
Encih Shahrim B Shuib selaku pengacara majlis memulakan majlis dengan meyampaikan ucapan aluan dan memberikan sedikit penerangan mengenai perjalanan majlis pada hari ini. Acara diteruskan dengan majlis khatam al-quran yang diketuai oleh Tn Hj Mohamad Khairuddin. Seramai 15 orang murid tahun 6 yang telah khatam al-quran telah mempersembahkan bacaan ayat-ayat lazim yang biasa dipersembahkan dalam majlis khatam al-quran. Walaupun ramai murid yang telah khatam al-quran dari kelas yang lain, tetapi hanya murid tahun 6 sahaja yang dipilih untuk menyertai acara ini sebagai penghormatan kepada mereka kerana pada tahun hadapan mereka akan meninggalkan sekolah ini.
Selesai doa majlis diteruskan dengan ucapan guru besar iaitu Pn Hjh Hayati Bt Samsudin. Banyak nasihat yang disampaikan khusus mengenai adab-adab berhari raya kepada murid-murid. Acara kemuncak adalah penyampaian wang zakat sumbagan Bank Rakyat kepada anak-anak yatim dan miskin. Duit raya juga diberikan kepada semua murid hasil sumbangan para guru dan staf sekolah ini.
Sebelum bersurai, murid-murid bersalaman memohon ampun dan maaf kepada para guru sambil mnerima duit raya yang disampaikan oleh guru besar. Suasana begitu meriah kerana semua murid berpakaian baju raya dan menerima duit raya. Tahniah kepada semua guru yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan