Rabu 24 mac 2010 - Hari ini masuk hari kedua Kejohanan Olahraga MSSPK Daerah Kerian Peringkat Sekolah Rendah kali ke-42. Pada hari pertama kejohanan hanya acara saringan yang berlangsung, tetapi pada hari kedua ini beberapa keputusan bagi acara akhir telah dicatat antaranya ialah lontar peluru, lompat jauh dan larian 80 meter berpagar.

SKPHT telah memenangi satu pingat perak pada hari kedua ini melalui acara lompat jauh lelaki. Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Firdaus B Yusuf yang mendapat tempat kedua bagi acara lompat jauh lelaki tersebut.

Tahniah ... Muhd Firdaus B Yusuf (tempat kedua)

Baca seterusnya...

Petugas mula berkhidmat

Selasa 23 Mac 2010 - Seramai 9 orang guru dari SKPHT terlibat secara langsung sebagai pegawai kejohanan,dan petugas (AJK) dalam Kejohanan Olahraga MSSPK Peringkat Sekolah Rendah Daerah Kerian Kali ke-42. Kejohanan ini diadakan bertempat di padang SM Teknik Kerian yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 23 hingga 25 mac 2010 (selasa hingga khamis). Kesemua guru yang terlibat adalah guru lelaki termasuk AJK jamuan. Hanya seorang guru perempuan sahaja yang terlibat iaitu sebagai pengurus peserta. Kalau sekolah lain rasanya AJK jamuan tentu guru perempuan dan pengurus peserta tentu guru lelaki. Manakala seramai 10 orang murid (lelaki dan perempuan) dari SKPHT terlibat dalam beberapa acara yang dipertandingkan .


AJK jamuan .... Tolong agihkan makanan ni kepada para pegawai ye ...

Ini semua kami yang masak .... dah lapar tentu no komen

En Helmey .... kena jadi hakim lontar peluru lah Bro ...

En Shahrim ...pengacara popular

Beberapa athlit dari SKPHT sempat bergambar sebelum kejohanan bernula

Baca seterusnya...

Santai aje ...

Isnin 22 Mac 2010 - Satu taklimat khas kepada para petugas kejohanan olahraga MSSPK daerah kerian peringkat sekolah rendah dari SKPHT telah berlangsung di PSS dalam keadaan santai dan bersahaja. Taklimat telah diberikan oleh puan guru besar SKPHT. SKPHT telah diamanahkan menjadi AJK jamuan, pengacara dan pelapor. Seramai 9 orang guru dari sekolah ini terlibat menjadi AJK dalam kejohanan yg bemula esok iatu selama 3 hari. Nampaknya jenuh la PK 1 nak buat jadual guru ganti....

En Salji PK 1(membelakangkan kamera) .... Ini macam kalu jenuh la nak buat relief !

Baca seterusnya...

Masa belajar BM dan BI dipanjangkan

20 Mac 2010 - Kabinet memutuskan masa pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dipanjangkan mulai sesi persekolahan 2011, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata keputusan itu, yang dibuat pada mesyuarat Kabinet semalam, adalah selaras dengan usaha untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) di kalangan pelajar sekolah berikutan pemansuhan pengajian dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris tahun sudah.

Bagaimanapun beliau berkata masa persekolahan tidak akan dipanjangkan, tetapi akan diolah menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan untuk pelajar.

"Kita akan buat pengubahsuaian dari segi kokurikulum selaras dengan perubahan-perubahan tersebut," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) ke-29 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Masa pembelajaran untuk Bahasa Malaysia (BM) di sekolah rendah dan menengah kebangsaan bagaimanapun akan kekal pada 240 minit seminggu tetapi bagi pembelajaran Bahasa Inggeris (BI) akan ditambah kepada 330 minit seminggu daripada 240 minit yang dipraktikkan sekarang. - Bernama

Baca seterusnya...

Mesyuarat Agung PIBG ke-31

Jumaat 12 Mac 2009- Mesyuarat Agung PIBG kali ke-31 telah selamat dijalankan dalam suasana yang cukup aman, damai dan tenteram. ADUN Alor Pongsu telah dijemput untuk merasmikan mesyuarat tersebut, namun beliau tidak dapat hadir dan menghantar wakil beliau untuk merasmikannya. Kehadiran mesyuarat cuma cukup-cukup korum sahaja, mungkin kerana hujan lebat yang turun sejak selepas solat jumaat membuatkan kehadiran begitu dingin. Maklumlah dah lama tak hujan ... sudah 3 bulan cuaca panas. Majoriti yang datang adalah kaum ibu manakala kaum bapa boleh dibilang dengan jari.

Mesyuarat kali ini tiada pemilihan, semua AJK yang lama dikekalkan sehingga ke tahun 2011. Dua usul telah diterima tanpa perbahasan. Mesyuarat berakhir jam 5.30 petang. Semua ibu bapa dan guru menikmati jamuan yang menyelerakan sebelum pulang ke rumah masing-masing.














Persiapan 'back drop' di pentas utama














Sebahagian daripada kaum ibu














Antara kaum bapa yang hadir














YDP PIBG menyampaikan ucapan ... ada teks kali ini.















Wakil ADUN Alor Pongsu ...dua dari kanan yang pakai kain pelekat.

Baca seterusnya...

Pompuan je yg OK

Kejohanan Bola Baling Kelompok 2 sekali lagi berlangsung di SK Dato' Masud pada pari khamis 11 Mac 2010. SKHPT telah menghantar 2 pasukan iaitu pasukan lelaki dan perempuan. Pertandingan dijalankan secara liga. Nampaknya tahun ini murid-murid kita kecik-kecil belaka berbanding dengan pasukan lawan. Itulahalasan yang menyebabkan kita kalah tahun ini. Tahun lepas lelaki ok. Tahun ini perempuan pulak yang ok. Jadilah ... perempuan mendapat tempat keiga. Lelaki kalah semua perlawanan. Tahniah dan cuba lagi tahun hadapan.















Pasukan Bola Baling Perempuan















Pasukan Bola Baling Lelaki














Pasukan lelaki bersiap sedia untuk perlawanan pertama














Kita diserang ....

Baca seterusnya...

Beri Pilihan Kepada Sekolah Tentukan Jenis Sukan

Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) meminta Kementerian Pelajaran memberi kelonggaran kepada guru dan murid untuk memilih jenis sukan yang digemari mereka dalam menerapkan program Satu Pelajar Satu Sukan.

Presidennya Prof Madya Dr Mohamad Ali Hassan berkata kementerian juga perlu terlebih dahulu melatih guru khusus dalam program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) kerana kebanyakan guru Pendidikan Jasmani kini tidak terlatih secara khusus dalam bidang tersebut.

"Kebanyakan guru yang mengajar dalam bidang sukan tidak dapat menumpukan perhatian khusus kerana mereka juga merupakan guru bagi mata pelajaran lain. Maka ini merupakan kekangan kepada penumpuan sukan di sekolah," katanya.

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata semua pelajar sekolah kini perlu bergiat dalam satu bidang sukan iaitu dalam tujuh jenis sukan dalam program SPTS bermula tahun depan.

Tujuh jenis sukan dalam program SPTS ialah bola sepak, memanah, sepak takraw, badminton, hoki, olahraga dan gimnastik.

Dr Mohamad Ali berkata bagi mengatasi kekurangan jurulatih bertauliah di sekolah, pentadir sekolah perlu membuka pintu pagar mereka kepada jurulatih luar.

"Jurulatih yang bertauliah dalam bidang sukan sepatutnya dilantik menjadi jurulatih sepenuh masa di setiap sekolah seperti yang kita lihat di negara barat.

"Sekolah juga tidak semestinya hanya fokus kepada satu jenis sukan sahaja tetapi mempraktikkan jenis sukan mengikut keupayaan sekolah tersebut," katanya.

Sementara itu tinjauan Bernama ke atas beberapa ibu bapa, pelajar dan bekas pelajar di beberapa negeri mengenai langkah mewajibkan setiap pelajar sekolah bergiat dalam satu sukan atau '1 Pelajar 1 Sukan' mendapat reaksi yang berbeza.

Berdasarkan tinjauan tersebut, didapati ada sekolah yang mempunyai kemudahan seperti padang atau dewan tetapi tidak membenarkan pelajarnya menggunakan kemudahan tersebut tanpa kebenaran.

Dan ada sekolah yang tidak mempunyai kemudahan tersebut.

Mohammad Aqmal Suratman, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Padang Tembak di sini berkata peralatan sukan di sekolahnya mencukupi tetapi padangnya pula kecil dan tidak selesa digunakan.

"Padang sekolah yang tak luas dan tak rata, ada lubang dan rumput panjang, jadi nak main bola sepak pun tak selesa," katanya.

Pelajar dari sekolah yang sama, Muhd Syaffiq Izwan Rosli, 15, berkata langkah mewajibkan pelajar bergiat dalam salah satu sukan teras tersebut harus melihat terlebih dahulu kemudahan yang disediakan.

"Pendidikan sukan kini hanyalah subjek Pendidikan Jasmani dan bukannya sukan teras. Bagaimana pelajar mahu terlibat dalam sukan teras tersebut jika sekolah tidak mempunyai kemudahan?" katanya.

Seorang ibu dari Johor, Misia Salikin, 54, berkata terdapat dua buah sekolah di sekitar Batu Pahat dan Air Hitam tidak lagi mempunyai padang selepas padang yang ada didirikan bangunan sekolah yang baru.

Dia yang mempunyai dua anak yang masih belajar di sebuah sekolah menengah di Batu Pahat berkata sekolah juga menghadapi kekurangan kepakaran untuk membimbing pelajar dalam sukan teras.

Misia bagaimanapun mencadangkan pelajar sepatutnya diberikan pendidikan asas dalam sukan teras di peringkat sekolah menengah bagi membolehkan mereka terlebih dahulu menumpukan perhatian kepada pelajaran.

"Bila pelajar memasuki sekolah menengah, mungkin pelajar tersebut boleh terlibat lebih aktif dengan sukan teras tersebut," katanya.

Bekas pelajar SMK Ahmad, Pekan, Pahang, Raja Nornajwatul Husna Raja Mustafa Shah, 21, berkata pihak sekolah kurang memberi galakan terhadap pelajarnya untuk bersukan menyebabkan kebanyakan pelajar di situ tidak minat bersukan.

"Pihak sekolah hanya memilih segelintir pelajar yang cenderung terhadap sukan sahaja memasuki pelbagai acara sukan yang diadakan," katanya.

Raja Norhayati Raja Daud, 36, yang anaknya Nadiah Amirah Mohd Nazir bersekolah di Sekolah Kebangsaan 2 Petaling Jaya dalam Darjah 3, berkata sekolah anaknya tidak mempunyai padang yang luas kerana penambahan bangunan sekolah menyukarkan mereka untuk melakukan aktiviti sukan.

"Sehingga kini, pihak sekolah belum membuat keputusan sama ada sukan tahunan yang wajib diadakan setiap tahun, boleh diadakan pada tahun ini berikutan keadaan padang yang sempit dan kerja pembinaan yang sedang dijalankan mungkin membahayakan pelajar," katanya.

Selain itu katanya hanya guru biasa sahaja yang mengajar Pendidikan Jasmani di sekolah.

Pada sesi Pendidikan Jasmani, pelajar lelaki hanya diajar bermain bola sepak sementara pelajar perempuan bermain bola jaring.

"Saya berpendapat pelajar sekolah rendah lebih baik memberi tumpuan kepada pelajaran sahaja kerana kebanyakan pelajar ini akan leka bersukan dan tidak menghiraukan pelajaran," kata Raja Norhayati.

Mohd Fitrie Muhamad, 17, yang bersekolah di Sekolah Menengah Tanjung Emas, Kota Bharu, Kelantan berkata pihak sekolah menggalakkan pelajarnya untuk bersukan namun peralatan sukan tidak mencukupi dan tidak diselenggara.

"Contohnya padang hoki tidak sempurna dan peralatan sukan tidak mencukupi terutama bagi peralatan sukan hoki. Kayu hoki yang rosak dan patah tidak diganti sementara padang tidak diselenggara," katanya.

Ruziah Abdul Jalal, 21, mengatakan adiknya yang bersekolah di SMK Undang Jelebu Negeri Sembilan kini hanya mementingkan akademik sahaja kerana prestasi sukan sekolah itu mula merosot sejak tiga tahun lepas berikutan ramai atlet sekolah yang telah tamat pengajian serta guru yang berpengalaman telah berpindah.

"Majoriti pelajar yang ada sekarang tidak minat bersukan dan guru sekolah pula tidak menggalakkan pelajar mereka untuk bersukan dan lebih mementingkan akademik serta keadaan padang yang tidak sempurna iaitu sebahagiannya berlopak dan berpasir," katanya.

-- BERNAMA

Baca seterusnya...

Satu je yang sangkut !

Pada hari sabtu 6 mac 2010 SKPHT telah menyertai acara Majlis Tadarus Al Quran Zon Bagan Serai di SK Matang Jelutong. Empat acara dipertandingkan iaitu Tilawah al quan, tahfiz, bercerita dan menjawikan . Kesemua 8 orang murid iaitu 4 lelaki dan 4 perempuan menyertai majlis tersebut. Empat orang guru turut serta sebagai petugas dan guru pengiring.

Tahniah ... Adik Muhd Faiz B Shahrim tempat ketiga bercerita lelaki

Tahun ini hanya satu acara yang dimenangi iaitu bercerita lelaki, itupun tempat ketiga. Alhamdulillah ... ada juga yang sangkut. Ada juga sekolah yang tidak ada pemenang lagsung. Walau apapun, sekalung tahniah kepada semua peserta dari SKPHT dan guru-guru yang telah melatih dengan bersungguh-sungguh. Tahun hadapan kita cuba lagi.

Peserta tahfiz perempuan dari SKPHT

Peserta lelaki dari SKPHT sedang menunggu keputusan diumumkan

Baca seterusnya...

GITN Migrasi wireless kepada Vsat KU Band

Setelah lebih 3 tahun menanti maka pada 5 Mac 2010 saya menerima panggilan telefon dari PKG Teluk Medan mengenai pemasangan teknologi Vsat KU Band yang akan dilakukan pada pada jam 3 petang. Sebenarnya telah banyak laporan yang telah dibuat mengenai teknokogi wireless yang sering terganggu dan gagal berfungsi sehinggalah tiang wireless tersebut tumbang dipukul ribut kira-kira 3 atahun yang lalu.

Bendanya macam Astro je ...

Setelah didesak dengan pelbagai asakan, kini barulah berhasil. GITN telah melakuka pertukaran teknologi daripada wireless kepada ADSL atau Vsat KU Band. Sebanyak 170 buah sekolah seluruh Malaysia memerima pertukaran teknologi ini. Sekolah ini tidak mempunyai talian telefon kerana kabel telefon sering dicuri. Sebab itulah teknologi ADSL tidak dapat dilakukan.

Bermula jam 3 petang hinggalah jam 7.30 petang barulah ianya siap dipasang oleh syarikat yg diberi kontrek dan terpaksalah saya menunggu kerja-kerja siap sepenuh kerana amanah yang telah diberi. Selaku penyelaras makmal komputer, saya amat berharap agar internet dapat berfungsi dengan baik terutamanya dalam makmal komputer. Bagaimanapun alangkah kecewanya saya kerana .... ianya hanya dapat berfungsi dengan baik apabila sambungan direk dari modem ke laptop. Namun apabila melalui router untuk disambungkan kepada semua komputer dalam makmal ianya gagal berfungsi walaupun semua ip telah di setkan dengan betul.


Teknisyen yg pasang kata , mungkin router yg rosak. Namun katanya lagi semua sekolah yg dia pasang jadi macam tu .... aduh ... Sepatutnya sewaktu pemasangan mesti ada wakil dari GITN katanya. Barulah mereka boleh buat. Katanya lagi ... kami hanya pasang alat pemancar dan pastikan dapat internet.Bahagian lain kami tak boleh usik ... itu kena tanya GITN.

Bagaimanapun pihak PKG Teluk Medan telah berjanji untuk datang ke sekolah bagi mempastikan ianya dapat berfungsi dengan baik. Apapun saya bersyukur keana dah ada internet. Rasanya ianya boleh dibetulkan dengan bantuan PKG dan rakan-rakan cuma waktu dah lewat sangat, maghrib pun dah masuk.

Baca seterusnya...

Hebat ... hebat


Hebat .... Saya tidak menyangka sama sekali mereka mempunyai kehebatan larian yang mantap. Khamis lepas (25 Feb 2010) sewaktu menyertai acara larian jemputan sukan SMK SABAR, mereka telah mendapat tempat kedua ... selangkah lagi nak dapat tempat pertama. Tempat pertama SK T.Medan dan ketiga SK Pt Hj Aman. Tahniah.

Baca seterusnya...

Salam Maulidur Rasul

MEMANTAP UKHUWAH , MEMPERKASA UMMAH ... Itulah tema sambutan Maulidur Rasul tahun 1431 ini. Saban tahun apabila tiba bulan Rabiul Awwal maka waktu itu sibuklah kita untuk mengadakan majlis memperingati peristiwa kelahiran junjungan besar saw. Memang sewajarnya kita sebagai umat Islam menghargai pengorbanan yang telah dilakukan oleh nabi Muhammad saw.

Pelbagai acara diadakan seperti perarakan, membaca maulid berzanji, tahlil , ceramah dan kenduri memberi jamuan makan kepada saudara seagama dan lain-lain. Sememangnya perkara ini elok dilakukan daripada tidak berbuat apa-apa aktiviti sambutan. Sebenarnya pengertian Maulidur Rasul ini tidak hanya setakat itu. Bukan dek kerana semua majlis itu, boleh menunjukkan kecintaan kita pada Rasul S.A.W. yang kita imani. Pengertian yang sebenar dan lebih berbentuk realiti bukan sekadar majlis Maulidur Rasul bersifat sambutan semata.

Kita sebagai umat Nabi S.A.W. disyariatkan untuk mencintai Nabi lebih dari mencintai diri sendiri. Sabdanya, tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia lebih mengasihi aku dari dirinya sendiri. Ukuran kita mencintai Rasul S.A.W. ialah dengan ukuran pada kepentingan diri sendiri. Betapa kita mementingkan diri sendiri sekalipun, adalah mementingkan Rasul S.A.W. lebih baik dan dikira beriman. Mementingkan Rasul S.A.W. di sini ialah dalam erti kata mentaatinya dan mengerjakan segala syariatnya. Sesiapa yang mentaati aku maka dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang derhaka padaku nescaaya dia menderhakai Allah, itu sabda Rasul S.A.W.

Akhirnya, marilah kita mengamalkan segala sunnah Rasulullah saw sama ada yang sunat mahupun yang wajib. Nak hurai mengenai sunnah yang wajib dan sunat ni pun panjang juga. Cukup banyak perkara yang hendak dibincangkan mengenai rasulullah saw ini. Cukup rasanya jika kita dapat mengamalkan segala sunnahnya. Sekian untuk kali ini.



Baca seterusnya...

Ujian Pengesanan 1

Sesi persekolahan telah masuk minggu ke-8. Acara sukan telah selesai dilaksanakan. Minggu ini merupakan minggu peperiksaan dimana bermula pada hari selasa 23 Feb 2010 sehingga ke hari khamis 25 Feb 2010 semua murid akan menghadapi Ujian pengesanan 1. Semoga semua murid berjaya lulus dengan mendapat markah yang tinggi-tinggi belaka hendaknya. Seboleh-bolehnya mendapat markah 80 ke atas, Insya Allah.

Baca seterusnya...

Sukan Tahunan Kali ke-16/2010

Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-16 / 2010 telah selesai dilaksanakan pada 11 Feb 2010 bermula jam 2.30 petang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tn Hj Abdul Moin B Mustafa iaitu pegawai khas Dato' Zaili B Cha yang tidak dapat hadir. Dalam ucapannya beliau merasa kagum apabila melihat perbarisan lintas homat seolah-olah seperti berada di sukan SEA atau olimpik. Beliau berharap satu hari nanti akan ada atlit dari SKPHT yang akan mewakili negara ke acara sukan SEA atau olimpik.

Selesai acara perbarisan lintas hormat dan ikrar sukan, hujan turun dengan lebatnya namun peserta perbarisan masih setia berdiri sehinggalah arahan dibuat unuk mereka memasuki khemah masing-masing. Begitulah berdisiplinnya mereka . Saya ingatkan semua akan cabut lari bila hujan lebat dah turun. Majlis tetap diteruskan dengan ucapan perasmian. Namun tidak berapa lama kemudian hujanpun berhenti dan acara diteruskan sehinggalah selesai pada jam 5.30 petang.

Olahragawan (Firdaus B Yusof) dan olahragawati (Nordayini Bt Rasdi) kedua-duanya dari rumah kuning

Pingat Emas untuk pasukan 4x100 perempuan A dari rumah kuning

Kedudukan pungutan mata akhir ... Hijau, kuning, biru dan merah.

Tahun ni semua merah ... Baju sumbangan Dato Zaili B Cha


Baca seterusnya...

Raptai

Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 16/2010 semakin hampir. Sehari dua ini murid-murid dan guru sibuk dengan raptai perbarisan dan latihan untuk acara akhir khususnya acara 4x100M. Hanya gambar-gambar dibawah ini yang dapat menceritakan segala-galanya.

Peserta rumah Merah

Ini pula rumah Biru

Rumah Kuning yang sentiasa ceria

Rumah Hijau sentiasa bersedia

Baca seterusnya...

Dari Kelompok ke ZON

Tahun 2010 ini ada beberapa perubahan yang berlaku dalam pengendalian Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) ekoran masalah bajet yang menguncup. Pada tahun ini pengendalian MTQ untuk sekolah rendah hanya akan dilaksanakan dalam peringkat Zon dan bukannya kelompok. Tahun-tahun yang lalu ada 7 kelompok dan tahun ini dipecahkan menjadi 4 Zon iaitu Zon Parit Buntar, Bagan Serai, Kuala Kurau dan Semanggol. Maknanya peserta akan bertambah ramai dalam sesuatu pertandingan.

Acara yang dipertandingkan pula dikurang menjadi 4 acara sahaja iaitu Tilawah, tahfiz , bercerita dan jawi. Acara yang digugurkan ialah berzanji dan nasyid. Nampaknya tahun ini kuranglah sikit peserta kerana tiada pasukan nasyid. Biasanya acara nasyidlah yang grand dan selalu timbul rasa tak puas hati .... tambah pulak pasukan yang kalah beza mata dengan yang menang hanya perpuluhan 5 shaja.

Untuk Zon Bagan Serai (Kelompok 1 dan 2) tuan rumahnya ialah SK Matan Jelutong yang akan diadakan pada 6 Mac (Sabtu) . Rasanya ada 12 sekolah dan mungkin lebh jika sekolah SRJK(C) dan Tamil menyertainya.

Macam mana dengan peserta SKPHT ? Dah sedia ke belum ? Seakarang ni saya tengok masih sibuk dengan sukan. Walaubagaimanapun hari jumaat tadi ada persembahan ujian bakat di tapak perhimpunan untuk acara bercerita. Ramai nampaknya yang mengambil bahagian dan dua orang peserta telah terpilih untuk mewakili sekolah. Semoga peserta SKPHT akan berjaya dalam MTQ nanti.

Baca seterusnya...

PANDUAN PENGELOLAAN KEJOHANAN PERMAINAN

Ini emel yang diterima pada 2 Feb 2010 yang ada kaitan dengan peruntukan kewangan yang menguncup.

Panduan Mengelola Kejohanan Permainan Peringkat Kelompok dan Peringkat Daerah Kerian Tahun 2010

1. Tidak dibenarkan membuat sebarang tuntutan bagi semua yang terlibat seperti
pegawai kejohanan , pengadil, Pengurus dan Jurulatih.

2. Pihak PPD akan membayar perbelanjaan membeli hadiah/medal di PERINGKAT DAERAH
. Pengerusi Pengelola Kejohanan Permainan peringkat daerah sila buat tempahan
hadiah/medal bagi Johan, Naib Johan dan tempat ketiga sahaja.

3. Bentuk medal telah ditetapkan. Sila buat tempahan medal mengikut jumlah yang
ditetapkan di SUN KIM ENTERPRISE, PARIT BUNTAR.

4. Pihak PPD akan memb eri sumbangan pengelolaan kepada Sekolah Pengerusi
Pengelola PERINGKAT DAERAH untuk membuat bayaran saguhati kepada Pengadil dan
lain-;lain pengurusan seperti minuman dan lain-lain yang berkaitan.

5. Pengerusi Pengelola hendaklah berbincang dengan PTPS untuk menjemput Pengadil
dari sekolah yang berhampiran dengan tempat pertandingan.

6. Jumlah Pengadil hendaklah paling minima. Pohon Jurulatih dan Pengurus yang
tidak lagi terlibat dengan pasukan menjadi Pengadil

7. Berbincang dengan PTPS untuk menyediakan Jadual Perlawanan. Jadual Perlawanan
hendaklah yang paling sesuai dengan keadaan kewangan. Kalau boleh kurangkan
bilangan perlawanan dan kurang bilangan hari.

8. Berbincang dengan PTPS dan menggubal peraturan kecil pertandingan. Pastikan
semua peraturan AM dan peraturan kecil pertandingan dipatuhi dan diikuti. Peraturan
kecil hendaklah dicetak dan dihantar kepada semua pasukan yang terlibat.

9. Pastikan maklumat pertandingan jelas dan dipatuhi seperti tarikh, tempat,
masa, dan tarikh tutup.

10. Sila buat laporan kejohanan setelah tamat kejohanan dan hantar laporan kepada
pihak PPD untuk mendapatkan sumbangan dari pihak Unit Sukan PPD.

Sekian, terima kasih


Zainudin bin Mahmud
Penyelia Sukan PPD Kerian
Parit Buntar, Perak

Baca seterusnya...

Langkah Penjimatan

Ini ada satu emel dari PPD pada 1 Feb 2010 berkaitan dengan kewangan untuk dikongsi bersama.

Kepada semua Guru Besar (Daerah Kerian),

Sukacita dimaklumkan bahawa peruntukan perbelanjaan mengurus untuk tahun 2010
yang diterima oleh PTJ PPD Kerian menguncup dari tahun lalu.

2. Sebagai langkah penjimatan, sekiranya tuan/puan atau mana-mana guru-guru atau
kakitangan yang dipanggil bertugas luar dari daerah Kerian sama ada oleh KPM, JPN,
atau mana-mana institusi lain yang mana urusan perbelanjaannya ditanggung oleh PTJ
PPD Kerian, mohon dirujuk dulu kepada PPD Kerian untuk mendapat kelulusan.

3. Sekiranya kebenaran tidak diperolehi, berkemungkinan PPD tidak dapat membuat
pembayaran ke atas tuntutan yang dibuat bagi melaksanakan urusan kerja tersebut.

Sekian, terima kasih.

Hj Mohd Rosli bin Ahmad
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Kerian

Baca seterusnya...

Merentas Desa 2010

Acara merentas desa telah selesai dijalankan pada hari jumaat 29 jan 2010. Pada jam 7.30 pagi semua murid berkumpul di padang sekolah untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh En Tarmizi (PK Kokurikulum) dan En Farizal (Setiausaha Sukan) mengenai peraturan dan kutipan mata bagi setiap kategori. Perkara utama yang ditekankan dalam taklimat tersebut adalah mengenai aspek keselamatan.

Para peserta sedang mendengar taklimat

Para pegawai bersiap sedia untuk ke chek point masing-masing

Semua murid diwajibkan memakai kasut sukan dan dilarang berkaki ayam semasa merentas desa kerana boleh mendatangkan kecederaan seperti terpijak kaca dan sebagainya. Selepas taklimat semua murid menjalankan aktiviti senaman ringan atau regangan untuk memanaskan badan.
Pulun kuning ... pulun

Ada 3 jarak jauh yang telah ditetapkan mengikut kategori A, B dan C. Kategori A dilepaskan dahulu dan diikuti oleh kategori B dan C. Anggaran jarak yang dilalui oleh peserta kategori C ialah 2 .5 km , kategori B sejauh 3.5 km dan kategori A sejauh 4.5 km.
Ini seorang lagi peserta rumah kuning ... macam mana kuning boleh dapat mata ciput ?
Acara selesai sekitar jam 10.30 pagi. Selepas itu semua murid berehat di kantin sekolah. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh guru besar SKPHT iaitu Pn Hjh Hayati Bt Samsudin pada jam 11.30 pagi dan majlis selesai jam 12.00 tengah hari.

Kategori lelaki A - Johan Biru Naib Johan Hijau dan Ketiga Merah

Pada tahun ini rumah hijau telah mengungguli acara merentas desa ini dengan memungut sebanyak 98 mata, diikuti oleh rumah biru dengan 92 mata, manakala rumah merah ditempat ketiga dan kuning keempat. Sekalung tahniah kepada PK Kokurikulum, Setiausaha sukan dan semua guru atas kerjasama yang diberikan sehingg aktiviti yang dirancang dapat berjalan lancar.

Guru Besar sedang menyampaika hadiah kepada salah seorang pemenang dari kategori C

Baca seterusnya...

Sukantara Kategori A dan B


Khamis , 28 Jan 2010 - Hari ini selesailah sudah acara sukantara untuk kumpulan A dan B. Acara sukantara untuk kumpulan A dan B telah bermula sejak semalam iaitu petang hari rabu. Kumpulan A atau kategori A adalah untuk murid-murid tahun 5 dan 6 manakala kumpulan B atau kategori B adalah untuk murid-murid tahun 3 dan 4.

Sesi memanaskan badan sebelum acara bermula

Acara lompat tinggi

Acara yang dipertandingkan ialah larian 100 meter , 200 meter, lompat jauh, lompat tinggi dan melontar peluru. Hari ini makin bertambah mata untuk rumah-rumah sukan. Semua murid begitu bersemangat untuk menambahkan mata untuk rumah sukan mereka.

Gelanggang lompat tinggi

Acara melontar peluru

Lompat jauh ... macam terbang kan !

Peserta rumah hijau sedang melompat dengan penuh bergaya

Baca seterusnya...

Halal Food

Blog ini tiada hak cipta terpelihara. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Walaubagaimanapun adalah diharapkan agar dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala bahan dari blog ini.