PORTAL RASMI SK PARIT HAJI TAIB

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 
Bersyukur admin kehadrat Allah SWT.
Hampir setahun laman web rasmi SK Parit Haji Taib tidak diselenggarakan dan dikemaskini berikutan admin asal telah berpindah ke sekolah lain.
Kini SK Parit Haji Taib telah bertukar kepada Blog Portal Rasmi  
SK PARIT HAJI TAIB

Selamat Tinggal ...

Selamat Tinggal kepada semua pembaca blog SK Parit Haji Taib. Sejak sekian lama membina blog yang tercinta ini .... bermula dari bertatih hinggalah menjadi jurulatih ...... kini blog ini terpaksa ditinggalkan kerana saya telah bertukar tempat kerja di sekolah lain pula. Biarlah blog ini menjadi sejarah dan kenangan selama saya berada di SK Parit Haji Taib.

Kepada semua pembaca khasnya guru-guru , murid-murid dan warga SK Parit Haji Taib saya memohon ampun maaf atas segala salah silap saya selama ini. Semoga silaturrahim kita tetap berterusan hendaknya.

Kepada dua blogger SKPHT
http://jqafskpht08.blogspot.com/
http://skphtpss.blogspot.com/

.... teruskan blog anda selagi terdaya....

by MOKHARA

Harap Maaf ....

Kepada semua pengunjung blog ini, saya memohon berbanyak maaf kerana sudah lama tidak menulis dalam blog ini. Semenjak dua menjak ni saya agak sibuk dengan tugasan harian di sekolah dan di luar sekolah hingga tidak berkesempatan untuk update bolg ini.

Insya Allah saya akan cuba aktifkan kembali blog ini.....

TAHNIAH ... Jasamu tetap dikenang


25 Okt 2010 (isnin) merupakan detik terakhir En Mohd Salji B Hj Yunus bertugas di SKPHT. Beliau yang merupakan Penolong Kanan Pentadbiran di SKPHT telah dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar di SK Seri Pinang, Selinsing, Simpang Empat Semanggol. Selama hampir 20 tahun beliau bertugas di SKPHT dan terlalu banyak jasa yang telah beliau curahkan untuk sekolah ini. Pertukaran beliau merupakan satu kehilangan besar buat warga SKPHT , namun apakan daya seluruh warga SKPHT terpaksa merelakan pertukaran beliau. Itu lah asam garam kehidupan. Semoga beliau gembira bertugas di SK Seri Pinang sebagai seorang Guru Besar.

Bersama cenderahati sumbangan guru-guru dan murid-murid SKPHT

Bersama guru-guru lelaki

Bersama guru-guru perempuan

Bersama pengawas sekolah

Mesra Raya Aidil Fitri

Sambutan mesra raya aidil fitri berjalan penuh mesra dan gembira pada hari jumaat 1 okt 2010. Semua murid dan guru menikmati juadah raya seperti sate , ketupat , rendang , bihun goreng, mee goreng dan kuih raya. Semua murid dan guru berpakaian baju raya . Alhamdulillah , Semua jamuan habis dan tidak ada yang terbuang ...tahniah kerana berjaya menjauhi sifat membazir.





Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-53




merdeka 53 gif Pictures, Images and Photos

Selamat Hari Kebangsaan Ke-53



merdeka 53 gif Pictures, Images and Photos

Selamat Menyambut Ramadhan

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan al-mubarak serta menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari tahun sebelum nya.

Kembara TEKNOPEN

Rombongan Kembara TEKNOPEN dari BTPN Perak Seramai 27 orang telah menziarahi SKPHT ......

Sekalung Tahniah



Tahniah diucapkan kepada En Shahrim B Shuib dan En Nordin B Jaafar kerana mendapat Anugerah Guru Cemerlang (APC) bagi tahun 2009. Semoga dengan anugerah ini akan dapat meningkatkan lagi prestasi dan pencapaian pelajar SKPHT.

En Nordin bersama surat APC 2009

Kedua-dua orang guru ini merupakan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain mengajar pelajaran B.Melayu, En Nordin B Jaafar juga merupakan Guru Media di sekolah ini dan orang kuat pasukan Pengakap SKPHT serta jurulatih pasukan Bola Sepak sekolah juga Blogger PSS. Manakala En Shahrim merupakan setiausaha peperiksaan, jurulatih pasukan sepak Takraw sekolah dan menjadi pengacara tetap bagi setiap acara yang dilangsungkan di sekolah ini. Tahniah dan selamat maju jaya.

En Shahrim sedang menatap surat APC 2009 yg diterimanya.

BILAL MUDA 2010


Tanggal 2 Jun 2010 (Rabu) merupakan hari yang bersejarah apabila Persatuan Pendidikan Islam telah menganjurkan Program Bilal Muda antara kelab-kelab persatuan. Ianya bukanlah Program Realiti seperti yang terdapat dalam rancangan TV, tetapi ianya adalah program untuk mencungkil bakat disamping memupuk minat terhadap aktiviti keagamaan dan membina keyakinan diri pelajar. Disamping itu peserta yang berjaya akan diasah bakatnya untuk menjadi wakil sekolah dalam Majlis Tilawah Al-Quran.

Seramai 26 peserta telah mengambil bahagian yang mewakili kelab persatuan masing-masing. Program ini telah dilaksanakan semasa aktiviti kokurikulum yang bermula pada jam 3.30 sehingga 5.30 petang. Selepas selesai setiap peserta memperdengarkan laungan azan, para juri akan memberikan komen yang membina seperti yang terdapat dalam program realiti TV.

Tahniah kepada Persatuan Pendidikan Islam selaku penganjur kerana bejaya menarik minat murid serta tidak membosankan. Semoga semua peserta bilal muda akan dapat menjadi seorang Muazzin di masjid atau surau masing-masing.

Doakan guru tanda kasih sayang

Jasa pendidik curah ilmu tidak mungkin terbalas dengan segunung harta

TARIKH 16 Mei tiap tahun penting dan cukup bermakna kepada negara. Hari yang diraikan khusus untuk mengingati segala budi dan jasa guru dalam menggerakkan masyarakat ke arah pembinaan bangsa dan negara. Merujuk istilah Arab, seorang guru itu hasil daripada gabungan lima eleman penting membabitkan muallim, murabbi, mursyid, muaddib dan mudarris. Muallim bermaksud orang yang menjayakan proses menyampaikan ilmu, murabbi pula orang yang menjayakan tarbiyah, mursyid orang yang membimbing, menentukan kehidupan dan nilai yang betul, muaddib orang yang menjayakan adab manakala mudarris orang yang mengajar mata pelajaran.
Pemimpin negara hari ini sememangnya pernah menjadi murid yang menerima tunjuk ajar serta didikan seorang guru. Begitu juga dengan agamawan, ahli korporat, golongan profesional dan pelbagai peringkat masyarakat pernah menerima khidmat sekumpulan guru yang dipertanggungjawabkan menyampaikan ilmu.
Ilmu yang diterima itu berperanan meneropong kehidupan masa depan mereka. Rasulullah bersabda maksudnya: “Kelebihan orang yang berilmu berbanding `abid samalah seperti kelebihan bulan purnama berbanding segala bintang.” (Riwayat Abu Daud dan At -Tirmizi).

Baca seterusnya...

Basikal Baru ....

Selasa 27 Apr 2010 - Dua orang murid miskin menerima sebuah basikal seorang pada hari ini. Basikal ini adalah sumbangan dari Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Bagan Serai. Sebenarnya majlis penyerahan sumbangan basikal tersebut telah berlangsung di SK Gunung Semanggol kira-kira 2 minggu yang lalu oleh Menteri Besar Perak. Bagaimanapun hanya pada hari ini basikal tersebut dapat dihantar ke sekolah oleh LPP.

Zakvejad dan Nur Atikah disisi basikal baru mereka

Murid-murid yang lain turut tumpang gembira

Ceramah Keselamatan


Jumaat 23 Apr 2010 - Seramai 3 anggota dari pasukan Bomba dan Penyelamat Bagan Serai telah berkunjung ke SKPHT untuk menyampaikan satu ceramah berkaitan kebakaran dan cara menyelamatkan diri dari kebakaran. Majlis bermula selepas rehat lebih kurang jam 10.45 pagi. Pelbagai pesanan dan nasihat telah disampaikan bagi mencegah kebakaran dan cara menyelamatkan diri apabila berlaku kebakaran. Mereka juga telah menunjukkan demontrasi cara memadamkan api dan cara menggunakan alat pemadam api dengan betul. Majjis selesai tepat jam 12 tengah hari.

Seorang anggota bomba sedang menyampaikan ceramah keselamatan



Penyampaian cenderahati

Demontrasi memadamkan kebakaran

Kem Bestari Solat Tahun 1 dan 2

Sabtu 17 Apr - Unit j-qaf SKPHT telah melaksanakan Kem Bestari Solat untuk murid-murid Tahun 1 dan 2. Semua murid Tahun 1 dan 2 telah hadir dengan penuh bersemangat sejak jam 7.30 pagi. Aktiviti dimulakan dengan mengambil kedatangan dan mengagihkan murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dibimbing oleh seorang guru atau fasilitator.

Pada hari ini murid-muid ditekankan mengenai niat dan bacaan dalam solat. Semua murid begitu bersungguh-sungguh menghafaz niat solat fardhu dan bacaan-bacaan dalam solat. Antara bacaan yang ditumpukan ialah bacaan doa iftitah dan duduk diantara dua sujud. Di akhir sessi, semua murid melakukan aktiviti amali solat secara berjamaah. Semoga semua murid dapat mengamalkan ibadah solat walau dalam apa keadaan sekalipun dengan sempurna dan diterima Allah hendaknya.

Mengambil kehadiran murid

Mengagihkan kumpulan


Amali solat kumpulan murid Tahun 2 lelaki

Ujian Pengesanan 2/2010

Ujian Pengesanan kali kedua bagi tahun 2010 ini telah bermula pada hari rabu 14 Apr sehingga ke hari jumaat 16 Apr 2010. Nampaknya semua murid telah menunjukkan kesungguhan dalam menghadapi ujian ini. Semua guru telah diarah menyediakan soalan berdasarkan apa yang telah dipelajari dan mengikut JPU yang telah ditetapkan. Semoga semuanya berjaya dengan cemerlang.

Kelas Tahun 1

Kelas Tahun 5

Kelas Tahun 5

Ceramah Maulidur Rasul


Masih belum terlambat untuk kita mengadakan sambutan maulidur rasul. Sambut memperingati kelahiran baginda tidak semestinya diadakan hanya pada bulan Rabiul awal. Sepatutnya kita hendaklah sentiasa memperingati baginda yang telah banyak berjasa kepada kita. Sehubungan dengan itu Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan satu ceramah sempena maulidur rasul pada hari rabu 31 mac 2010 bermula jam 3.30 petang bertempat di dewan/kantin SKPHT. Seorang penceramah dari Kuala Kangsar telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada murid-murid dan guru-guru sekolah ini. Penceramah yang dimaksudkan ialan Tn Hj Ismail Bin Ahmad iaitu Penyelaras Masjid daerah Kuala Kangsar.

PK 1 (En Mohd Salji) menyampaikan saguhati kepada penceramah (Tn Hj Ismail B Ahmad)

Pengerusi PIBG (En Khalid B Hj Tarmiji berbaju petak)turut serta mendengar ceramah

Tn Hj Ismail merupakan anak jati kampung Parit Haji Taib yang pernah berkhidmat di Brunei Darus Salam selama 23 tahun sebagai guru agama. Kini beliau telah kembali ke tanah air dan menetap di Kuala Kangsar. Sebagai anak jati kampung ini, beliau telah menggunakan penggunaan bahasa Banjar dalam ceramahnya. Situasi ini telah berjaya menarik minat murid untuk mendengar ceramah beliau dan menjadi satu kelainan kepada mereka. Beliau juga telah bermurah hati memberikan sedikit sumbangan kepada anak-anak yatim sekolah ini selepas selesai ceramah.Semoga sumbangan beliau sentiasa diberkati Allah.

Murid-murid lelaki...memberikan tumpuan kepada penceramah

Sebahagian dari murid perempuan


Ceramah dan Pameran AADK


Satu ceramah dan pameran dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan telah berlangsung pada hari khamis 25 mac 2010. Seramai 5 orang kakitangan dari AADK Parit Buntar telah berkunjung ke SKPHT untuk memyampaikan ceramah berkaitan anti dadah. Banyak perkara yang disentuh di dalam ceramah yang disampaikan. Antaranya ialah apa itu dadah dan bahaya penyalah gunaannya, kesan penyalah gunaan dadah kepada individu dan masyarakat, hukuman kepada penagih dan pengedar dadah dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

Penceramah dari AADK Parit Buntar sedang menyampaikan ceramah

Selepas selesai ceramah diadakan pula pameran berkaitan anti dadah dari pihak berkenaan dan setiap murid diberikan poster anti dadah untuk ditampalkan dirumah mereka. Kesimpulannya program ini amat berjaya memberikan input atau maklumat kepada murid-murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Semoga kita semua dijauhkan oleh Allah dari terjebak dengan penyalahgunaan najis dadah ini.

Pameran yang berjaya menarik minat murid
Antara jenis-jenis dadah yang dipamerkan


Rabu 24 mac 2010 - Hari ini masuk hari kedua Kejohanan Olahraga MSSPK Daerah Kerian Peringkat Sekolah Rendah kali ke-42. Pada hari pertama kejohanan hanya acara saringan yang berlangsung, tetapi pada hari kedua ini beberapa keputusan bagi acara akhir telah dicatat antaranya ialah lontar peluru, lompat jauh dan larian 80 meter berpagar.

SKPHT telah memenangi satu pingat perak pada hari kedua ini melalui acara lompat jauh lelaki. Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Firdaus B Yusuf yang mendapat tempat kedua bagi acara lompat jauh lelaki tersebut.

Tahniah ... Muhd Firdaus B Yusuf (tempat kedua)

Petugas mula berkhidmat

Selasa 23 Mac 2010 - Seramai 9 orang guru dari SKPHT terlibat secara langsung sebagai pegawai kejohanan,dan petugas (AJK) dalam Kejohanan Olahraga MSSPK Peringkat Sekolah Rendah Daerah Kerian Kali ke-42. Kejohanan ini diadakan bertempat di padang SM Teknik Kerian yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 23 hingga 25 mac 2010 (selasa hingga khamis). Kesemua guru yang terlibat adalah guru lelaki termasuk AJK jamuan. Hanya seorang guru perempuan sahaja yang terlibat iaitu sebagai pengurus peserta. Kalau sekolah lain rasanya AJK jamuan tentu guru perempuan dan pengurus peserta tentu guru lelaki. Manakala seramai 10 orang murid (lelaki dan perempuan) dari SKPHT terlibat dalam beberapa acara yang dipertandingkan .


AJK jamuan .... Tolong agihkan makanan ni kepada para pegawai ye ...

Ini semua kami yang masak .... dah lapar tentu no komen

En Helmey .... kena jadi hakim lontar peluru lah Bro ...

En Shahrim ...pengacara popular

Beberapa athlit dari SKPHT sempat bergambar sebelum kejohanan bernula

Santai aje ...

Isnin 22 Mac 2010 - Satu taklimat khas kepada para petugas kejohanan olahraga MSSPK daerah kerian peringkat sekolah rendah dari SKPHT telah berlangsung di PSS dalam keadaan santai dan bersahaja. Taklimat telah diberikan oleh puan guru besar SKPHT. SKPHT telah diamanahkan menjadi AJK jamuan, pengacara dan pelapor. Seramai 9 orang guru dari sekolah ini terlibat menjadi AJK dalam kejohanan yg bemula esok iatu selama 3 hari. Nampaknya jenuh la PK 1 nak buat jadual guru ganti....

En Salji PK 1(membelakangkan kamera) .... Ini macam kalu jenuh la nak buat relief !

Halal Food

Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini.