AKTIVITI MEMBACA YAASIN TH 6

Bermula pada hari jumaat 29 Mei 2009 jam 7.45 pagi, aktiviti membaca Yaasin bagi murid-murid tahun 6 akan diteruskan pada setiap pagi jumaat sehinggalah murid-murid tahun 6 selesai mengambl UPSR. Aktiviti diketuai oleh Ustaz Mohamad Khairuddin B Ramli dan disertai bersama dengan guru-guru yang free pada waktu tersebut.

Sebahagian dari murid lelaki yang sedang membaca Yaasin

Sebahagian dari murid perempuan

Setelah selesai aktiviti membaca Yaasin, aktiviti diteruskan dengan P&P Amali Solat. Pada kali ini murid-murid melakukan amali solat sunat hari raya.

Baca seterusnya...

SAMBUTAN HARI GURU 2009

Sambutan hari guru tahun ini diadakan pada hari isnin 18 Mac 2009. Majlis sambutan diadakan secara sederhana sahaja. Semua sekolah diarahkan mengadakan majlis sambutan hari guru bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 10.00 pagi.Walaubagaimanapun acara tetap meriah dengan acara pertukaran hadian antara sesama guru dan jamuan ringan. AJK PIBG juga turut hadir bagi memeriahkan acara sambutan hari guru.

Hari guru tahun ini merupakan hari yang amat bermakna pada saya kerana hari ini telah diumumkan keputusan PTK. Alhamdulillah... inilah hadiah paling bermakna pada saya kerana telah berjaya lulus IV dalam kertas umum dan khusus.


Nyannyian lagu "Guru Malaysia"

Baca seterusnya...

SMS HARI GURU

Hari ini 16 Mei 2009 merupakan hari guru. Seperti biasa saya mendapat banyak sms mengucapkan selamat hari guru. Semuanya dari warga pendidik.....

"Dulu DIA pegang rotan, kau kata DIA garang... Bila DIA lambat masuk kelas, kau kata DIA malas... Bila DIA marah-marah, kau kata DIA melampau... KINI... KAU adalah DIA! SELAMAT HARI GURU CIKGU!!!"


Baca seterusnya...

MUTIARA KATA

Hari ini saya menerima satu emel dari sahabat lama yang memberikan begitu banyak mutiara kata atau kata-kata hikmah untuk saya. Marilah kita manfaatkan mutiara kata tersebut dalam kehidupa kita seharian.

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun
hanya sekadar senyuman.

Baca seterusnya...

Halal Food

Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini.