Penghayatan Nuzul Quran
Hari ini kebanyakan negeri bercuti kerana peristiwa Nuzul Quan. Kita sering diberi pendedahan supaya menghayati sesuatu peristiwa sejarah ulang tahun seperti kemerdekaan negara dan lain-lain lagi. Adalah tidak adil jika kita hanya bercuti Nuzul Quran tanpa mengetahui dan menghayati peristiwa tersebut. Lebih malang lagi jika kita idak mengambil peluang dan kesempatan untuk mengisi malam dan siang harinya dengan amal ibadah pada hari dan bulan yang berkat ini.Apakah yang dimaksudkan dengan Nuzul Quran Tersebut ? Kebanyakan kita masih kabur dengan Nuzul Quran tersebut termasuklah apa yang saya baca dari beberapa laman web internet.
Dimaksudkan dengan penurunan al-Quran pada Ramadan ialah penurunan dari Luh al-Mahfuz ke Bayt al-'Izzah di langit dunia secara keseluruhan (jumlatan wahidatan), kemudian baru diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah saw selama 23 tahun.
Ini berdasarkan firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada malam penuh berkat." (Surah al-Dukhan ayat 3). Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) pada malam kemuliaan." (Surah al-Qadr, ayat 1). Firman-Nya bermaksud: "Ramadan, bulan yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi umat manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (di antara yang hak dan batil)." (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Peristiwa Nuzul al-Quran ini seharusnya dihayati oleh umat Islam kerana ia menjadi asas keimanan terhadap al-Quran bahawa ia adalah kalam Allah.
Tarikh peristiwa Nuzul Quran itu ada perselisihan pendapat di kalangan ulama. Sumber hadis tidak sahih, ada yang mengatakan 7hb, 14 hb, 21hb tapi sebahagian besarnya berpendapat ia berlaku pada 17 Ramadhan. Lalu peristiwa nuzul Quran pd 17 Ramadhan itu juga dengan sendirinya adalah peristiwa perlantikan Nabi SAW sebagai Rasul yang terakhir.
Penurunan Quran sebagai wahyu kepada Nabi SAW juga berlaku dengan istimewa. Dari Loh Mahfuz (langit ketujuh) Allah SWT menurunkannya sekaligus (30 juzu’) ke langit dunia. Dan dari langit dunia Jibrail a.s menurunkannya (menyampaikan) sedikit demi sedikit kepada Nabi SAW selama 23 tahun.
Berkaitan dengan itu juga, wahyu pertama yang disampaikan oleh Jibrail a.s kepada Nabi SAW itu adalah pada malam Lailatul-Qadar iaitu berdasarkan surah Al-Qadr.
Namun pengkisahan perisitwa di atas hanyalah sebagai pengenalan kepada kita dalam mengenali Nuzul Quran. Lebih dari itu, yang lebih penting adalah perlunya umat Islam menghayati pengajaran dalam peristiwa Nuzul Quran itu. Jika dilihat, ayat pertama (wahyu) yang diturunkan iaitu “Bacalah” adalah asas kepada perlunya kita kembali kepada membaca dan memahami Quran.
0 ulasan:
Catat Ulasan