Salam Maulidur Rasul

MEMANTAP UKHUWAH , MEMPERKASA UMMAH ... Itulah tema sambutan Maulidur Rasul tahun 1431 ini. Saban tahun apabila tiba bulan Rabiul Awwal maka waktu itu sibuklah kita untuk mengadakan majlis memperingati peristiwa kelahiran junjungan besar saw. Memang sewajarnya kita sebagai umat Islam menghargai pengorbanan yang telah dilakukan oleh nabi Muhammad saw.

Pelbagai acara diadakan seperti perarakan, membaca maulid berzanji, tahlil , ceramah dan kenduri memberi jamuan makan kepada saudara seagama dan lain-lain. Sememangnya perkara ini elok dilakukan daripada tidak berbuat apa-apa aktiviti sambutan. Sebenarnya pengertian Maulidur Rasul ini tidak hanya setakat itu. Bukan dek kerana semua majlis itu, boleh menunjukkan kecintaan kita pada Rasul S.A.W. yang kita imani. Pengertian yang sebenar dan lebih berbentuk realiti bukan sekadar majlis Maulidur Rasul bersifat sambutan semata.

Kita sebagai umat Nabi S.A.W. disyariatkan untuk mencintai Nabi lebih dari mencintai diri sendiri. Sabdanya, tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia lebih mengasihi aku dari dirinya sendiri. Ukuran kita mencintai Rasul S.A.W. ialah dengan ukuran pada kepentingan diri sendiri. Betapa kita mementingkan diri sendiri sekalipun, adalah mementingkan Rasul S.A.W. lebih baik dan dikira beriman. Mementingkan Rasul S.A.W. di sini ialah dalam erti kata mentaatinya dan mengerjakan segala syariatnya. Sesiapa yang mentaati aku maka dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang derhaka padaku nescaaya dia menderhakai Allah, itu sabda Rasul S.A.W.

Akhirnya, marilah kita mengamalkan segala sunnah Rasulullah saw sama ada yang sunat mahupun yang wajib. Nak hurai mengenai sunnah yang wajib dan sunat ni pun panjang juga. Cukup banyak perkara yang hendak dibincangkan mengenai rasulullah saw ini. Cukup rasanya jika kita dapat mengamalkan segala sunnahnya. Sekian untuk kali ini.



0 ulasan:

Halal Food

Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini.