Malaysia belasah Thailand 2 - 1



Ini adalah video Malaysia VS Thailand semalam.

Malaysia menang 2-1 hasil jaringan Nasriq pada minit 81 dan Fakri pada minit ke 90. Semasa saya membaca akhbar mengenai perlawanan ini, minda saya secara automatik berkata Malaysia akan kalah setelah kekalahan Malaysia 1 -3 kepada pasukan Vietnam sebelum ini.Tahniah kepada anak muda skuad bolasepak Malaysia. Ini sekaligus melayakkan Malaysia ke separuh akhir menentang Laos.

Thailand yang lapan kali juara sukan sea dan merupakan gergasi bolasepak Asean pula dikiritik hebat oleh media di sana. Biasalah kalau menang dipuji melambung tetapi kalau kalah kena kutuk. Syabas ... satu permulaan yang baik dan usaha sehingga dapat pingat emas. Bukan kah Malaysia Boleh ... buktikan.

1 ulasan:

Tanpa Nama,  13 Disember, 2009 22:37  

Malaysia memang pelik sikit.Dengan team kuat menang tapi dengan team lemah kalah . Kita tengok siapa yg menang nanti.

Halal Food

Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini.