Guru diseksa tugas perkeranian jejas prestasi sekolah kebangsaan - Pemuda UMNO Kuala Kedah


PELBAGAI pihak menyalahkan guru sekolah kebangsaan (SK) kerana dikatakan gagal mendidik murid berbanding guru sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SJKC) yang kononnya cemerlang.

Ada pihak mencadangkan guru SK dihantar mengikuti kelas pembelajaran Matematik dan Sains di SJKC terpilih. Ada pertubuhan perguruan mempertikaikan kewibawaan guru SK dalam mendidik pelajar, menuduh guru SK kurang memberi latihan kepada pelajar.

Semua pihak menghentam guru SK seolah-olah mereka yang harus dipersalahkan dan mengkritik pula menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Golongan ini langsung tidak melihat unsur lain yang menyebabkan prestasi SK merosot.

Sedarkah mereka SJKC hanya mengambil pelajar Cina pintar, manakala sisanya dihantar ke SK. Adilkah bebanan yang terpaksa ditanggung guru SK? Merekalah yang menjejaskan reputasi pendidik dengan membebankan guru SK dan SMK dengan tugas perkeranian yang menimbun saban tahun.

Pengetua dan guru besar pula menekan guru untuk menyediakan pelbagai laporan yang boleh dibuktikan kepada Jabatan Pelajaran Negeri agar mereka dapat gelaran cemerlang.

Itu belum lagi tugas sebenar iaitu pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang 'terganggu' oleh keperluan jabatan lain seperti Jabatan Kesihatan atau Agensi Anti-Dadah Kebangsaan.

Semua keperluan ini patut dilakukan kerani, bukan guru kerana tugas sebenar mereka ialah P&P. Namun, semua itu dilonggokkan ke bahu guru dengan alasan semakin banyak kerja perkeranian, semakin profesionallah guru terbabit.

Sebenarnya banyak lagi aspek yang boleh dikambinghitamkan sebagai jawapan kegagalan murid di SK.

Antaranya ialah tiada tanggungjawab dan tidak prihatin ibu bapa, kemiskinan, kurang pendedahan, persekitaran dan kurang kemudahan. Semua ini dapat diatasi jika profesionalisme sebenar perguruan dikembalikan iaitu guru seratus peratus melaksanakan P&P.

Menteri Pelajaran sebelum ini pernah membuat penyelidikan banyaknya beban guru malah beliau mengungkapkan 'saya kasihan akan guru saya' apabila hasil kajiannya mendapati guru 'diseksa' dengan kerja perkeranian melambak-lambak.

NORHISYAM MOHAMAD,
Pemuda Umno Kuala Kedah.


1 ulasan:

pak long 09 Disember, 2009 02:20  

cakap senang la bro...cuba bagi yang cakap tu ngajaq...
tau la menara KL tu tinggi ka rendah..
asik carik salah cikgu jer...
sembang buat kawan bimbang

Halal Food

Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini.