Menziarahi jenazah bekas GB

Selepas mendapat berita mengenai pemergian arwah Hj Kamarudin iaitu bekas guru besar SKPHT sesi 2007/2008 maka saya telah menghubungi rakan-rakan dengan tujuan untuk bersama-bersama menziarahi jenazah beliau. Jam 10.00 pagi kami seramai 6 orang telah bertolak dengan sebuah kereta (Avanza).

Kami menaiki kereta yang dipandu oleh PK 1 iaitu En Mohd Salji B Hj Yunus. Turut sama ialah guru besar iaitu Pn Hjh Hayati Bt Samsudin, PK HEM iaitu En Mohd Kamal b Hj Sabri, En Helmy Awang , saya dan Pn Masrah (kerani). Kami melalui jalan biasa terus menuju kerumah beliau iaitu di pekan Kati, Kuala Kangsar. Perjalanan mengambil masa 50 minit untuk sampai. Kami sampai sekitar jam 10.50 pagi. Rasanya En Salji memandu dengan agak laju juga, habis kenderaan yang lambat dipotong beliau. Risau saya dibuatnya. Memang begitu keadaannya, orang yang biasa memadu akan merasa risau apabila menumpang kereta yang dipandu oleh orang lain.

Setibanya kami dirumah beliau, jenazah telahpun selesai disembayangkan dan telah dibawa ke tanah perkuburan. Tanah perkuburan terletak agak jauh dai rumah beliau iaitu di atas bukit. Menurut beberapa orang yang ditemui menyatakan bahawa agak sukar untuk ke sana jika tidak biasa. Kami mengmbil keputusan hanya menziarahi keluarga beliau yang masih ada di rumah beliau seperti isteri dan sudara mara perempuan yang tidak ke tanah perkuburan.

Menurut adik ipar beliau yang ditemui menyatakan bahawa beliau meninggal sekitar jam 10 malam. Solat jenazah telah di imamkan oleh salah seorang anak lelaki beliau sendiri yang bekerja sebagai guru.

Banyak kenangan manis dan jasa beliau semasa bertugas di SKPHT. Semoga Allah mecucuri rahmat ke atas roh beliau - Al Fatihah.


0 ulasan:

Halal Food

Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini.