Khatam Al-Quran dan Penutupan Ihya' Ramadhan 1430H

Khamis 17 sept 2009, Satu majlis khatam al-quran dan penuutupan ihya' ramadhan telah berlangsung di dewan kantin SK Parit Haji Taib. Majlis tersebut dibawah kelolaan Panitia Pendidikan Islam SKPHT. Semua guru dan murid SKPHT telah berkumpul di dewan kantin bermula jam 10.30 pagi.

Encih Shahrim B Shuib selaku pengacara majlis memulakan majlis dengan meyampaikan ucapan aluan dan memberikan sedikit penerangan mengenai perjalanan majlis pada hari ini. Acara diteruskan dengan majlis khatam al-quran yang diketuai oleh Tn Hj Mohamad Khairuddin. Seramai 15 orang murid tahun 6 yang telah khatam al-quran telah mempersembahkan bacaan ayat-ayat lazim yang biasa dipersembahkan dalam majlis khatam al-quran. Walaupun ramai murid yang telah khatam al-quran dari kelas yang lain, tetapi hanya murid tahun 6 sahaja yang dipilih untuk menyertai acara ini sebagai penghormatan kepada mereka kerana pada tahun hadapan mereka akan meninggalkan sekolah ini.

Selesai doa majlis diteruskan dengan ucapan guru besar iaitu Pn Hjh Hayati Bt Samsudin. Banyak nasihat yang disampaikan khusus mengenai adab-adab berhari raya kepada murid-murid. Acara kemuncak adalah penyampaian wang zakat sumbagan Bank Rakyat kepada anak-anak yatim dan miskin. Duit raya juga diberikan kepada semua murid hasil sumbangan para guru dan staf sekolah ini.

Sebelum bersurai, murid-murid bersalaman memohon ampun dan maaf kepada para guru sambil mnerima duit raya yang disampaikan oleh guru besar. Suasana begitu meriah kerana semua murid berpakaian baju raya dan menerima duit raya. Tahniah kepada semua guru yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis ini.

Berkumpul di dataran perhimpunan sebelum masuk ke dwan

Gambar kenangan murid tahun 6 Cemerlang

Gambar kenangan murid tahun 6 Gemilang

En Shahrim Shuib - Pengacara majlis

Hj Mohd Khairuddin menyampaikan penerangan sebelum memulakan majlis khatam al-quran

Peserta khatam al quran lelaki

Peserta khatam al quran perempuan

Murid-murid khusyuk mengikuti bacaan al quran

Guru Besar menyampaikan sumbangan untuk anak yatim dan miskin



Bersalam salaman ... bermaaf-maafan

0 ulasan:

Halal Food

Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini.