AKTIVITI MEMBACA YAASIN TH 6
Bermula pada hari jumaat 29 Mei 2009 jam 7.45 pagi, aktiviti membaca Yaasin bagi murid-murid tahun 6 akan diteruskan pada setiap pagi jumaat sehinggalah murid-murid tahun 6 selesai mengambl UPSR. Aktiviti diketuai oleh Ustaz Mohamad Khairuddin B Ramli dan disertai bersama dengan guru-guru yang free pada waktu tersebut.
Aktiviti ini bertujuan untuk memohon restu dan keberkatan dari Allah SWT semoga murid-murid tahun 6 khususnya berjaya dalam UPSR , disamping untuk melatih murid melancarkan bacaan AlQuran serta mendisiplin diri dan beradab dalam majlis keagamaan dan dalam kehidupan seharian.
0 ulasan:
Catat Ulasan