SMS HARI GURU

Hari ini 16 Mei 2009 merupakan hari guru. Seperti biasa saya mendapat banyak sms mengucapkan selamat hari guru. Semuanya dari warga pendidik.....

"Dulu DIA pegang rotan, kau kata DIA garang... Bila DIA lambat masuk kelas, kau kata DIA malas... Bila DIA marah-marah, kau kata DIA melampau... KINI... KAU adalah DIA! SELAMAT HARI GURU CIKGU!!!"
"Ingatkan campak, rupanya jerawat batu. Ngajar bagai nak rak, bebudak buat tak tahu. Rasa macam nak sepak, takut kena serbu. Mai sini nak habaq, "SELAMAT HARI GURU!"

"Banyak dapat BUNGA? *Tanda tugas guru mengharumkan dunia. Dapat PEN? *Tanda guru bijak melakar kata. Dapat PEMADAM? *Tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta. Dapat SMS? *Tanda guru sentiasa di ingatan! *SELAMAT HARI GURU

"GURU... Dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawa ada mesranya, dalam diam ada bijaksana, dalam tangannya kita terbina... Berbahagialah menjadi GURU... Selamat Hari Guru Semoga sukses dan dilindungi Allah SWT"

"No greeting card to send... No sweets to give... No cute graphics to forward... Just A LOVING HEART saying "HAPPY TEACHER'S DAY 2009"

"Guru...
Moga Amal membentuk kesabaranmu, Moga Iman perisai kemuliaanmu, Moga Taqwa menjadi benteng peribadimu, Semoga syahid menjadi milikmu... Selamat Hari Guru..."

"Guru ibarat matahari yang terus memancarkan sinarnya, tanpa jemu dan bimbang. Berbahagialah guru yang ikhlas berbakti mengharap redha Ilahi... SELAMAT HARI GURU!"

"Mak cakap CIKGU macam MEGI, makanan rutin time susah...
Ayah cakap CIKGU macam D'SEEKERS, menakutkan... Atuk cakap CIKGU macam ASTRO, macam-macam ada... Tapi Saya cakap CIKGU macam L'OREAL, kerana dirimu begitu berharga! SELAMAT HARI GURU!"

"Adakala dicaci, adakala kita dimusuhi, adakala kita dimarahi,
adakala kita tidak dihargai...
Tapi kita tetap tersenyum pilu, kita tetap mara melangkah,
kita tetap sabar dan tekun, kita tetap jitu dan ikhlas...
SELAMAT HARI GURU!"

"Bad TEACHER complains, Good TEACHER explains, Better TEACHER demonstrates, Best TEACHER motivates, Great TEACHER inspires...
HAPPY TEACHER'S DAY..."

"Jadilah GURU yang hadirnya dinanti dan perginya dirindui kerana mencari GURU yang sentiasa jujur ibarat mencari sebutir permata di sebalik timbunan kaca...
SELAMAT HARI GURU..."

"Kalau nak kaya jangan jadi GURU. Kalau nak glamour jangan jadi GURU.
kalau nak banyak kerja jadilah GURU. Kalau nak kena marah dengan mak bapak budak, jadilah GURU! SELAMAT HARI GURU walaupun tak berapa selamat jadi guru... hehehe..."

"A teacher is an artist who paints not on canvas but on children's souls giving the them a colourful and wonderful world. May Allah bless you.
Happy Teacher's Day!"

Huh... terharu pulak aku membacanya... ini adalah sebahagian kata-kata dari sms sahabat-sahabatku para pendidik dari seluruh Malaysia.



1 ulasan:

tempirai tagar,  18 Mei, 2009 20:13  

salam..selamat hari guru,guru pembimbing sasiahku,guru pembentuk rohaniku...syabas dengan penampilan blog ini yang mengembangkan lagi info terkini SKPHT dihadapan marhaen seantero didalam kemudahan aplikasi teknologi maklumat..tahniah kepada pemilik yg mencorak blog ini yang mudah didekati(paham)..2 bintang untuk saufi hj ihaq..





isma_halil@yahoo.com
blogger@peraknetwork

Halal Food

Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini.