sms raya

Kedatangan 1 Syawal membuatkan HP saya penuh dengan sms raya. Antaranya seperti di bawah ini :

Versi Banjar :

Marut nyiur handak manggangan,
Mainjam kukuran di rumah kulaan,
Tuhuk sudah kita bagayaan,
Ayuhak kita barilaan.

Hayam bahantalok dikatara'an,
Hantalok kahujanan tambuk samuaan,
Talah puasa kita barayaan,
Takurang talabeh ayuh barilaan.

Versi Pantun :

Anak Pak Dollah Makan Lepat,
Makan Lepat Sambil Melompat,
Nak Hantar Kad Raya Dah Tak Sempat,
Pakai SMS Pun OKey What??

Tinggi sungguh terbang Rajawali,
Bintang di langit yang dicari,
Manusia di pagi Raya juga mencari,
Ampun maaf menyusun sepuluh jari

Pergi ke kedai membeli santan
santan di letak di atas peti
silap dan salah minta dimaafkan
jangan disimpan di dalam hati

Pandu cermat perlahan-lahan
insyaAllah, selamat diperjalanan
hidup tentu banyak kesalahan
sempena raya kita bermaafan

Sungguh tidak dapat diduga
cempedak diidam dapat kelapa
raya tu raya juga
ibadah dan solat jangan dilupa

Sungai disusur sehari-hari,
dalam gelap menangkap ikan,
aku menyusun sepuluh jari,
salah dan silap harap maafkan.

Tebing berlembah jangan diredah,
Takut tersasar, masuk ke paya;
Puasa sudah, berzakat pun sudah,
Kini tiba berhari raya.

Kian jauh tirai ramadhan,
Kian dekat lambaian syawal,
Luhur iman ikhlas amalan,
Luhur ibadat diberkati tuhan.

Versi Puisi :

Walau langkah tak bertemu,

tangan tak berjabat,
ucap tak terdengar,
namun hati ini mengucapkan...
“MINAL AIDIN WALFAIZIN”
mohon maaf zahir dan batin,
Di mana-mana sahaja berada......

Mata kadang kala salah melihat....
Maka Jari kadang kala salah menaip....
Mulut kadang kala salah bercakap....
Hati kadang kala salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....

Maaf itu mahal,
Kalau terkesan mudah terucap,
bukan maksud hati merendahkan nilainya
Tapi kerana mahalnya itulah,
saya dan keluarga memohonnya dari semua,
agar ikhlas memberinya
Untuk semua...
Agar kita memasuki bulan yang suci,
dengah hati yang suci pula...




1 ulasan:

Tanpa Nama,  03 Oktober, 2008 15:58  

cantik ......lain tahun boleh ambil sms dari log ni.

Halal Food

Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini.