PROGRAM MESRA RAYA AIDIL FITRI

Majlis Mesra Raya Aidil Fitri telah dilaksanakan pada hari Jumaat 10 hb Oktober 2008 bermula jam 8.00 pagi hingga 12 tengah hari.Unit Ko Kurikulum SK.Parit Haji Taib ( SKPHT ) telah menganjurkan Majlis Mesra Raya Aidil Fitri ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKPHT.Semua guru dan murid berpakaian raya.Majlis ini telah dimeriahkan dengan persembahan nyanyian lagu raya dan sketsa oleh murid-murid SKPHT.Pada penghujung majlis murid-murid dan guru-guru menjamu selera dengan makanan dan biskut raya yang telah disediakan.

Rasional :
Memahami dan merayakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri Mesra raya aidil fitri untuk membentuk kerjasama, perasaan muhibah dan semangat persaudaraan antara satu sama lain.

Latar Belakang :
Semua murid SKPHT adalah beragama Islam

Matlamat :
Menerap dan mengekalkan semangat cintakan agama, menghargai diri dan membentuk kerjasama antara satu sama lain.

Objektif :
Melahirkan semangat cintakan agama

  • Melahirkan perasaan saying dan bangga terhadap agama
  • Menanamkan sikap kerjasama, bertolenrasi dan menyayangi sesame individu.
  • Memupuk semangat perpaduan antara sesama anggota masyarakat.

Kumpulan sasaran :

  • 237 orang murid SKPHT
  • 18 orang murid Pra Sekolah
  • Seluruh wargakerja SKPHT
  • AJK PIBG SKPHT
  • Ketua Kampung, Imam dan JKKK Kg Pt Hj Taib

Aktiviti / Tentatif Program :
7.45 pg : Perhimpunan pagi
8.00 pg : Berkumpul di dewan
: Ucapan aluan pengacara majlis
: Nyanyian lagu Negaraku
: Nyanyian lagu Negeri Perak
: Nyanyian lagu Sekolah
: Ucapan perasmian oleh Guru Besar
: Persembahan murid
: Jamuan Raya
: Bermaafan dan bersalaman
12.00 t.hari : Majlis bersurai.

En Mohd Nasir B Hj Samsuri - Pengacara Majlis

Pn Hjh Hayati Bt Samsudin (Guru Besar) - menyampaikan ucapan perasmian

Persembahan murid

Persembahan murid

Guru-guru segak berbaju raya


En Helmey B Awang - Juru Gambar/Video

En Nordin B Jaafar - Blogger PSS

Sarapan pagi

Jamuan Aidil Fitri

AJK Makanan

Murid menghadapi juadah raya


AJK PIBG


0 ulasan:

Halal Food

Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini.