Bekas Guru Besar SKPHT kembali ke Rahmatullah

Ahad 13 Sept 2009, Kira-kira jam 6.00 petang saya menerima panggilan telefon dari sahabat saya mengenai pemergian bekas guru besar SK Parit Haji Taib iaitu Puan Fatimah Bt Md Tahir ke Rahmatullah. Saya begitu terkejut kerana setahu saya beliau tidak mempunyai sebarang penyakit. Rupa-rupanya beliau telah mengalami satu kemalangan jalan raya di Sungai Bogak sewaktu dalam perjalanan pulang dari menziarahi kematian di Taman Seri Kurau. Kejadian berlaku sekitar jam 3 petang. Beliau bersama suaminya berada dalam satu kenderaan telah bertembung dengan kereta dari arah bertentangan. Suami beliau mengalami kecederaan yang parah dan kini sedang dirawat di unit ICU Taiping. Allahyarhamah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Bakau (Kampung kelahiran beliau) pada hari isnin 14 sept 2009 kira-kira jam 9.20 pagi.

Semasa kejadian ini, beliau merupakan guru besar di SK Kuala Kurau. Beliau pernah menjadi guru besar di SK Parit Haji Taib pada tahun 2004 dan 2005. Selepas itu menjadi guru besar di SK Matang Jelutong dan kemudian menjadi guru besar di SK Kuala Kurau. Sepanjang mengenali dan berkhidmat dengan beliau, secara peribadi suka saya nyatakan bahawa beliau adalah seorang yang peramah dan mudah mesra baik dengan sesama guru, ibu bapa atau dengan murid. Beliau juga seorang yang pemurah dan mengambil berat perkara berkaitan kebajikan murid dan hal ehwal agama.

Saya tiada koleksi gambar untuk dikongsi. Walaubagaimanapun wajah beliau sentiasa tenang dan ceria. Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah. Al-Fatihah.

0 ulasan:

Halal Food

Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini.