini Berakhir


Debaran penantian sejak beberapa minggu yang lalu kini berakhir. Pada hari ini khamis 19 November 2009 telah diumumkan keputusan UPSR. Semua calon kini telah merima slip keputusan UPSR dari sekolah masing-masing. Pada tahun ini hanya seorang murid sahaja yang berjaya mendapat 5A, beliau ialah Nor Syahira Bt Shahrim. Tiga orang murid bejaya mendapat 4A 1B, mereka ialah Mohd Mirza B Kornaine , Zarifah Syahirah Bt Suhaili dan Norhidayah Bt Mat Din. Tahniah kepada yang berjaya dan jangan putus asa kepada yang kurang berjaya. Ingat … perjalanan anda masih jauh lagi.Teruskan usaha.

Hari Anugerah Kecemerlangan


Hari Anugerah Kecemerlangan 2009 telah memperlihatkan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh semua warga SKPHT tanpa mengira status pangkat dan bidang tugas. Sebelum berlagsungnya majlis tersebut semua warga SKPHT telah melaksanakan apa 'yang patut' tanpa mengira bidang tugas dan status pangkat. Baik guru besar atau penolong kanan, apatah lagi guru biasa dan pekerja, semuanya menyinsing lengan bekerjasama bagi memastikan majlis yang bakal dilaksanakan berjalan lancar.

Baca seterusnya...

Banjir di Kerian semakin buruk


Bagan Serai 15 Nov. - Keadaan banjir di Perak bertambah buruk dengan Kerian menjadi daerah terbaru dilanda banjir dengan seramai 450 orang dipindahkan ke tiga buah pusat permindahan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata, mereka yang dipindahkan terdiri 116 buah keluarga dari Kampung Changkat Lobak, Kampung Selekoh, Kampung Beriah, Parit Simpang Empat dan Parit Simpang Lima dan Kampung Matang Tengah.

Mereka dipindahkan sejak pukul 8 pagi ini berikutan air dari kolam Bukit Merah dan empangan melimpah berikutan hujan lebat sejak empat hari lepas menyebabkan kampung berkenaan ditenggelami air sedalam lebih satu meter, katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya Jalan Alor Pongsu-Selama di Km13 hingga Km17 ditutup kepada semua kenderaan.

Sementara itu, sebanyak 72 mangsa banjir di daerah Larut Matang dan Selama masih berada di pusat pemindahan.

— BERNAMA

Motivasi Pra UPSR 2010


Jumaat 13 Nov 2009 - Hari ini murid tahun 4 dan 5 berpeluang mengikuti satu program motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Seorang motivator dari Jabatan Pelajaran Pulau Pinang iaitu Tn Hj Bohari B Samsudin telah menyampaikan motivasi tersebut. Program bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir 2 jam kemudian. En Khairudin B Ibrahim selaku pengacara memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan dan kemudian diikuti dengan ucapan Pn Hjh hayati Bt Samsudin iaitu guru besar SKPHT.


Baca seterusnya...

Ikan Wadi

Ikan wadi @ Pakasam..mmm…nyamannn…sedap…

Sekarang ni musim hujan dah mula menjelma. Kalau zaman saya bebudak dulu, musim hujan ni memang saya suka memukat ikan di sawah. Biasanya ikan sepat la . Ikan sepat yang sebesar telapak tangan akan dipilih untuk diproses oleh emak saya untuk dijadikan IKAN WADI. Apa benda ikan wadi tu ?

Baca seterusnya...

Kelajuan internet di Malaysia

Information, Communications, Culture and Arts Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said there were numerous complaints on how expensive it was to obtain IT services here, while the quality — particularly connection availability and speed — was not up to expectation.

“The Government would also like to know why the cost for IT services is high in Malaysia. Consumers’ main grouse is that they are charged more compared with users in other countries but the quality of service is not up to mark.

Baca seterusnya...

Cuti Peristiwa

Isnin 9 Nov - Hari ini para pendidik dan para pelajar SKPHT BERCUTI kerana keletihan selama dua hari menjalani aktiviti perkhemahan koko pada hari jumaat dan sabtu yang lalu. Ingat ... isnin sahaja cuti, esok selasa datang bertugas seperti biasa.Masih banyak yang perlu dibereskan sebelum cuti panjang menjelang. Kita masih ada satu program yang akan dilaksanakan iaitu Hari Anugerah Kecemerlangan yang akan berlangsung pada 17 Nov 2009 .

Perkhemahan Hari Kokurikulum


Perkhemahan hari kokurikulum telah berlangsung pada 6 dan 7 Nov 2009 . Penat masih terasa hingga terlupa untuk update blog ini. Aktiviti bermulapada jam 9.30 pagi 6 Nov 2009 dengan aktiviti pembahagian kumpulan, taklimat dari kem komandan dan mendirikan khemah. Bagaimanapun acara mendirikan khemah ditangguhkan kesebelah petang kerana hujan lebat disebelah pagi.Tahun ini khemah didirikan di dataran perhimpunan kerana keadaan padang yang basah ditimpa hujan.


Baca seterusnya...

Persiapan Hari Kokurikulum

Persiapan akhir sedang giat dijalan untuk mengadakan hari kokurikulum yang akan dijalankan pada hari jumaat dan sabtu ini (6 dan 7 Nov 2009). Seperti tahun-tahun yang lepas, hari kokurikulum merupakan hari perkhemahan unit berunifom. Murid-murid akan didedahkan dengan beberapa aktiviti lasak semasa perkhemahan tersebut. Salah satu aktiviti yang menarik minat murid ialah kemahiran memasang khemah. Hari ini beberapa orang guru dan murid sibuk memeriksa dan memperbaiki khemah yang rosak bagi memastikan ianya dapat digunakan semasa perkhemahan nanti.Murid-murid juga dilatih memasang khemah dengan cara yang betul. Kebanyakan murid sudah tidak sabar menanti detik hari kokurikulum tersebut.

Menziarahi Bekas Guru Besar

Kati, Kuala Kangsar, Ahad 1 Okt 2009 - Selepas kenduri di rumah Cikgu Nasir, seramai 9 orang guru dari SKPHT telah bertolak ke kampung Kati iaitu di Kuala Kangsar dengan manaiki 4 buah kereta untuk menziarahi bekas guru besar SKPHT sesi 2007/2008 iaitu Tn Hj Kamarudin B Mahayudin yang sedang sakit. Kami tiba dirumah beliau sekitar jam 3.00 petang.

Beliau kini mengalami sakit barah. Sewaktu kami menemui beliau, keadaannya begitu uzur dan sudah tidak dapat melihat dan mengenali kami lagi. Menitis air mata kami apabila melihat keadaan beliau terutama apabila mengenangkan kebaikan beliau kepada kami semua. Begitu bayak jasa beliau di SKPHT. Saya masih terbayang bagaimana beliau sendiri mengecat surau dan membaiki paip air di tempat wudhuk yang bocor. Beliau telah menaik taraf surau dengan membina tempat wuduk yang selesa untu lelaki dan perempuan. Semoga Allah menyembuhkan penyakitnya dengan seberapa segera dan dapat berkihdmat seperti biasa.

Beliau kini sedang bertugas sebagai guru besar di SK Bendang kering, Kuala Kangsar dan akan pencen pada tahun hadapan iaitu tahun 2010.

Menjadi Tatamu Allah

Bagan Serai Ahad 1 Okt 2009 - Tepat jam 11.00 pagi telah berlangsung majlis bacaan yaasin dan tahlil serta doa selamat di rumah En Mohd Nasir b Hj Samsuri iaitu di Taman Serai Mayang, Bagan Serai. Beliau merupakan salah seorang guru di sekolah ini yang akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini bersama isteri nya iaitu Pn Norhayati Bt Abd Hamid yang kini sedang bertugas sebagai guru di SK Matang Gerdu.

Seramai kira-kira 150 tetamu menghadiri malis tersebut untuk sama-sama mendoakan semoga beliau dan isteri dan para jemaah haji yang lain selamat menjalani ibadah haji dan umrah serta mendapat haji yang mabrur. Majlis bacaan yaasin dan tahlil diketuai oleh ust Abu Bakar B Samsuri iaitu imam 1 Masjid Bagan Serai.

Baca seterusnya...

Sekolah Satu Aliran Akan Dilaksanakan Dengan Persetujuan Rakyat

KUALA LUMPUR, 31 Okt - Kerajaan akan mengambil kira pandangan rakyat sebelum membuat keputusan melaksanakan sekolah satu aliran bagi menjaga sensiviti kaum di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan hanya mengubah sesuatu dasar sekiranya dipersetujui rakyat dan jika sebaliknya, dasar sedia ada akan dikekalkan.

Beliau berkata perubahan kepada sistem satu aliran memerlukan anjakan besar daripada segi dasar dan ia juga menimbulkan persoalan sama ada masyarakat negara ini bersedia untuk menafikan hak memilih jenis pendidikan.

Baca seterusnya...

Halal Food

Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini.