Rebutlah peluang yang ditawarkan

Kelebihan bulan Ramadhan dan menunaikan ibadat puasa terlalu banyak terdapat di dalam Al-Qur'an dan al-Hadith. Antaranya :

1) Satu-satunya bulan yang disebut khusus oleh Allah SWT di dalam al-Qur'an, pada surah al-Baqarah ayat 185. Sebutan ini menjadikan bulan ramadhan sebagai bulan yang paling istimewa mendahului bulan-bulan haram dan bulan yang lain.

2) Dari Abi Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dgn penuh keimanan dan pengharapan nescaya akan diampun dosa-dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Syeikhan).

3) Di dalam hadis Qudsi, Nabi SAW bersabda : " Semua amalan anak adam digandakan kebaikannya 10 kali ganda sama nilainya sehingga 700 kali ganda. Allah SWT berfirman : "Melainkan puasa, kerana ianya untukKu. Aku sendiri yang akan membalasnya. Mereka meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu." Bagi orang yang berpuasa mereka akan mendapat 2 kegembiraan. Kegembiraan ketika berbuka berpuasa dan kegembiraan ketika menemui Allah SWT. Dan bau mulut orang yang berpuasa itu (kerana puasanya) lebih wangi disisi Allah daripada wangian Kasturi." (Riwayat al-Syeikhan).
Selain hadis-hadis di atas, masih terdapat hadis-hadis hasan dan dhaif yang menyebutkan tentang kelebihan ramadhan. Jika ada hadis palsu sekalipun, ia tetap tidak menjejaskan keistimewaan Ramadhan itu sendiri. Ini kerana keistimewaan ramadhan telah tsabit dgn dalil-dalil dari sumber yang sahih lagi jelas. Apa yang penting, fahamilah kedudukan dalil dan istidlalnya masing-masing. Mudah-mudahan kita bukan hanya terdiri dari kalangan pencari hujjah. Tetapi kita sebenarnya terdiri dari kalangan yang mencari kasih sayang Allah SWT.

Buat akhirnya, fahamilah kedudukan ramadhan yang sebenar. Berusahalah untuk menjadi pejuang ibadah di jalan Allah SWT selagi kita bernyawa. Sahutlah seruanNya untuk menjadi hamba yang benar-benar beriman. Amatlah rugi bagi mereka yang tidak menjadikan masa, ruang dan peluang yg ada padanya untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT terutama dalam bulan ramadhan ini. Lakukanlah ibadat dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya demi meraih kurnia Allah SWT yang melimpah ruah. Mudah-mudahan, kita semua beroleh rahmat, kemapunan dan kebebasan dari api neraka. Amin.

0 ulasan:

Halal Food

Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini.