TAHNIAH - GURU CEMERLANG DG34


Seluruh warga SKPHT mengucapkan tahniah kepada En Mohd Nasir B Hj Samsuri atas kejayaan beliau mendapat anugerah Guru Cemerlang Bahasa Melayu DG34 (dulu dipanggil Guru Pakar). Sebelum ini beliau memegang jawatan sebagai PK HEM di sekolah ini. Beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi dan sentiasa mempunyai idea baru khasnya dalam P&P. Beliau juga seorang yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan merupakan salah seorang imam di Masjid Jamek Bagan Serai. Semoga kepakaran beliau akan dapat dicurahkan untuk murid-murid SKPHT khasnya dan murid-murid di sekolah lain amnya. Tahniah.

1 ulasan:

Tanpa Nama,  28 April, 2009 17:46  

syabas buat sahabat...

Halal Food

Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini.