Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-52


Pejam celik...pejam celik...esok isnin ingatkan sekolah dah nak buka, maklumlah seminggu bercuti, kena pulak awal ramadhan, memang elok sangat la ... Rupanya esok cuti lagi kerana 31 Ogos 2009 adalah hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia kali ke-52. Kita sorot balik cerita lama ... masa tu saya belum lahir lagi.







Kalau time merdeka inilah lagu yang paling popular baik di TV, radio , sekolah, pejabat hatta di mana sahaja ceruk rantau yang bernama Malaysia.



Ini satu lagi lagu yang amat popular satu ketika dulu terutama semasa kursus bina semangat atau kursus tata negara , tetapi sekarang dah tak dimainkan lagi.



Ini yang terakhir dan selalu dimainkan terutama di radio, TV dan di sekolah.




Baca seterusnya...

Bersahur Cara Rasulullah

Rasulullah s.a.w. amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w., Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1923)

Maksud keberkatan itu ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, keberkatan sahur itu diperoleh melalui amalan mengikuti sunah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadat serta menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar.

Selain itu, ia menjadi sebab untuk orang yang berpuasa bersedekah kepada orang lain, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur. (Rujuk al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari, Jil. 11, hal. 120)

Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadat puasa orang Islam dengan ibadat puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab).

Sabda Rasulullah s.a.w.: Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur. (Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no. 643)

Ibadat sahur adalah ibadat yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur.

Oleh itu, Nabi s.a.w. amat menitikberatkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda Baginda s.a.w.: Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur. (Riwayat Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no. 10664)

Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit. (Riwayat Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1919)

Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu sehingga azan Subuh sedang dilaungkan.

Firman Allah s.w.t.: Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) daripada benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib). (al-Baqarah: 187)

Adalah disunahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa’ad r.a. berkata, “Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian aku pun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w.” (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1920)

Kadi Iyadh r.h. berkata: “Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar.” (Dinukil daripada Fath al-Bari, Jil. 11, hal. 114)

Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat Subuh dikumandangkan.

Menurut Anas r.a., Zaid bin Thabit r.a. berkata, Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w., kemudian Baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: “Berapa lama antara azan dan sahur?” Baginda menjawab: Kira-kira (membaca) lima puluh ayat. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1921)

Hadis ini digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah 10 minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak boleh lagi makan dan minum.

Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut ialah Rasulullah s.a.w. langsung mendirikan solat Subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w. memulakan dan mengakhirkan sahur Baginda.

Antara hikmah mengakhirkan atau melewatkan sahur adalah:

1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk bersahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.

2. Mengakhirkan bersahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat berasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya

Sumber

Baca seterusnya...

Rebutlah peluang yang ditawarkan

Kelebihan bulan Ramadhan dan menunaikan ibadat puasa terlalu banyak terdapat di dalam Al-Qur'an dan al-Hadith. Antaranya :

1) Satu-satunya bulan yang disebut khusus oleh Allah SWT di dalam al-Qur'an, pada surah al-Baqarah ayat 185. Sebutan ini menjadikan bulan ramadhan sebagai bulan yang paling istimewa mendahului bulan-bulan haram dan bulan yang lain.

2) Dari Abi Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dgn penuh keimanan dan pengharapan nescaya akan diampun dosa-dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Syeikhan).

3) Di dalam hadis Qudsi, Nabi SAW bersabda : " Semua amalan anak adam digandakan kebaikannya 10 kali ganda sama nilainya sehingga 700 kali ganda. Allah SWT berfirman : "Melainkan puasa, kerana ianya untukKu. Aku sendiri yang akan membalasnya. Mereka meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu." Bagi orang yang berpuasa mereka akan mendapat 2 kegembiraan. Kegembiraan ketika berbuka berpuasa dan kegembiraan ketika menemui Allah SWT. Dan bau mulut orang yang berpuasa itu (kerana puasanya) lebih wangi disisi Allah daripada wangian Kasturi." (Riwayat al-Syeikhan).
Selain hadis-hadis di atas, masih terdapat hadis-hadis hasan dan dhaif yang menyebutkan tentang kelebihan ramadhan. Jika ada hadis palsu sekalipun, ia tetap tidak menjejaskan keistimewaan Ramadhan itu sendiri. Ini kerana keistimewaan ramadhan telah tsabit dgn dalil-dalil dari sumber yang sahih lagi jelas. Apa yang penting, fahamilah kedudukan dalil dan istidlalnya masing-masing. Mudah-mudahan kita bukan hanya terdiri dari kalangan pencari hujjah. Tetapi kita sebenarnya terdiri dari kalangan yang mencari kasih sayang Allah SWT.

Buat akhirnya, fahamilah kedudukan ramadhan yang sebenar. Berusahalah untuk menjadi pejuang ibadah di jalan Allah SWT selagi kita bernyawa. Sahutlah seruanNya untuk menjadi hamba yang benar-benar beriman. Amatlah rugi bagi mereka yang tidak menjadikan masa, ruang dan peluang yg ada padanya untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT terutama dalam bulan ramadhan ini. Lakukanlah ibadat dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya demi meraih kurnia Allah SWT yang melimpah ruah. Mudah-mudahan, kita semua beroleh rahmat, kemapunan dan kebebasan dari api neraka. Amin.

Baca seterusnya...

Program di ambang Ramadhan

Jumaat 21 Ogos 2009 , Sempena kedatangan 1 ramadhan esok hari, Panitia Pendidikan Islam SKPHT telah menganjurkan satu aktiviti yang dinamakan "Program di ambang Ramadhan". Aktiviti yg dilaksanakan bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai ibadah puasa ramadhan dan mewjudkan suasana beribadah atau suasana ramadhan itu sendiri. Sesungguhnya apabila tiba bulan ramadhan maka dibukalah pintu-pintu syurga seluas-luasnya di ditutup pintu-pintu neraka serapat-rapatnya serta dibelenggu para syaitan.

Para pelajar telah diberi pendedahan mengenai ibadah puasa dan kelebihan ramadhan oleh Ust Ahmad Sufi B Hj Ishak iaitu guru j-QAF di sekolah ini. Selesai ceramah diteruskan pula dengan acara kuiz. Murid yang berjaya menjawab soalan kuiz diberikan hadiah sebatang pencil dan pemadam. Acara kuiz telah menimbulkan sedikit kontroversi ... Nasib baik jam dah 12.05 tengah hari, kalau tak .. tak tahulah saya apa akan terjadi. Semoga program yang telah dilaksanakan mendapat keberkatan dari Allah swt. Selamat Berpuasa.




Baca seterusnya...

Puasa di zaman kanak-kanak

Ramadhan semakin hampir. Esok Khamis 20 Ogos 2009 dah nak tengok anak bulan. Biasanya memang tak nampak. Tapi amalan tu elok dibuat, manalah tahu tahun ni nampak pulak anak bulan tu. Dah tua2 ni teringat balik zaman bebudak dulu. Tahukah anda aku hanya puasa penuh saat aku berusia 12 tahun (darjah 6). Waktu kecil aku nakal juga, padahal usia 7 tahun ibu-bapaku sudah mendidik aku dan adik beradik berpuasa.Siapa puasa penuh ayah akan bagi rm1 untuk 1 hari puasa, bermakna raya nanti kami dapat rm30 la, ia galakkan paling berkesan waktu itu.

Apa rahsia yang aku lakukan agar dapat bertahan puasa dalam 30 hari itu? Puasa puasa gak tapi aku pura-pura je time tu , kata orang puasa yang yang yok, tengahari bukak periuk.Selalunya Mak akan tinggalkan sedikit baki lebihan lauk masa sahur dalam tudung saji, Mak dan Ayah aku kerja, jadi bedal la cubit sikit ayam goreng, minum air sejuk kat freezer, minum air paip jangan ceritalah, alah korang pon pernah buat jangan tak ngaku , balik kerja je ayah aku macam dapat hidu perbuatan jahat aku, ayah tanya tapi aku tak ngaku, pemali (berdosa) kata orang banjar tipu dibulan puasa.Tipu di bulan lain pun pemali jugak.
Sejak darjah enam dan meningkat ke tingkatan 1 aku mendapat hidayah, tak guna kita tipu diri kita sendiri, tuhan nampak apa kita buat, aku mencari dan aku temui nikmat berpuasa penuh itu, ia bagaikan satu kejaayaan besar bila hari raya menjelma, sejak hari itu aku mantain takkan curi-curi bukak puasa, selagi masih gagah diri ini melaluinya.
Puasa di kampung memang dugaan betul, hinggakan aku tak boleh menipu nak buka minum air kat rumah atok, apa lagi merengek la aku sampai menangis nak buka, Mak aku tak kasi, tapi atok aku kasi , cuaca panas rumah atok aku, duduk tak kena, baring tak kena, dahaga jangan cakap la, nak je aku berkubang kat parit, mak aku tak kasi pulak.
Malam-malam puasa memang meriah waktu tu, mercun belum jadi haram lagi, berdentam-dentum la surau dan masjid, beroket-roket la perang thunder clap, pernah gak aku satu flet perang-perang guna pistol yang boleh diisi peluru plastik. Malam tujuh likur, hampir semua rumah pasang pelita, dulu siap ada pertandingan rumah tercantik lagi, sekarang macam dah pupus je, jual bunga api pun macam tak laku je aku tengok, yang jual pon bunga api biasa, bunga api 3 kaler, mercun pop-simen, mercun2 kategori dewasa takder.
Aku tak pasti la benda ni betul ke tak, zaman-zaman era 70-an dulu mana ada bazaar ramadhan kan? kalau dulu jiran2 pakat2 tukar kuih atau juadah je, sekarang lain orang berebut-rebut berniaga, cari duit lebih, ramai yang beli pulak dari masak kat umah, walaupun hari minggu.
Rindu kan? bila kenang kenangan lama, zaman kecil2 dahulu, boleh ketawa kalau mak ayah aku ungkit kisah2 aku curi makan puasa dahulu, zaman sudah berubah, dan aku takder masalah untuk melaluinya, selamat berpuasa.

Baca seterusnya...

Guru Mesti Ajar Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Tahun Ini

PUTRAJAYA, 19 Ogos -- Guru-guru yang didapati mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya sebelum dasar pembelajaran dan pengajaran kedua-dua mata pelajaran itu dilaksanakan dalam dwi-bahasa (Bahasa Malaysia dan Inggeris) tahun depan, boleh dikenakan tindakan.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata buat masa ini semua guru kedua-dua mata pelajaran berkenaan perlu mengajar dalam Bahasa Inggeris memandangkan semua peralatan mengajar seperti buku teks dan perisian komputer masih dalam bahasa Inggeris.

"Guru Besar dan Pengetua sekolah dipertanggungjawabkan untuk memantau keadaan ini dan surat amaran perlu dikeluarkan kepada guru yang didapati berbuat demikian," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai rungutan segelintir ibu bapa yang mendapati bahawa ada guru-guru sudah mula mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Malausia sepenuhnya.

Bagaimanapun Alimuddin berkata penyediaan kertas peperiksaan peringkat sekolah seperti ujian, peperiksaan pertengahan dan akhir tahun boleh disediakan dalam Bahasa Inggeris atau dwi-bahasa.

Beliau seterusnya meminta supaya ibu bapa agar tidak bimbang kerana peperiksaan dwi-bahasa bagi Sains dan Matematik akan diteruskan sehingga tahun 2016.

Sementara itu Alimuddin berkata guru yang mengajar pada waktu pertama setiap hari persekolahan perlu memeriksa keadaan semua pelajar dan sekiranya didapati ada yang kurang sihat, ia perlu segera memaklumkan kepada pihak pengurusan sekolah.

"Ini untuk memudahkan pihak sekolah mengambil tindakan segera dan sewajarnya dalam usaha mengawal penularan wabak influnenza A H1N1 di sekolah," katanya.

Sehingga kini kementerian sudah memperuntukkan RM2.6 bilion bagi menyediakan alat pengesan suhu badan dan topeng mulut untuk diedarkan ke semua sekolah.

Mengenai penutupan sekolah pula Alimuddin berkata setakat ini jumlah sekolah yang ditutup sejak penularan wabak itu ialah 100 buah dan buat masa ini tiada sekolah sama yang ditutup dua kali.

Sumber Bernama

Baca seterusnya...

Pergi Tak Kembali

“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…”
Itu adalah catatan yang terdapat pada header blog vokalis utama kumpulan Rabbani yang telah pergi selamanya pada hari khamis 13 ogos 2009. Secara peribadi, saya merupakan salah seorang peminat beliau yang telah mengikuti perkembangan beliau bersama kumpulan nasyid "Nada Murni " hinggalah ke "Rabbani". Terdetik rasa kesedihan di hati apabila membaca berita mengenai pemergian beliau ke rahmatullah.

Pada mereka yang lahir sekitar tahun 1980-an, 199o-an dan alaf 21, suara Ustaz Asri menemani zaman bayi, kanak-kanak dan remaja kita. Allahyarham mengalunkan azan di kaca televisyen, menjadi ketua selawat jika hadirnya Maulidur Rasul dan zikirnya meronai pagi kita di corong-corong radio. Suara Ustaz Asri bahkan akrab mengajar kita nama-nama Allah melalui zikir Asma ul Husna, Tola’al dan terlalu banyak untuk dituntaskan di sini.

Semoga Allah mencucuri rah ke atas roh beliau , Al-fatihah ...



Baca seterusnya...

Soalan PTK Online

Disini saya sertakan link untuk para pendidik membuat latihan bagi menghadapi PTK yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi .

SOALAN PTK ONLINE

Baca seterusnya...

Soalan PTK 2009

Tidak berapa lama lagi para pendidik akan menghadapi PTK. Kepada mereka yang terlibat bolehlah download bahan kuizptk di bawah ini. Dulu saya selalu gunakan bahan ini sebagai latihan untuk meghadapi PTK. Hasilnya ... Alhamdulillah ... dah lulus 4..4 . Selain dari itu ada juga beberapa bahan bagi guru Agama, BM dan KT. Selamat mencuba.

Baca seterusnya...

Berita Gempar


WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ... Baca Seterusnya

Baca seterusnya...

Cara Mengawal Diri Anda dan Orang lain dari H1N1



Baca seterusnya...

CEGAH INFLUENZA A (H1N1)

Cegah Influenza A (H1N1) Dengan Mencuci Tangan Dengan Betul

Mencuci tangan adalah kaedah terbaik untuk mencegah kejadian jangkitan penyakit berjangkit.


7 Langkah Mencuci Tangan dengan Air Dan Sabun

  1. Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna


  2. Gosok kedua-dua tapak tangan


  3. Gosok setiap jari dan celah jari


  4. Gosok kuku di tapak tangan


  5. Gosok belakang tangan dan celah jari


  6. Cuci tangan dengan air bersih


  7. Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu



4 langkah Mencuci Tangan Dengan Bahan Pencuci Tangan Berasaskan Alkohol (Hand Sanitizer/Hand Rub)

  1. Tanggalkan barang kemas/balut bahagian luka
  2. Keringkan tangan dengan tisu/tuala bersih
  3. Letak bahan pencuci ke tapak tangan
  4. Gosok tangan dengan bahan pencuci selama 1 minit

Beri perhatian apabila menggosok belakang tangan, jari, kuku, hujung jari dan celah jari

Amalkan Mencuci Tangan:

  1. Selepas bersin/batuk/menghembus hidung
  2. Selepas menyentuh permukaan objek yang terdapat di tempat-tempat awam seperti kaunter tiket, kaunter pertanyaan, tombol pintu (door knob), rel tangga, pemegang tangan dalam pengangkutan awam (bas/keretapi/LRT)
  3. Selepas berjabat tangan dengan individu yang mengalami gejala selesema
  4. Bila-bila masa tangan anda kotor

Jangkitan Influenza A(H1N1) Di Sekolah Atau Institusi

  1. Anak saya belajar di salah sebuah institusi/ sekolah yang mempunyai kejadian influenza A(H1N1), apakah yang perlu saya lakukan?

    Sekiranya institusi/sekolah anak tuan DITUTUP untuk tempoh tertentu, anak tuan hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut

    Jika anak tuan mempunyai gejala selesema (influenza-like-illness) yang ringan, beliau perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Sekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk, anak tuan perlu mendapatkan rawatan doktor.

    Sekiranya institusi/sekolah anak tuan TIDAK DITUTUP, beliau dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut

  2. Apakah yang dimaksudkan dengan penutupan sekolah/ institusi?

    Apabila sesebuah sekolah/institusi ditutup kerana jangkitan influenza A(H1N1), ia bermakna semua pelajar termasuk guru dan lain-lain kakitangan sokongan dikehendaki untuk berada di rumah.

    Ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan infuenza A(H1N1) dan seterusnya memastikan individu yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya orang lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.

  3. Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?

    Tidak. Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.

  4. Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke sekolah seperti biasa?

    Ya, beliau boleh hadir ke sekolah seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.


Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia

Baca seterusnya...

E-CODES

Awas !
Perkara ni dah lama tersebar dalam internet ...
Nak tahu ... Baca seterusnya

Baca seterusnya...

REMPIT

Baca seterusnya...

Berwajah Baru ...

Semalam ... isnin, 3 Julai 2009 ,aku agak terlewat ke sekolah. Seperti biasa aku lebih gemar menunggang kapcai ke sekolah kerana keadaan jalan yang agak mencabar jika berkereta. Ada 10 bum sebelum sampai jambatan... Naik kapcai lebh cepat sampai, zuhud lah katakan ... Jika keadaan memaksa barulah aku berkereta. Kapcai buruk menjadi teman setia ku. Sudah beberapa kali angin bocor akibat benda tajam ... paku , dawai halus dan yang sewaktu dengannya mendera kapcaiku. Kalau tayar depan boleh tahan juga. Biasanya tayar belakang ... aduh ... aku belasah juga walau terhoyong hayang menunggang sementara nak sampai kedai untuk repair. Itu sebahagian dari cabaran guru luar bandar ... bukan pedalaman tapi luar bandar. Dengan bandar tak jauh ... 5km je. Senang cakap ... sekolah dalam Tabuk.

Hari ni terlewat sikit je ... kurang 5 minit 7.40 pagi. Perhimpunan bermula 7.45. Hari biasa P&P bermula 7.45 juga. Biasanya sampai 7.30 ngam2 atau lebih sikit. Terlewat bukan tayar pancit, sebab panggilan kada' hajat. Elok nak pakai kasut perut meragam... Sampai di tapak perhimpunan terkejut besar dibuatnya. Semua muka guru dan murid putih melepak. Barulah aku faham ... itu semua arahan untuk menghadapi H1N1. Dah banyak kematian di seluruh dunia dan di Malaysia.

Penyakit H1N1 atau Selsema Babi ni datang dari Mexico. kalau kita ikut hadis nabi dari awal rasanya kita boleh cegah penyakit ni. Nabi kata " Jka ada wabak penyakit di tempat kamu maka jangan kamu keluar dari tempat itu dan orang luar jangan masuk ke tempat itu ". Begitulah lebih kurang maksudnya. Apa pun kita kena ingat ... penyakit ni datang dari Allah , jadi kita mintalah perlindungan dari Allah semoga kita selamat dan dijauhkan dari penyakit ini. Wallahu a'lam.



Baca seterusnya...

Hadiah Malam Jumaat

Pengalaman Salih Al Mazi

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.

Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.

Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.

Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.

Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.

Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?" tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.

Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedsekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.

Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu sip pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya.

Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata :"wahai salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku.

Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.

"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup."

Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.

Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata :

"Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu.

" "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy.

"Ya, Tahu." "Apa tandanya ?" "Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."

Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.

Sumber JAIP

Baca seterusnya...

Halal Food

Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini.