AKTIVITI MEMBACA YAASIN TH 6

Bermula pada hari jumaat 29 Mei 2009 jam 7.45 pagi, aktiviti membaca Yaasin bagi murid-murid tahun 6 akan diteruskan pada setiap pagi jumaat sehinggalah murid-murid tahun 6 selesai mengambl UPSR. Aktiviti diketuai oleh Ustaz Mohamad Khairuddin B Ramli dan disertai bersama dengan guru-guru yang free pada waktu tersebut.
Aktiviti ini bertujuan untuk memohon restu dan keberkatan dari Allah SWT semoga murid-murid tahun 6 khususnya berjaya dalam UPSR , disamping untuk melatih murid melancarkan bacaan AlQuran serta mendisiplin diri dan beradab dalam majlis keagamaan dan dalam kehidupan seharian.
Sebahagian dari murid lelaki yang sedang membaca Yaasin

Sebahagian dari murid perempuan

Setelah selesai aktiviti membaca Yaasin, aktiviti diteruskan dengan P&P Amali Solat. Pada kali ini murid-murid melakukan amali solat sunat hari raya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan